Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, June 23, 2012

Infor & Tips Nak dapat Anak Kembar

Salam semua..hehe..
actually entry ni dah seminggu kat dalam draft. I cut & paste this infor lepas I berangan-angan dan baca tentang tips untuk mendapatkan anak kembar.. ~ekekeke~  tapiii.. alamak I lupa nak credit dari blog mana I amik infor ni. harap maaf lah yerrr...  :)

I tau.. semua orang mesti teringin nak baby kembar kan. Termasuk lah I  ;) Tapi orang kata kalau ada baby kembar ni perlu kuat dari segi, mental, emosi dan wang ringgit. Yer laa.. bukan seorang baby yang perlu dijaga dalam satu masa tapi dua. Kalau Allah beri rezeki lebih.. ada yang kembar tiga. Ada juga di Malaysia ni yang melahirkan kembar empat. Tapi tak ramai sangat lah kan....

Okey, jom kita baca tips mendapatkan baby kembar.. ~ecehh~ Walaubagaimanapun semua itu rezeki dari ALLAH. Yang penting kita sebagai hambaNya perlu berusaha dan berdoa...

1.GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.
Yups.. I memang dalam salasilah keluarga ada kembar. Sepupu abah I ada kembar dua. Adik abah I ada sepasang anak kembar (kiranya kembar tu my cousin laa). Dan tahun lepas, cousin perempuan I dapat kembar tiga...  :)  hahaha.. dari family Mr. sallehudin tiada salasilah kembar..

2.UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan ke atas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
Tapi I bellum mencecah usia 35 tahun lagi  :p

3.BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
Owhh.. I ini pun I belum masuk dalam golongan wanita yang pernah melahirkan anak..

4.BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.
I tak tinggi.  :( cuma anggaran dalam 149cm. I pun tak sure..~huhu~ Berat sekarang 57kg. Hari tu I dah timbang. BMI cakap I over weight!! 

5.DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
Hmm.. makanan apa yang mengandungi estrogen yang tinggi yer? kalau tak silap I ubi kentang & susu ada estrogen kan?
 
6.PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
Yang ini memang I tak pernah amik laa.. Dulu kan before kawen ada gak rasa-rasa macam nak ambik pil kesuburan. Tapi macam berat hati dan malas pulak nak pergi klinik / hospital mintak pil tu.. huhu...

Tapi I ada juga terbaca petua orang tua-tua cakap.. makan makanan yang berkembar contohnya macam pisang kembar, kacang kembar atau ape ajelah yang berkembar..  :)  I ada terbaca dalam 1 blog yang mana dia mempunyai anak kembar. Sebelum dia preggy kembar, dia snap photo dengan seorang rakan dia yang mengandung kembar masa tu.. Tak lama lepas tu dia pun preggy. Yang paling excited sekali dia pun mengandung kembar jugak.. kuasa ALLAH...

So.. sesiapa sekarang yang tengah preggy baby twins harap bagi tau I sebab I nak pergi amik gambo dengan dia... ekekeke..

Friday, June 22, 2012

Tempahan Biskut Raya

Hai readers..
Apa khabar.. ewah-ewah.. muka ada senyummm petang hari Jumaat ni. Maklumlah esok dah weekend, cootiii... Kalau uolls nak tau I hari-hari senyummm.. ~ekekeke~

Alhamdulilah. keputusan saya berenti kerja kali ni tak sia-sia. Alhamdulilah lagi sebab Sweetheartstories sentiasa menerima booking setiap minggu untuk Candy Buffet & Chocolate Fountain Package. Sampaikan I nak pegi berjalan hujung minggu pun tak boleh.. ~ekeke~ Nampaknya slot bulan Julai ni macam ada kosong. Kemungkinan I akan pilih salah satu slot untuk buat fotoshoot garden candy buffet. Mr. Sallehudin akan menjadi cameraman nyerr... Semuanya masih dalam perancangan. Belum confirm betul-betul lagi..  :) Actually fotoshoot ni saja dibuat sebab I memang teringin sangat nak fotoshoot picnic theme. Sejak dari sebelum kawen memang berangan nak wat pre-wedding konsep picnic. Tapi time tu masa memang tak de langsung sibok memanjang. So hopefully menjadi lah planning kali ni.. Lagipun I nak meraikan tarikh anniversary setahun pertunangan kami.. ececehh.. dah kawen pun sebok nak rai tarikh bertunang jugak.. huhu... Maybe I akan jemput beberapa orang rakan-rakan aje untuk menghabiskan semua makanan kat candy buffet tu after fotoshoot. ~ekeke~

Well... puasa pun dah nak dekat ni. I ada jual biskut raya tau. Biskutnya sama jugak macam tahun lepas. Ada biskut aiskrim, biskut badam berceri, biskut sampan, choc cereal dan corflakes bermadu. Lima jenis tu.. I memang tengah cari ejen nak menjual biskut nie.. Sesape yang berminat nak tempah biskut raya or berminat nak jadi agen boleh emel to cupcakesmuffins@gmail.com. Senang ajeee.. uolls juz beli sampel set biskut raya I then bagi uolls punye customer makan... Pastu agen order dari I nak berapa balang.. Lima balang.. sepuluh balang.. dipersilakan..  :) I akan deliver semua tempahan dari agen dalam minggu ketiga berpuasa. Orang perseorangan yang nak menempah pun dipersilakan.... orang perseorangan pun I akan deliver biskut dalam minggu ketiga Ramadhan jugak..  :)

Owhh... kalau diizinkan ALLAH.. kalau kudrat I ni mampu.. maybe I akan ambik order kek pada munggu ke empat Ramadhan.. Nama kek tu KEK SULTANA.. sedap tau. ni resepi turun temurun dari my mom..  Kat tengah-tengah kek tu letak jem strawberry.. Tapi I tak pikir lagi baper harga kek tu dan bentuk kek tu.. sama ada bulat or empat segi. hihihihi.. kalau ada permintaan untuk kek, baru I akan announce harga kek tu yer..  :)

Okey.. eloklah I berundur diri dulu sebab I nak masak nasik.. Nak bagi husband makan.. kesian dia.... dah bagi hint kat I tu.. lapaq... ok.. I masak sekarang.. adioss...


Tuesday, June 19, 2012

Weds Review : Hantaran

Hai... 
Dah hampir tiga bulan kahwin, wedding review pun tak habis-habis lagi.. ~ekeke~
Okey kali ni review pasal hantaran. Entry kali ni ala-ala super panjang dan ala-ala banyak gambar.  So harap membaca dengan jayanya. kalau tak nak baca pun tak pe.. tak kisah..  :p

Mula-mula I planning nak buat hiasan hantaran ala-ala arabian. Bila I cari kat google hiasan hantaran arabian tak banyak contoh yang ada. Kalau tak silap I kalau Arab ni mesti ada hiasan bantal. So ingat nak beli polisterin yang macam bentuk bantal tu.. tapi macam tak best pulak. Pastu ingat nak jahit sendiri bantal. Lagipun kain memang dah ada. Bila fikirkan semula, macam malas pulak nak jahit menjahit nie...

Masa I pergi beli barang-barang kahwin kat kedai A To Z di Butterworth, I sudah jatuh cintan dengan satu dulang hantaran kaler gold. Memang nampak ekslusif. Harga kalau tak silap RM23 ke or RM29.. dah lupa.. ~kehkehkeh~  So I pun beli 9 dulang. Pastu I beli jugak barang-barang yang lain. Bila dah kira total dekat RM600++ I macam konpius skit.. I target total RM 1k sebab banyak barang yang dibeli. Pastu dah sampai rumah I checking semua semua harga barang. Rupanya dulang hantaran yg vogue tu cashier cuma kira untuk satu harga aje.. yang lain dia tak add up. Wallalaala.. terima kasih A To Z kerana sponser saya dulang hantaran.. ekekeke...

I dah kebuntuan idea nak hias hantaran cane.. Dah malas sangat nak pikir..so I beli bunga-bungaan pastu hias aje kat keliling barang hantaran. Malas dah nak pikir hiasan konsep ala-ala arab tu.. ~huu~

Ini semua hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki..

 Perfume. Beli kat Jusco Mid Valley.

 Kitab terjemahan Al-Quran dan tasbih.

 Famos Amos biskut

 Persalinan


 Jam tangan

 Kasut

 Set penjagaan diri. Tapi sampai sekarang set ni tak guna lagi.. 

Ekcelli ada lagi satu dulang hantaran letak tab. Tapi tak tau nape takde dalam gambar.

Ini pulak hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan

Telekung

 Dodol. Menurut MIL, dodol nie dihantar sebab mengikut adat. err..adat negeri sembilan kot. Bagi sebagai manisan.. Dodol tak dikira sebagai dulang hantaran. Dodol ni diberi kepada besan. Mak I laa tu..

Jam tangan. Jam dalam kotak tu dah tak de sebab I cepat-cepat amik simpan. Maklumlah sebagai langkah berjaga-jaga. Bila dah kenduri ni ramai orang yang keluar masuk rumah kan.. Mak andak I tahun lepas wat kenduri kawen anak dia.. (sepupu I laa) dalam dok sebok-sebok tu tetibe Iphone adik pengantin hilang. Cari punya cari tak jumpa. ~huhu~

 Perfume. Harga dekat RM300 ++ Sampai sekarang I tak pakai lagi perfume ni sebab sayang nak pakai. ~ekeke~ ada dalam kotak lagi. Bukannye ape..sekarang kat rumah I tak de meja solek. So nanti kalau letak merata-rata takut hilang pulak. nanti bila dah ada meja yang khas untuk dijadikan meja solek.. semua perfume, aksesori I akan hias atas meja tu.. sekarang pakai drawer rendah jer.. 

 Persalinan. Ini baju yang dipakai masa majlis bertandang

 Barang mekap Elianto. I beli produk ni sebab I memang suka dengan Elianto. Sape cakap Elianto murah?? total semua RM200 ++ hokeyy... Walaupun barangnya ciput jerrr..

 Kasut & purse. Kasut tu dah lunyai I belasah pakai. Purse tu pun sama.. 

 Set chocolate. Memang banyak. tak larat I nak habiskan sorang. I agih-agihkan kat adik I suh dia bawak balik asrama


Ini pandangan untuk semua hantaran. Hantaran dari lelaki bertemakan gold brown. Yang I punya pulak tak tau laa konsep warna apa.. huhu.. Tapi I lebih kepada pastel color dan I ada letak manik bertali kaler merah supaya nampak lebih menarik, tertarik.. Memang guna banyak sangat bunga untuk hiasan hantaran I tu.

Masa majlis bertukar dulang tu, pihak lelaki terus bawak balik semua dulang kat homestay. Esoknya dah habis majlis, pihak lelaki pun balik KL. tapi diorang tak bawak balik pun dulang tu. Yang ambil barang-barang hantaran aje.. So semua bunga-bunga tu I kutip balik dan jadikan gubahan bunga. So dapat 5 jambak bunga. Bolehlaa wat hiasan kat rumah. Owhh.. 5 jambak bunga tu I ada guna untuk hiasan pelamin a.k.a photobooth masa majlis bertandang hari tu...

Sunday, June 17, 2012

MIL Mengalami Sakit Kronik

Salam Ahad semua...
Lamanya I tak update blog kan.. kesian blog ni diabaikan oleh ownernya kerana keghairahan beliau mengupdate blog dan fb bisnes kecil-kecilannya.. ~ekekeke~

Tapi kali ni I mengupdate satu berita yang sangat mengejutkan. Tentang my MIL. 
Dua minggu selepas mengadakan majlis kenduri bertandang my MIL diserang batuk berpanjangan. Badan jadi lemah. Sebelum ni MIL tak pernah tidur siang hari. Ada ajee kerja yang nak dibuat. Menjahit laa.. main game Angry Bird pun selalu juga. Tapi selepas MIL diserang batuk badan die menjadi terlalu lemah dan tidur diwaktu siang. 

Dekat sebulan juga batuk tu tak reda. Bila keadaan menjadi semakin teruk barulah ke hospital untuk buat pemeriksaan. Sampaikan bau asap rokok dan habuk MIL tak boleh hidu. Kalau ada bau tu dia akan jadi batuk lagi teruk. We all ada planning nak ke Kota Bahru penghujung May hari tu tapi disebabkan kesihatan tak mengizinkan.. we all pun batalkan our planning.

Selepas buat pemeriksaan, MIL kena tahan ward. Seminggu juga di hospital. Kadang-kadang MIL batuk keluar kahak yang teruk. Semasa dalam ward, MIL disyaki Tibi. Satu suntikan diberi. Tapi I tak sure itu ubat apa. Keadaan batuk MIL makin teruk.. Doktor ada buat x-ray. Nampak macam ada satu tompokan di bahagian paru-paru. Tapi doktor masih mengkaji apa tompokan tu. Kemudian doktor kata di bahagian dalam dada ada cecair. Lepas tu doktor syak MIL mengalami paru-paru berair pulak. Doktor ada ambil sampel darah dan rupanya dalam sampal darah seperti ada nanah. 

Lepas doktor buat kajian dan check.. doktor mengesahkan yang MIL menghidapi kanser paru-paru melebih stage 2. Allahhukbar... Kesian.. MIL langsung tak boleh terima yang dia mengalami sakit kronik tu. Hari-hari menangis. Kami anak-anak pun menangis tapi kami perlu kuat sebab kami nak beri sokongan untuk ibu..

Selepas seminggu MIL mengetahui sakit cancer yang dialami.. MIL hanya berehaT dirumah. Setiap saudara mara yang datang kerumah..MIL akan menangis. Kami dah bawa ibu ke homopathi. Hari Khamis depan MIL akan menjalami CT scan, iaitu untuk memastikan cancer yang MIL hadapi sudah menjangkau stage 3 atau 4. Selepas CT scan baru kami akan berbincang untuk menjalankan rawatan kimoterapi..

Sekarang ni MIL sentiasa mahu ada orang disisi. Kami semua cuba sedaya upaya untuk tidak benarkan ibu menangis sebab mengenangkan sakit canser. 

Hope everything will be ok.. Insyaallah.. Kita semua banyak-banyak berdoa semoga MIL cepat sembuh dari penyakitnya...

Saturday, June 9, 2012

Baju Dah Masuk Dalam Kotak

Hi everyone..
Nothing much nak ceritaa. Tak ada update terkini. Sekarang ni setiap hujung minggu dah susah sikit nak gi jejalan sebab every week ada aje yang booking chocolate fountain untuk birthday party dan kenduri kahwin..
Promo : Sesiapa yang nak booking chocolate fountain atau candy buffet untuk birthday party atau kenduri kendara atau majlis akikah.. boleh email saya di cupcakesmuffins@gmail.com  ~ehehe~

ok-ok...
Actually I nak cerita satu benda yang boleh dikatakan sedih. huhuhu..
Beberapa hari lepas I dah packing semua baju-baju I yang telah KETAT hokey.. semua t-shirt yang small dan ala-ala comey I dah tak boleh pakai. Sebabnya ia sudah terlalu sendat dengan badan I dan dah tak sesuai sebagai seorang isteri untuk memakai t-shirt seperti itu. ~ecehh~
Ada juga seluar jeans yang baru beli tak sampai setahun sudah terlalu ketat. sedey  :(


Lihatlah.. satu kotak besar terisi dengan baju yang telah kecil. bju kurung pun ada yang tak boleh pakai dah. Kain nak zip pun dah tak boleh.. Huihh tak sangka betul berat badan naik mendadak. Walaubagaimanapun sekarang I cuba juga sikit-sikit nak kurangkan berat badan. I cuba tidak makan waktu malam. Tapi pengaruh suami tercinta tak dapat melawan. Tengah malam buta dah nak tido niee.. tetibee  "Cukkk.. I lapooo!!" Yer.. suami I berkata-kata di telinga I.. makanya I perlu menyediakan makanan ringan untuk dia supaya dia tidak tidur dalam keadaan kelaparan. Apabila menemani beliau makan maka I pun ikut serta makan... sooooo... hasilnyaaa.. berat telah naik menjadi 57kg. ~takut tengok badan sendiri kat cermin~

Oleh itu.. saya telah menjadi kekurangan baju dan almari lebih mempunyai ruang untuk bernafas. Sekarang I dalam proses untuk menggantikan baju lama dengan baju baru yang lebih sesuai. ~hikhik~ untuk membeli baju baru bukannya senang. ia perlu mempunyai modal yang agak banyak juga. makanya suami perlu bertanggungjawab untuk menggantikan baju baru untuk I.. sebabnya dialah punca I menjadi gemuk.. ~ekekeke~


Walaupun dia menjadi punca kegemukan saya.. saya tetap sayang dia hingga hujung nyawa.
Dia rajin sangat tolong I setiap hujung minggu menjadi driver dan pekerja am apabila I ada event..
ekekeke..
I Love You...  muahhsszzz

Wednesday, June 6, 2012

Order & Booking Last Week

Hai babe..
sinxe last week I memang sebok menyiapkan tempahan cupcakes & prepare for event on saturday & Sunday pulak. Alhamdulilah.. rezeki lepas kahwin  :) tengah nak kumpul duit ni sebab nak bayar PTPTN.. ekeke..
Okey.. mari cuci mata tengok cupcakes yang I sediakan sepanjang last week tempahan dari customer..

 Cake ni tempahan dari seorang wife untuk husband die.. Mintak tolong I delivery to Proton Shah Alam..

 Cupcakes Barney.. Pukul 2am I hias cupcakes ni ye.. Cari idea cane laa nak wat Barney tu.. huhu

 Selamat bertunang Adam & Ida..

 Selamat Bertumamg jugak untuk Marina & Hadi

Bouquet of flowerrr...

Ini baru cupcakes.. Jom tengok candy buffet & Chocolate fountain yang I set-up untuk birthday party dan wedding..


 Ini I set-up candy buffet untuk 1st birthday party Benjamin kat Kedai Kopi Shah Alam..


Ini Pulak chocolate fountain set-up untuk wedding Suraya & Mohammad di Padang jawa Kelang..

uolls pun boleh jugak booking dari I kalau nak set up candy buffet atau chocolate fountain untuk your wedding ke.. birthday party ke.. anniversary ke.. majlis akikah pun boleh jugak  :)  Just email me at cupcakesmuffins@gmail.com