Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Monday, July 30, 2012

Sudah 10 Ramadhan

Yeahh...
Hari ni my hubby bawak saya pegi Pasar ramadhan di Saujana Utama Sungai Buluh. Asyik dia aje yang pegi sesorang kan. Sebab katanya dia malas nak bawak I... sebab I susah nak beli juadah. sendiri pun tak tau nak makan apa.. dua tiga kali tawaf pasar ramadhan tu pun tak beli-beli lagi makanan yang I nak.

Tapi hari ni dari rumah I dah pikir nak berbuka apa hari ni. I pilih menu berasaskan mee. Hubby dia nampak aje gerai rojak singapore terus dia terpa pegi beli. Pilih punya pilih, total harga RM6.00. Rojaknya sedap. Kuah pun ada rasa sedap tapi kuah tu memang totally guna tepung. Likat dan pejal kuah tu lain macam sungguh. ~huhu~


Hubby saya ni memang orangnya degil. Dia ni dah laa tak boleh minum air tebu banyak sangat. Dulu penah minum dekat 10 cawan pastu dia jadi penat & lelah siap kena pergi sedut oksigen kat klinik. Sekarang ni lagi mau minum. kang kalau sakit macam mana..? dah laa nak raya kan..
 

Tapi yang paling penting, hubby saya dah bayar zakat. Siap ada kaunter zakat kat pasar Ramadhan tu. RM7 seorang. So mestilaa bayar untuk I sekali.

"sahaja aku terima nikahnya..." ehhh silap.. tu empat bulan lepas. 
"sahaja aku...." errr.. ntaah.. I pun tak tau.. ~huhuhu~
 

Menu 10 Ramadhan 1433
Rojak Singapore
Mee Rebus
Bihun kari
Wadeh
Air lemon
Air tebu

Sunday, July 29, 2012

Berbuka Puasa di RnR Rawang

Hai..

Masa kitorang otw balik dari kampung (Bagan Serai) ke KL, I memang teringin sangat nak singgah Ipoh. Tak tau laa apsal ntah nak singgah. So dari Bagan Serai kitorang melalui jalan lama ke Ipoh. Lebih kurang dua jam setengah baru sampai kat Ipoh, maklum laa jalan lama kan..  :)  Dah sampai kat Bandaraya Ipoh tu kitorang pun cari Bazar Ramadhan. I pun baru terhegeh-hegeh nak google kat area mana Bazar Ramadhan ni. Tak sempat nak google, tiba-tiba terus Mr. Sallehudin belok kiri, sebabnya dia nampak satu BazarRamadhan. I pun tak tau apa nama bazarni.. tapi sebelah bangunan Greentown Mall.



Macam-macam juadah ada. Rambang mata I tengok. Kuih warna-warni. I teringin pulak tengok sorang brader tu jual kek batik. Alaa yang buat dengan biskut mary tu. Tibe-tibe I teringat yang I ada biskut mary kat rumah, baru beli minggu lepas belum makan lagi. So boleh wat kot lepas ni.. ~hihi~
I suka tengok cara peniaga ni packing diorang punya kuih muih. Letak dalam bekas polisterin kecil dan balut dengan plastik wrapper pembalut khas untuk makanan. Nampak lebih teratur dan kemas. Customer nak beli pun senang dan boleh menarik keinginan untuk membeli..


Siap ada air Calamansi. Tak tau laa dari mana diorang boleh dapat nama ni. Gabungan asam jawa + lemon dan lagi satu.. tak ingat.. ~hihihi
 

ok lepas membeli kitorang terus pecut balik. Kali ni baru masuk highway. I biasa laa kan setiap kali pegi mana-mana tak kira laa jauh ke dekat, suami pandu kereta.. I buat taik mata.. ~hahaha~ ngantuk beb !
Kitorang tak sempat sampai rumah. Dalam pukul 7 gitu kitorang berenti kat RnR rawang. Ramai musafir berenti sebab nak berbuka pose. Actually dah tak jauh sangat dah nak sampai rumah. Tapi saja laa we all singgah berenti kat situ. Boleh buka pose mood santai sambil picnic.


Menu 9 Ramadhan 1433
Roti John
Kuew Tiau Goreng
Popia Basah
Popia Goreng
Kek Batik
Sirap Bandung
Air Tebu
 

Dalam banyak menu yang ada, I paling suka kuew tiau goreng. sedap sungguh rasanya.  :)
Tengoklah suami saya menikmati kuew tiau goreng.

 Ok.. dah settle makan, I pun masuk toilet kejap. pastu we all pun continue our journey. Setengah jam aje dah sampai our home sweet home.  (^_^)

Saturday, July 28, 2012

Menu-menu Berbuka Puasa

Hai semua.. ini entry super panjang. Marathon cerita pasal menu berbuka puasa. hahaha....

Memandangkan I buat masa ni memang sebok menyiapkan biskut raya, so tugas untuk ke pasar ramadhan membeli juadah telah dipertanggungjawabkan kepada Mr. sallehudin. Actually I memang teringin sangat nak makan popia basah since dari 1st Ramadhan lagi. Bila Mr. sallehudin ke pasar ramadhan kat Stadium Shah Alam dia jumpa tiga orang yang jual popia basah ni. Dia boleh beli popia kat tiga-tiga makcik yang jual popia. Makanya hari tu ada 14 iji popia basah yang perlu ditelah. Memang betul banyak Mr. Sallehudin beli ala-ala perli I hokey..

4 Ramadhan 1433
Popia basah
Speghety
air Jagung
air tembikai



Memandangkan kitorang tak makan nasi waktu berbuka puasa, cuma makan yang ringan-ringan aje, so menu pilihan untuk 5 Ramadhan cuma roti john, mee goreng & buah melaka. Tetibe pulak teringin nak makan buah melaka kan...

5 Ramadhan 1433
Roti John
Buah Melaka
Mee goreng
air jagung


Menu 6 Ramadhan ni memang super sempoi. Memandangkan selepas bukak pose tu memang kitorang nak balik kampung. Dan I pun memang malas nak masak. Kebetulan Mr. Sallehudin pergi servis kereta.Dia nampak burger king. Terus dia tapau bawak balik. Lepas berbuka puasa kitorang terus bersiap keluar rumah. Singgah kejap kat Rampai Business Uptown sebab nak hantar biskut raya  :)

6 Ramadhan 1433
Burger King

Menu 7 Ramadhan adalah yang terbaik sebab berbuka pose kat kampung. Mama masak bihun suppp.. sedappp sedappp... Uihh pastu ada pulak cucur jagung + udang...

7 Ramadhan 1433
Bihun Sup Utara
Bubur kacang durian
Cucur jagung + udang
air oren



Ni muka tak bleh blah.. hehehe..


Masih berbuka pose di kampung. Kali ni mama wat nasi goreng. Walaupun nasi goreng ajee tapi tetap terbaik sebab dimakan juga dengan udang galah.. Abah beli udang ni kat opis dia, ada pengusaha udang galah kot datang menjual. Biasalaa kalau di kampung macam-nacam usahawan yang boleh dikatakan berjaya. Pasembur tu Mr. Sallehudin bawak balik dari Penang. Kebetulan mr. Sallehudin ada kerja kat sana so I pun tag laa dia suh beli pasembur.

 8 Ramadhan 1433
Nasi goreng
udang galah goreng
pasembur
puding caramel
air Mangga


sebenarnya semua cerita menu ini cuma satu catatan supaya boleh dibaca dan dijadikan kenangan.

Monday, July 23, 2012

2 Dan 3 Ramadhan 1433

Yeahhh.. sudah puasa ketiga. kejap aje kan.. pastu seminggu puasa, pastu tiga minggu puasa, pastu rayaa.. hahaha...

semalam puasa kedua, we all pergi bazaar ramadhan kat Saujana Utama. banyak sungguh orang meniaga kat situ. Cari punya cari tak ada pun popia basah.. saya sangat mengidam nak makan popia basah.. ~huuu~
Memandangkan Mr. sallehudin tak ada masalah mencari makanan berbuka.. dia beli popia goreng, murtabak dan tepung pelita. I pulak dah tak tau nak beli apa..tak ada selera langsung nak makan.. So I beli aje laa char kuew tiau dengan karipap pusing.

2 Ramadhan 1433
Char Kuew Tiau
popia goreng
karipap pusing
murtabak
tepung pelita
air tebu



Hari nie puasa ketiga. sebok sikit wat biskut raya. Finally ada jugak tempat nak letak biskut raya kat Bazaaria. Ada dua tempat, kat bazaria Seri Rampai dengan kiosk kat Sungai Besi Mini Mall. Tu yang pulun wat biskut nih. Setiap jenis nak 15 balang. Kalau ada lima jenis biskut.. so anda semua kiralah sendiri baper balang yer..  :)

Untuk puasa hari ketiga ni.. I tak pergi bazar, Mr. sallehudin aje yg pegi sorang. I masak bihun goreng dengan cucur jagung aje..

3 Ramadhan 1433
Bihun Goreng
Popia goreng
Jagung goreng
Tembikai susu

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan 1433

Hai semua..
Macam mana puasa hari ini? mesti juadah berbuka uolls hari ni dasat-dasat kan.. hehe..
But for me, 1st Ramadhan ni berbuka puasa di rumah aje.. Pastu Mr. Sallehudin ajak semua adik-adik and ayah dia datang berbuka bersama. So meriah laa jugak..

I cuma masak Kailan Ikan Masin, Daging Paprik dan Ayam Grill. This is my first time masak daging paprik. Mr. Sallehudin cakap sedap. ~hehe~ I happy sebab skill masak I makin hari makin improve. ~ngeh ngeh~

Dalam pukul 6pm gitu, Mr. Sallehudin pergi Pasar Ramadhan kat Kampung Melayu Subang. I tak follow sebab ayam tengah grill. Lagi pun hari ni I betul-betul penat gilerrrr.. Sebab dalam kol 11 pagi I keluar pergi beli barang-barang nak masak dan pegi kedai bakery nak beli bekas biskut.  Dekat pukul 2pm I sampai rumah. Uihh dahagaaa rasa macam nak minum.. ~hihihi

Uihhh.. banyak betul kuih yang Mr. sallehudin beli. Ada Popia goreng, Murtabak, Roti Jala dan karipap. Adik ipar I pulak bawak agar-agar bandung dari rumah.

So.. menu puasa hari ni

1 Ramadhan
Popian Goreng
Murtabak
Roti Jala
Karipap
Kailan Ikan Masin
Daging paprik
Ayam Grill
Air Tembikai


Thursday, July 19, 2012

Mari Beli Biskut Rayaaa.. :)

Hai semuaaa...

ok.. hari ni I tak nak cakap banyak.. I cuma nak promote biskut raya. Homemade cookies dari Sweetheartstories. Untuk nak sambut raya kali ni I prrovide lima jenis biskut raya saja. Ingat hati nak tambah lagi koleksi cookies tapi tengah fikir nak wat biskut ape lagi... Ada orang request suruh buat london almond & tart nenas. tapi I fikir balik.. hmm dah ramai sangat orang yang jual london almond dan tart nenas di pasaran.. So I try buat biskut yang jarang ada di pasaran tapi ternyata dan dijamin kesedapannya.  :)

Choc Cereal
RM20 per bekas / 50pcs
Choc Cereal ni I terlupa dapat idea dari mana. last year try buat dan bagi sample. Terus ramai yang order. Kiranya top seller juga choc cereal ni. sampai dekat nak balik cuti raya pun agen coll request nak tambah lagi choc cereal ni. Koko cornflakes yang disaluti chocolate.. budak-budak mesti suka..

Biskut Aiskrim
RM20 per bekas / 50pcs
Biskut aiskrim ni I dapat resepi dari internet. Boleh katakan setiap tahun I buat biskut ni sebab my mom suka sangattt dengan biskut aiskrim ni.. katanya rangup biskut ni. So.. bila I start menjual biskut aiskrim ni tahun lepas.. banyak jugak permintaannya. My mom yg promote kat kenkawan dia. sampai I dah balik kampung.. I kena tambah lagi buat biskut ni sebab bila diorang rasa biskut ni.. diorang suka.. Makan satu balang dah habis. So.. diorang order lagi..  :)

Biskut Badam Berceri
RM20 per bekas / 50pcs
Biskut ni I reka sendiri..hehe.. Tak sangka pulak ada customer yang order jugak.. Diorang kata rapuh juga biskut ni. Dalam tu I mix sekali dengan ceri. Dalam adunan I campur sekali dengan serbuk badam.. Pastu I hiaskan dengan cokelat supaya nampak menarik..  :)

Biskut Manik
RM20 per bekas / 50pcs
Biskut ni.. tahun ni baru start jual.. Ini pu resepi my mom.. I tak tau laa macam mana feed back dari customer sebab tahun ni baru start jual biskut manik ni. Kalau sesape nak cuba boleh laa order ye..  :)

Biskut Sampan
RM28 per bekas / 50 pcs
Haha.. biskut ni resepi turun temurun dari my mom. Dari kecik lagi I memanggg suka sangat dengan biskut ni. Setiap kali nak sambut raya memang I suruh my mom buat biskut ni. Seriesss.. lepas my mom siap buat biskut ni.. I akan simpan sebab tak nak bagi orang lain makan.. haha.. kedekuttt.. Biskut ni agak renyah sikit nak membuatnya. Di tengah biskut ada cornflakes hancur. Pastu.. atas biskut tu ditaburkan dengan serbuk cornflakes dan dihiasi dengn ceri.. Last year pun ramai yang order biskut ni.. Setiap customer order 100 pcs..

Okeh.. setakat ni cuma ada lima jenis biskut raya saja. Insyallah mungkin I akan tambah lagi bilangan jenis biskut raya. Itupun kalau I dapat kiosk / pushcart untuk jual biskut sepanjang bulan Ramadhan ni. Owwhh.. I memang tengah cari lokasi yang sesuai untuk jualan biskut raya. kalau uolls ada infor lokasi yang sesuai dengan harga sewa yang berpatutan bolehlah email yer..  :)

Note: hari tu I ada request nak berniaga bazaar kat 1 Shameli Mall. Pastu organizer call I sama ada I setuju or tak berniaga kat situ. I memang teringin sangat nak cuba buka table kat situ.. waktu operasi berniaga dari pukul 10am to 10pm. Start berniaga dari 8 Ogos sampai 18 Ogos aje.. only 10 days. Tapi I fikir balik.. kalau I pergi jaga kiosk kat situ, nanti mcm mana dengan husband I.. tak kan dia nak berbuka puasa sorang-sorang kan.. dah laa tempat kerja dia jauh kat Shah Alam.. walaupun 10 hari tapi lama jugak tu. Ataupun I upah orang jaga kat kiosk I tu. Tapi berapa pulak gaji yang I nak bagi kat pekerja tu..? ~huhu~

Sunday, July 15, 2012

2 kg Dah Turun :)

Salam Ahad..
Sejak saya diberitahu yang saya mengalami simptom PCOS dan dinasihatkan oleh doktor supaya mengurangkan berat badan kerana mengalami berat badan yang berlebihan, maka saya menyahut nasihat doktor supaya mengurangkan berat badan.

Bukan setakat menyahut cabaran saja tapi atas kehendak hati saya sendiri yang saya mahu kurangkan berat badan saya kembali seperti sebelum berkahwin dulu. Lega dan seronok rasanya sebab usaha saya tak sia-sia. Dalam tempoh dua minggu.. bermula dari 28 June 2012 hinggan 14 July 2012 saya telah mengalami penurunan sebanyak 2kg.. hoyeyyyy.. Dua minggu lepas berat badan saya 57.5kg dan sekarang 55.5kg. My target ialah ingin mencecah 50kg. Akibat pengurangan berat badan telah menyebabkan kedengkian yang melampau dari Mr. Sallehudin.. ~hahahahahaa~


 
Macam mana saya berdiet?
Mula-mula sekali saya google jadual makanan berdiet selama seminggu. Setelah mendapat senarai makanan yang sesuai dimakan so saya pun buat jadual dari hari Isnin hingga Ahad.. Tapi malang sangat sebab saya tak berapa nak follow jadual tu.

Minggu yang pertama memang saya tak makan nasi langsung. Setiap pagi saya makan roti dua keping dengan telur saja dan tosai. Tengah hari pula saya buat udang grill, ayam grill, ikan bakar, speghety dan mihun sup. Setiap makanan tersebut saya selitkan juga dengan salad hijau. Waktu makan tengah hari saya pula ialah antara pukul 1pm hingga 2pm. Tapi start pukul 4pm memang dah terasa lapar pulak. Bila rasa lapar saya minum air milo dan biskut saja. Ada jugak saya makan buah strawberry cicah chokolat.. ~huhuhu~ Menu makan malam pula cuma roti dan telur lagi. Ada jugak Mr. sallehudin suapkan lauk yang saya masakkan untuk dia untuk makan malam. Tapi saya makan sikit saja. Ada sekali tu saya dinner makan chiken chop kat LANUN, Damansara Utama. Sedap giler chiken chop tu.. hihihi.. nanti saya up citer dan pic yer..

Saya start makan tiga suap nasi sewaktu saya ke kenduri kahwin Syubli. Hari tu saya terlebih makan sikit sebab saya hentam makan laksa dan cendol.. ~hehehe~ Bila dah masuk minggu kedua ni, menu setiap pagi adalah sama iaitu roti dan telur. Kemudian selang satu hari saya start makan nasi tapi tak banyak sekadar tiga hingga empat suap nasi saja. Malam pula saya masih menggunakan menu yang sama seperti minggu pertama. Alhamdulilah.. akan masuk minggu ketiga. Semoga saya terus berusaha untuk mencapai berat badan yang diinginkan...

Mr. Sallehudin pun support saya jugak. Dia beli roti , ayam, udang besar dan ikan kembung supaya memudahkan saya untuk grill makanan tu semua. Tapi kadang-kadang dia dengki jugak. Suka ajak saya temankan dia makan nasi laa.. itu laa ini laaa.. ~huhuhu~

Owhh.. tiga hari pertama sewaktu dia temankan saya berdiet, dia pun memberi full support kat saya. Dia pun tak makan nasi dan makan makanan yang saya grill. Tapi lepas tiga hari dia sakit..~huhuhu~ kesian kat dia.. saya dah pesan jgn follow saya diet sebab dia kerja berat tapi dia degil.. hihihi.. Lepas dia sakit, I terus masak nasi untuk dia. Licin dua pinggan nasi dia makan.. ~hahahaha~


Inilaa first time saya makan tosai hokeyy sampai habis!!.. sebelum ni saya tak minat langsung nak makan tosai sebabnya pernah sekali dulu saya makan tapi roti tosai tu masam. Tapi tosai ni sedap dan tak berapa masam. Enak dan lemak berkrim disukai ramai  :) So nanti kalau saya nak makan tosai lagi, saya kena laa ajak Mr. Sallehudin pegi kat kedai mamak Kota Kemuning ni.. Kat situ laa saya makan tosai.. ~hehehe~


Ini hari pertama saya tak makan nasi. Hari tu Mr. Sallehudin tak sempat nak belikan ayam, udang dan ikan lagi.. So saya buat roti bakar makan dengan telur separuh masak dan salad. Kat situ saya ada letak kentang dan jagung bakar jugak..  :)

Insyaallah.. untuk minggu ketiga ni saya akan cuba catit setiap menu yang saya makan dan bolehlah saya berkongsi dalam blog ni nanti yer...

Friday, July 13, 2012

Ramadhan Buffet 2012

Holaa..
Lagi tujuh hari kita nak sambut Ramadhan kan? 
Mr. Sallehudin suruh saya carik tempat yang ada offer buffet Ramadhan. Katanya nanti nak bawak I pergi bukak pose kat tempat yang I pilih.. hokeyy.. I tunggu you bawak I pergi Buffet Ramadhan kat PICC.. hehehe..
 
Okey I ada jugak google.. Pastu I ada terjumpa blog ini ----->  Ramadhan Buffet 
Banyak informasi yang kita dapat dari blog ni tentang tempat menarik untuk berbuka, harga tawaran.. hmm.. uolls try lah pegi tengok blog ni yer..  :) Sebab macam-macam harga, package, menu yang disediakan.


Sape-sape yang minat rusa panggang boleh menjamu selera di Radius International Hotel, Bukit Bintang. Harga pun tak mahal sangat, only RM60 per person for adult. 


Berbuka puasa di Litar Sepang. Pun menarikkan. Tapi acara ni hanya pada 3 August 2012 saja. Harga buffet pun tak mahal sebab banyak yang sponser untuk majlis ini. Agak-agak Mr. sallehudin boleh tak kita pegi bukak pose kat situ nanti.. ~hikhikhik~

Thursday, July 12, 2012

Ladang Teh Cameron Highlands

salam,

BOH Tea Centre Sungei Palas terletak di Brinchang lebih kurang 2km dari Pasar Kea Farm.
BOH Tea Centre ni dibuka dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali ditutup pada hari isnin.


Ada pelbagai jenis teh yang disediakan. But I cuma pilih Palas Supreme. besides all teh ada pelbagai menu sampingan. Ada kek, tart dan sandwich.
 

Jemput minum semua. Beristerihat sambil minum teh sambil menikmati udara nyaman dan disajikan dengan pemandangan ladang teh yang sangat cantik. Rasa macam tak nak balik ajee.. ~hee~
 

Dalam teko tu memang ada daun teh. So kita boleh tapis sebab penapis disediakan. Kita juga boleh tambah gula atau creamer mengikut selera kita.
 

I pilih minum teh bersama egg sandwich. Rasa sandwich so and so aje..
 

The address Ladang teh ni..
Jalan Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang 39000
05-496 2096

Wednesday, July 11, 2012

Garden Picnic

Teaser : Garden Picnic
Date : 08072012

Yeah..mari bersantai di hujung minggu. Saya sangat bosan makanya telah mengajak Mr. sallehudin ber'picnic' di Taman Tasik Perdana..

Membawa candies sambil berfotoshoot sangat menyeronokkan. Ini juga boleh dijadikan sebagai post-wedding kami  :)






Candies dan props semua disediakan oleh saya sendiri..  :)
enjoyyss...

Tuesday, July 10, 2012

Kenduri kahwin Syubly

Salam dan hai...
I tengah lepak petang-petang ni sambil tunggu Mr. Sallehudin balik kerja. Tapi rasanya hari ni mesti dia sampai lambat lagi macam semalam. Sebab katanya sepanjang minggu ni dia kene pergi KLIA ada kerja.. ~huu~

I tengah blogwalking... pastu nak update blog tapi tak tau nak cerita pasal ape.. so I tengok album pic yang baru I upload.. Ohoo.. baru teringat I nak upload cerita pasal wedding my old fren.. Syubly.


Kitorang satu sekolah since sekolah rendah.. then continue sampai form 3. Lepas PMR semuanya bawak haluan masing-masing masuk asrama laa.. pindah sekolah laa.. So.. kitorang jumpa balik sebab adanya facebook.. :) so tenkiu kepada facebook.. ~ehee~

Wedding diorang diadakan pada 7.7.12 bertempat di dewan MPS, Taman Gombak. Dewan yang sama masa majlis bertandang saya ari tu..  :) Disebabkan I dalam situasi berdiet sekarang, so I cuma makan daging hitam dengan dua suap nasi aje.. Tapi tiba-tiba I ternampak laksa dan cendol.. hayooo...

Rosak diet I. ehee.. So hari tu kita makan saje lah yee.. 

Sama cantik sama padan pasangan pengantin..

Hiasan dewan, pelamin dan baju pengantin sangat cantik. According to Syubly dia amik all package in one. semua sekali termasuk catering + pelamin + baju + mekap..

 Akhir sekali.. mestila gambo I diselitkan jugak.. kehkehkeh..


Akhir kata Selamat Pengantin Baru dan welcome to the club.. hahaha...  :)

Monday, July 9, 2012

What Is PCOS?

Salam..
Selamat pagi Isnin dan selamat bekerja.. ~ehe~
Okey.. I nak cerita sikit pasal I ni.. Minggu lepas I ke klinik kononnya nak buat ultrasound dan pregnancy test. sebabnya perut I ni nampak kembung macam ala-ala orang pregnant dicampur pulak dengan I ala-ala demam. Alhamdulilah doktor yang check I tu baik sangat dan dia explain sungguh-sungguh apa yang dah jadi kat I. 

After ultrasound dan ujian air kencing doktor cakap yang I tak pregnant. Its okey..... 
Then, doktor check ketinggian, berat badan dan BMI. memang berat badan I sekarang 57.5kg. Pengiraan BMI mendapati I overweight. ~hohoho~ Doktor nasihatkan supaya I menurunkan berat badan menjadi paling afdal antar 50-51kg... Dan I beritahu kat doktor yang period I memang selalu datang tak menentu..

Dan.. berdasarkan simptom yang I alami sekarang kemungkinan besar I mengalami PCOS. What is PCOS?

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
 
 














Setakat ni I dengan Mr. Sallehudin belum buat apa-apa rawatan. Cuma sekarang I menjalani program diet saja. Minggu nie sudah masuk minggu kedua I berdiet. Tapi belum timbang berat badan selepas seminggu berdiet.. Nanti lah timbang.. Tapi semalam I pakai seluar jeans rasa macam longgar skit.. ~ehemm..~

Ok.. itu saja I nak introduce tentang PCOS.. Doakan semoga kesihatan saya sentiasa baik.. amin..

Friday, July 6, 2012

Album Kahwen Tak Siap Lagi HOKEYY!!

Hai semua..
Hari ni mood ala-ala bengang pun ada jugak.. apa taknya dah tiga bulan kawen tapi album kawen tak siap-siap lagi.. Nak kate Mr. Sallehudin tak bayar habis.. sebelum nikah lagi kitorang dah bayar full payment. 
Tiga bulan hokey.. bukan tiga minggu. Kak ipar yang sama-sama kawen dengan I pun dah pregnent.. ~huhh~
Mak mertua I sampai dah tak de.. bayang album pun tak nampak lagi. 

Dulu janji paling lambat dua bulan. Ni dah masuk bulan ke tiga... So.. I pun bising laa kat Mr. Sallehudin.. suruh dia coll photographer tu. Kalau nak tau photographer tu kawan Mr. Sallehudin. Payah sungguh.. kita nak tolong photographer tu dapatkan job, tapi dia buat lambat-lambat pulak. Yang Mr. Sallehudin suruh sabar... nak suruh sabar sampai aku beranak ke..? ~huhu~  Mak bapak I kat kampung pun dok tanyer bila album nak siap.. lambat sangat sampai pengantin pun dah basi.. Tu yang buat hati I lagi bengang dengan photographer tu. I dah bising-bising.. agaknya Mr. Sallehudin pun dah coll photographer tu malam semalam.. then, siang tadi photographer tu baru semail mock-up.. contoh design story album yang diorang dah buat.. Hayooo.. nak suh aku mengamuk dulu baru nak send email.. Agaknya kalau I tak suh hubby coll dia.. agaknya dia pun buat diam ajee.. ~huhhh~ Alasan yang dia bagi sebab lambat ialah designer dia buat hal. So.. kalau dah designer tu buat hal.. carilah designer baru.. ~hayoooo~

Ada yang susunan I berkenan dan ada susunan yang I tak berkenan untuk storybook tu.. So I dah reply email dia.. kita tunggu laa editing terbaru dia. storybook untuk majlis bertandang katanya minggu depan baru nak email..  

Nanti dah complete semua design storybook, I will upload yer..  :)

Adios.. 

Thursday, July 5, 2012

Shooting For Pesona Pengantin

Yeaayyy..
Seronok sangat.. dan Alhamdulilah..
Akhirnya setelah lama berangan-angan kini dapat pun. My Lil Own Business akhirnya dapat jugak shoot untuk majalah Pesona Pengantin untuk edisi September..

Dapat coll dari Farah (Pesona Pengantin crew) minggu lepas.



Sorry pic atas blur skit sbb snap dari blackberry aje... Thanks to Farah atas peluang yang diberi :)