Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Tuesday, May 29, 2012

Wedding Item For Rental

Hai semua..
Entry ni khas untuk b2b yer.. pembaca blog yang bakal berkahwin.
Saya dengan berbesar hati ingin menyewakan beberapa item perkahwinan yang saya gunakan tempoh hari. Antara barang tersebut ialah:-  jeng jeng jeng...

Bantal Nikah
Dua unit bantal nikah bulat jenis PVC warna putih. Alaa.. sekarang bantal nikah jenis nie kan tengah 'in'
Harga sewa untuk dua unit cuma RM100




Easel
Kayu easel tu I ada dua unit. Harga sewa satu unit RM30. Tapi kalau nak sewa dua unit sekaligus harganya cuma RM50

Dulang Hantaran
Dulang hantaran warna gold. Nampak ekslusif. Dulang hantaran ni ada 9 unit. Harga sewa seunit RM10.



Baju Resepsi
Baju ni pun I cadang nak sewakan. Sewa untuk lelaki dan perempuan. Alteration pada baju tak digalakkan. Nanti I ukur saiz baju I ok. Untuk baju lelaki agak besar jugak. Saiz XL. Maklumlaa husband I kan saiz XL. Cuma I aje yang saiz M. hihihi..
Nanti I kira ukuran baju ni yer..  :)  Sewa baju termasuk dengan veil yer..
 

Sesiapa yang berminat untuk membuat sewaan boleh emel kepada sweetheartstories@gmail.com
~tata~

Monday, May 28, 2012

Dulu dan Sekarang

Heylowww...
Sebenarnya hari ni nak start buat fancy cookies tapi alahai.. lemah betul seluruh badan nak start wat tu.. Asyik nak tengok TV, berfacebook dan berblog ajerr... 
Sambil nonton rancangan Wanita hari Ini sambil pulak dok tengok facebook gambo lama-lama.. Tetiba teringat zaman I dulu kala.. zaman I muda belia anak dara gituuu.. ~eheekkk~ Bila diingatkan semula banyak juga perubahan yang berlaku pada I sebelum kahwin dan selepas kahwin..

1. Saiz Badan
Kalau sebut pasal saiz badan memang I nak nangiss.. Semakin hari semakin debab. I pun tak tauu laa macam mana boleh jadi macam tu. Makan sentiasaaa.. Berat badan I dah start naik sejak lepas bertunang. sebulan sekilo naik. Peningg I tau.. trauma juga tengok badan sendiri.. ~huhu~ Seluar jeans semua tak boleh nak muat dah. Kalau dulu ngam-ngam dan cun-cun ajee tapi sekarang sampai kat peha aje tak dah tak boleh tarik naik lagi.. Baju pun sama.. kalau dulu longgar belaka tapi sekarang dah sama sendat. T-shirt Mr. Sallehudin pun I boleh pakai dengan jayanya tanpa nampak sebarang gelebeh sana sini.. ~uuwaaarrrhhh~ Nak nangiss..

2010 - Masa I kerja as PA kat MLM Company

2. Penampilan Diri
Kalau dulu.. nak keluar pergi mana-mana aje mesti mekap, pakai baju elok-elok, tudung pun nak pakai kemas-kemas. Selagi tak kemas selagi tu laa dok depan cermin nak betulkan tudung tu. Sekarang ni, nak mekap, nak pakai tudung lilit sana lilit sini dah malas sangat. Sekarang ni pakai selendang biasa aje ataupun pakai tudung instant. Siap. Mekap ada laa sikit-sikit. Muka I ni kalau tak letak bedak and tak pakai lipstik memang nampak pucat sangat. Yang lain-lain macam dah tak ambik pot daa.. Mr. Sallehudin pun sampai naik heran.. apsal sekarang I dah tak melaram macam dulu? ~huhu~

Jeans, pink shirt & sling beg. Jeans tu I dah tak muat & sling bag tu ntah hilang kat mana..

3. Koleksi Kasut & Handbeg
Kalau uolls nak tau.. sekitar tahun 2006 hingga 2009, asal aje dapat gaji duit tu mesti spent dalam RM200 semata-mata nak beli kasut, baju & handbeg. Dulu kala I memang pengumpul kasut yang tegar. Berpuluh pasang kasut I ada ok. Sebut aje warna apa.. semua ada.. biru merah hijau purple pink. Kalau Hitam tu ada laa dua tiga pasang fesen lain-lain. kasut ada yang highheel, wedges, sandal, selipar pun nak yang cun and stylo. Tapi malang tak berbau sejak kereta Satria I hilang dulu.. lebih kurang dalam tahun 2010 kot.. dengan koleksi kasut I pun penyangak tu sapu. celaka betul orang yang curi kereta I tu. Memang hidup dia tak aman dunia akhirat!! huhhh!! oppss terlari tune plak. ~kehkehkeh~ Sejak dari tu, I start balik kumpul kasut. Tapi asal aje I pakai kasut tu lepas tujuh lapan kali mesti kasut tu putus laa, tapak kasut tercabut la. tumit patah laa.. haisshh. Sekarang lagi laa kasut I boleh kira aje. Yang terbaru I beli kasut untuk pakai nikah hari tu denan kasut untuk buat hantaran hari tu. huhu.. sandal pun yang macam selipar jepun aje.. Dulu... kalau pakai highheel tak jadi masalah tapi sekarang pakai aje highheel setengah jam dah lenguh tumit. Adoii..

 Baju pink kasut pun pink hokeyy..

4. Koleksi Baju
Kalau sebut pasal koleksi baju tu jangan cakap laa.. Asal aje ada sale, I rempuh shopping complex. Contohnya JJ Card. Tak kisah kalau parking jauh-jauh pun. Nak pegi sorang-sorang pun no hal. Kalau pasal bershopping, I lah ratunya. Kengkawan yang lain tak nak follow I kalau bershopping. Diorang cakap penat gilerrr.. Sekarang ni, hmm.. memang dah lama tak beli baju baru. Pakai aje baju apa yang ada.. sampai dah naik lusuh baju tu. Tapi yang paling ngeri sekali kebanyakkan baju tu semua dah sendat. Bukan tak de laa beli baju. Itupun sebab dah kena beli sebabnya baju lama semua dah tak celuih.. Paling frust ada dua helai seluar jeans Geordano yang Mr. sallehudin beli untuk I. tapi sekarang tak leh pakai dah jeans tu.. sedih kan...  :(
 Baju biru ni longgar tapi skrg I pakai dah sangat sendat. ~hukhukhuk~

5. Aktiviti Sosial
Masa I single mingle dulu.. habis jer kerja I tak terus balik rumah. Ada aje destinasi I nak pergi. Shopping complex laa, tengok wayang laa, nonton teater laa,, tengok live band laa.. Paling cikai pun lepak kat kedai mamak dengan officemate.Sekarang ni sejak dah kahwin, masih lagi nonton wayang. Tapi kali ni pergi dengan Mr. Sallehudin laa.. nonton wayang masih aktif lagi cuma live band tu dah lama tak pergi. Teringin jugak one day nak ajak Mr. Sallehudin pergi tengok live band kat Concorde. Owwhh.. dulu I suka juga pegi jejalan ambik gambar. I suka snap pic maklumlaa dulu excited dengan DSLR. Mr. Sallehudin pun suka shoot jugak. Kitorang selalu jugak dulu pergi Putrajaya ke.. buat foto shoot. Sekarang lepas kahwin ni.. hmmm.. simpan aje laa DSLR tu. Dah jarang sangat pergi fotoshoot. Ari tu ada jugak janji nak fotoshoot kat Petaling Street tapi sampai sekarang tak pegi lagi...

 Masa nak nonton teater Terima Kasih Cinta. Seluar tu pun I dah tak muat pakai yee..

6. Kemahiran Memasak
Seeriess I cakap dulu I memang langsung tak reti memasak. Masak pun macam hapee jer. Tapi sekarang sejak kahwin ni alhamdulilah skill memasak tu dah meningkat. Ekcelli I start memasak sejak I hidup bujang kat KL. Iaitu bila start keje dalam tahun 2005 gitu. Start dari hari tu I baru nak belajar memasak. Dan sekarang.. alhamdulilah.. bukanlah PRO sangat tapi boleh laa. Mr. sallehudin suka sangat I masak masakan berasaskan telur, speghety, daging masak black paper. 
Ini.. sekarang selepas bergelar isteri!!

Note : Tengok gambar kat atas tu semua I pakai shawl kan :) Sejak dah jadi isteri ni aje dah tak boleh nak pakai shawl. Pakai tudung instant aje lah. Sebabnya kepala I akan pening dan akan nak muntah bila nak pakai shawl tu perlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi. Lagipun nak kejar masa. Nanti lepas Mr. Sallehudin balik dari outstation kat Penang, we all nak pergi dating makan shushi dan tengok wayang.. I nak try pakai shawl semula.. :p

Bila fikir balik memang teringin sangat nak macam dulu. Kumpul koleksi kasut, handbag, baju. Tapi memandangkan sekarang I dah jadi housewife sepenuh masa dan ada buat business kecila-kecilan saja mungkin agak terbatas nak buat semua tu. Unless kalau I start keje semula. Tapi sekarang ni I dah tak boleh nak kerja makan gaji sebab I selalu stress. I tak boleh nak tempuh jammed pepagi buta sebab stress. Balik sampai rumah mesti merungut penat laa, letih laa. Sekarang ni bila I dah berhenti kerja dan I buat kerja yang I suka..walau penat macam mana pun I tetap buat sampai siap walaupun sampai ke tengah malam. Mr. sallehudin pun heran dengan I. Dia cakap dengan I.. "sikit pun U tak ngomel wat kerja ni semuakan walaupun penat mcm nak pengsan"

Jadi.. I perlu berusaha gigih promote my servis supaya I boleh kumpul duit dan boleh beli apa yang I nak...  :)


Cuba tengok budak baju hijau tu.. hehe.. mesti nak kena selit pic dia jugak.. kang nanti dia merajuk pulak  :)
Tapi paling tak hengat dia cakap sebelum kawen dan lepas kawen dia maintain macho, tampan, segak bergaya.  ;p
Okey lah.. iyer kan aje lah.. kang nanti dia tak nak baawak I pergi makan shushi pulak.. hikhik..


Sunday, May 27, 2012

Tanda-tanda Hamil

Happy Sunday  :)
Hari ni kebanyakan isteri-isteri dan ibu-ibu sedang sibuk memasak kan.. maklum laa cuti sekolah dah start mesti nak masak sedap-sedap untuk suami dan anak-anak kan... Ada juga yang pergi bercuti. Pergi A-Famosa ke, Lake Town Bukit Merah ke, Langkawi ke, London ke... huhuhu...

I pun tengah masak ni. Walaupun Mr. Sallehudin outstation ke Penang I tetap masak.Sebabnya adik I nak datang rumah kejap lagi dengan tunangnya sebab nak hantar barang. So dikesempatan itu dia suh I masak. chitt..

Well.. lately I tersangatlah kuat makan. Baru makan nasi dua jam tetiba lapaq balik. Pastu makan lagi. Uolls tau tak berat badan I sekarang dah cecah 57kg. Dasatttt siottt.. Tak pernah lagi berat badan I cecah setinggi tu. Dulu kala kalau berat badan I naik pun paling tinggi 52kg. Dan I pernah diet dan turun sampai 48kg. Terkesima jap tengok angka 57 tu.. Mr. sallehudin pun apa lagi.. gelak guling-guling laa sebab dia suka betul tengok berat I naik. Katanya kalau berat I naik maknanya dia pandai jaga I dan beri makan yang secukupnya... Dia tau tak I fobia tengok angka 57 tu?? huhu..

Memandangkan lately ni juga I ada selalu angkat kotak yang agak berat, so semalam tiba-tiba pinggang I rasa sakit. Pinggang sebelah kanan. rasa macam sengal-sengal gitu.. Bila I bitau Mr. Sallehudin, then dia cakap.. "ntah-ntah ada petanda awal nak ngandung kot.." iyer kerrr....??? Actually Mr. sallehudin memang harap sangat nak dapat baby. Pastu die suh I google tanda-tanda hamil..


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
 
Artikel from HERE
Ada few simptom yang berlaku pada I sekarang.. adakah I'm pregnant?

Saturday, May 26, 2012

Saturday

Hi.. Happy Saturday.
Seminggu jugak tak update blog. Tapi tengah hari ni nampak macam nak hujan kan.. I pulak sambil nonton Duhai si Pari-Pari kat Astro Ria. Mr. Sallehudin tak ada sekarang. Dia pergi outstation ke Penang. I malas pulak nak ikut sebab nak buat macam-macam preparation for next week event. 


Ini salah satu candy buffet yang I set-up untuk birthday party kat tadika last Thursday. 

Ape planning hari ni sorang-sorang kat rumah.. hmm nothing..
Tengok TV aje lah sepanjang hari ni. Pasni nak basuh baju dan sidai baju. Pastu sapu sampah. Pastu makan.. pastu tengok tv.

Okey.. I nak stop sini dulu sebab tibe-tibe I blur nak tulis ape kat blog ni.. nanti sambung lagi..

Monday, May 21, 2012

Chocolate Fountain & Candy Buffet Set-up

Hola...

Sekarang menunjukkan jam 1 pagi.. Tapi I tak sabar nak upload gambar-gambar business sampingan I.  Lagi membuat I tak sabar nak upload pic sebab Mr. Sallehudin dan edit gambar ni semua..This is my first time set-up chocolate fountain di rumah customer. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.
Actually I tak nak cerita banyak-banyak.. uolls just tengok gambar ye..

 Dah siap set-up. Chocolate pun dah mula mencurah-curah..

 Ini semua dah siap jugak. Waktu ni tetamu semua macam takut-takut nak dekat dengan meja ni. Siap boleh tanya lagi.. "Ni jual ke free?"

 Lepas tu dah mula ramai yang berkerumun. Seronok betul diorang dapat makan cokelat. Ada yang siap tapau bawak balik..

 Time ni cokelat pun dah tinggal sikit. Mesin diberhentikan seketika. Nak bagi mesin rest kejap...

 Lantern dan banner tu saya yang buat. Kiranya masuk dalam pakej jugak laa tu...

Dua jam aje kaunter bukak.. huhu... Selepas dua jam meja buffet dah jadi tunggang langgang dan haru biru. Dasat betul penangan orang Kubu Gajah ni.. hikhik..

Anyway thanks to Shiela kerana sudi booking pakej chocolate fountain dengan saya.
Ada lagi gambar kalau nak tengok boleh LIKE fb sweetheartstories cupcakes & craft.

Kepada sesiapa yang nak membuat tempahan, boleh emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com..  :)

Saturday, May 19, 2012

First Event - Nak Set-up Chocolate Fountain Corner

Salam sabtu..
Sekarang I kat kampung ni sebab hari ni I nak set-up Chocolate Fountain Corner kat Selama, Perak. Wish me luck yaa..  :) Ini event pertama since I mulakan business Candy Buffet dan Chocolate Fountain.



Chocolate untuk chocolate fountain tu I gunakan chocolate khas untuk mesin chocolate fountain. orang kata pakai chocolate compound pun boleh. Yer.. I dah try guna chocolate compound but kalau guna compound kita kena mix jugak dengan susu dan minyak. For my package, i akan gunakan Chocolate khas ni disamping menjaga ketahanan mesin fountain ni..

sesiapa yang nak set-up chocolate fountain corner untuk event wedding korang or birthday party ke.. boleh aje emel me at cupcakesmuffins@gmail.com for the details ye..  :)

Ok.. I nak gi packing barang-barang.. jap lagi dah nak kuar ke tempat event.. 
byeee...

Friday, May 18, 2012

Weds Review : Lantern

Hi..
hari ni I nak cerita tentang hiasan lantern kat bawah khemah. Memang I berangan-anngan nak hias khemah tetamu dengan lantern. Total  semua lantern yang ada lebih kurang 200pcs. Ada juga one of my frens dia baik hati sponser lantern warna biru dan putih. Terima kasih Lis sebab sudi sponser lantern warna biru dan putih. 

Untuk lantern warna hijau, pink dan merah I pergi beli kat kedai di Jalan Panggung. Kedai tu sekarang ni business dia memang bagus sebab b2b banyak pergi lantern kat situ. Menggila jugak I memilih lantern. Sedar tak sedar harga untuk semua lantern yang I ambik RM500++ 
Gilaaa ker ape??? Apsal mahal sangat ni? Rupanya I terambik lantern yang saiz besar dan total lantern 300 pcs.. I tak nak banyak.. huhu.. cukuplah sekadar 150 pcs.. hihihi.. teroverrr pulak...


Lantern tusemua mula-mula digantung oleh owner khemah I mintak tolong dia gantung semua lantern tu. I bagi dia semua lantern tapi ade ke patut dia cuma gantung kaler biru dan hijau kat keliling khemah aje.. abih tu yang kaler lain macam mane? I betul-betul geram. Rugi laa kalau I beli tapi tak gantung. So malam sebelum kenduri tu, I ditemani my frens Shamsurina yang merangkap pengapit I masa kenduri hari tu gantung sendiri semua lantern. Adik I pun ada tolong jugak sikit-sikit...

Kat depan pintu masuk rumah pun ada jugak tapi tak de pulak snap pic.  Actually banyak DIY props yang I buat tapi no picture. Harap-harap dari official photographer ada laa sikit-sikit props yang terselit. Nampak sweet sangat bila semua lantern dah digantung bawah khemah tu. Owhh.. I rindu saat-saat preparation nak kawen hari tu.. Kalau boleh nak ulang lagi sekali saat-saat tu...  :)


Pic ni I nak tunjuk lantern biru dan hijau. Bukan nak tunjuk orang berbaju biru tu.. Owhh itu my adik. Dia pun nak kawen bulan 10 tahun ni. So for his wedding, I akan prepare kek untuk majlis potong kek dan chocolate fountain corner. Apa lagi ko nak akak sponser? Sila cakap sekarang...  :p

Thursday, May 17, 2012

Weds Review : Busana Bersanding

Yuhuuu..
Benda paling penting about my wedding ialah I tak review lagi baju sanding yang I tak satisfied dan I ada pernah cerita dalam entry ni : Not Satisfied

Lets me talk about kain untuk baju. I memilih bridal satin as a our attire. Mula-mula me and Mr. sallehudin saja jalan-jalan ke Jakel Shah Alam. Kata Mr. Sallehudin saja nak servey dan tengok harga kain. Tapi entah ape yang bisik kat telinga I ni suruh jugak beli kain bridal satin yang harganya RM30.++ semeter. My theme color untuk baju ialah biru dan tetiba pulak terjumpa satu kaler yang ala-ala menarik yang jarang orang lain pilih warna tu. Kata salesgirl kat Jakel tu ini warna tile blue.. ok..whatseverrr.. tapi I memang dah jatuh cintan dengan warna ni.. Mr. Sallehudin pun tak membantah bila I mengeluarkan kata-kata nak beli bridal satin warna tile blue. Kalau dia bantah so I pun tak beli laaa.. huhu.. I beli 8.5 meter bridal satin include sekali dengan lace border yang cantik. Yang harga semeter RM200. I pun tak tau laa syaitan apa yang merasuk suruh I beli border lace yang harganya tak masuk akal tu.. Total semua kain yang I beli RM500. ok stop. Jangan nyesal beli, majlis dah lepas pun.. huhu..

I pun hantar ke tailor yang I pernah cerita seperti dalam entry yang I link kat atas tu... Rasanya tak perlu cerita kronologi masa I pergi fitting sebab I dah cerita. Ini I nak cerita kronologi hari yang sepatutnya I pergi collect baju tu dari tailor. 

Me & Mr. sallehudin pergi ambil baju tu hari Ahad petang dalam pukul 5.30pm iaitu sehari sebelum I balik ke kampung untuk majlis kahwin I. Sampai aje kat rumah tailor tu, dia tengah jahit baju lelaki. Untuk pengetahuan baju Mr. sallehudin dia terpaksa ganti yang baru sebab saiz baju tu amat kecil dengan badan Mr. sallehudin. nak pakai pun ketat dan baju tu pun singkat. nak kata my hubby tu berat dan saiz badan bertambah tak jugak.. sebab dekat nak kawen tu berat dia turun sampai 7kg. I aje berat naik 5 kg.. kuikuikui..

Baju I langsung dia belum alter lagi. Me & mr. sallehudin pun pergi jejalan pekan kelang sebab nak cari tudung. Siap pergi lepak kat KFC lagi. Pukul 8pm kami ke rumah tailor sekali lagi. Time tu dia tengah jahit bunga-bunga kat baju I..


hahhhh!!baru dia tau kelam kabut nak bernafas pun tak sempat. I dah bagi kain tu semua 1 Jan lagi.. dah dekat I nak collect baju tu baru dia terhegeh-hegeh nak menjahit. Geram sungguh. Kitorang tunggu sampai pukul 10 malam kat rumah dia semata-mata nak tunggu dia siapkan bunga kat baju tu dan manik bentuk rama-rama kat bahagian leher. 


Finally, nasib baik baju tu ala-ala jadi mengikut imaginasi I. Masa pergi fitting, I tengok baju ni memang tak semenggah langsung. I memang tak ada hati nak pakai baju ni. I dah planning nak pergi cari kain lain tapi dah tentu tak sempat nak jahitkan. Mr. Sallehudin pun suruh I rilex. Kalau nak beli baju lain dah tentu duit lagi nak keluar. Pembaziran lagi..... Tapi nasib baik laa akhirnya baju tu menjadi jugak. Veil pulak tailor tu just potong ikut bentuk D dan jahit tepi. Bunga besar putih kat veil tu I yang jahit dan I sendiri yang tempek dua hari sebelum majlis kahwin I sambil dibantu oleh bakal adik ipar I. 
 

Mak sedara I cakap puteri bunga sebab banyak sungguh bunga timbul kat baju tu. lantak laa kan.. baju I sendiri dan I sendiri jugak yang keluar duit. hahaha.. janji I nampak cantik  :) kalau nak ikutkan hati dan kalau boleh I nak ulang sekali lagi majlis kahwin I tu dan I nak pakai baju yang lebih cantik dan yang lebih puas hati dari yang I pakai hari tu... ~huhuhu~ (tak reti bersyukur). Tapi alhamdulilah.. semua dah selesai sekarang. 

Honestly, jahitan tailor tu memang lah okey tapi I tak suka sikap dia yang sambil lewa. Lagi beberapa hari I nak pergi fitting baru dia terhegeh-hegeh nak potong kain dan jahit kain tu.. Dan lagi satu.. ada ke patut, I dah bagi tau kat dia I nak amik baju tarikh sekian.. tapi on that day baju tu tak siap sempurna lagi.
 

Mari I tunjukkan kesopanan I diatas pelamin. Ditemani pengapit I yaang serba putih dan dua flower girl yang comel. terima kasih kepada pengapit dan flower girl.
 

Ini pulak I nak tunjuk ketidaksopanan I semasa makan beradap. Boleh pulak korek gigi nak tarik sisa ayam terlekat kat celah gigi.. Mr. Sallehudin wat ape tu pun I tak tau.. menikmati kesedapan nasi kenduri kot.. hihihi...

Kesimpulannya, I tak akan rekemen tailor tu lagi kat mana-mana b2b yang bertanyakan siapa tailor untuk baju kahwin I.

Untuk pengetahuan, bersama baju kawen tu jugak I ada hantar 3 pasang kain untuk buat baju kurung aje. Konon nak pakai masa nak melawat sedara mara lepas kenduri. Tapi ketiga-tiga baju tu langsung dia tak jahit. sepasang kain siap missplace lagi. What the hell!!!!
Tapi I suruh jugak dia cari sampai jumpa.

Tuesday, May 15, 2012

Rutin Harian Sekarang

Salam pagi... dan how are you all my blog readers. 
Firstly terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi membaca coretan blog saya yang tak seberapa ni. Maklumlaa saya ni kejap-kejap bersemangat tulis blog.. kejap-kejap malas pulak...

Alhamdulilah..
walaupun saya dah berhenti kerja tapi kerja saya dirumah tak pernah berhenti. Rutin sebagai suri rumah juga sibuk dan penat sama seperti rutin pekerja makan gaji. Tapi kehidupan sekarang lebih relax dan tenang selepas berhenti kerja dengan kerabat diraja tu.. Yerr... sebelum ni saya berkerja sebagai Assistant PA kepada salah seorang kerabat diraja. Anak kepada salah seorang bekas yang di Pertua Agong dulu... Sangat stresss kalau korang nak tau. Selalu kita dengar ungkapan 'Raja Berjiwa Rakyat' atau 'Mesra rakyat' tapi semuanya indah khabar dari rupa ajee... Tak tau laa raja negeri yang lain macam mana perangai kan.. tapi Raja yang saya kerja ni... alahai... malas lah nak cakap.. paham sendiri aje lah...

Okey.. saya bukan nak cerita pasal raja ni tapi saya nak cerita rutin harian saya dirumah. Walaupun dah tak berkerja dan tak menempuh kesesakan jalan raya sekarang ni, tapi saya tetap bangun awal setiap hari. Macam nak pergi kerja jugak. Tapi kali ni saya siapkan breakfast untuk suami dan buat nasi goreng. sebab suami selalu nak tapau nasi pergi kerja.

Selepas suami keluar kerja, saya pun start sapu sampah seluruh rumah, kemas dapur, kalau ada baju kotor kenalah basuh baju. Untuk pengetahuan saya basuh guna tangan yer, rumah saya takde mesin basuh :p
Pastu sidai kain, sapu kat garage kalau ada sampah. Kalau ada tempahan cupcakes or fancy cookies or apam polkadot saya siapkan tempahan customer. Kalau tak de tempahan saya nonton tv aje. Tapi sekarang ni sejak saya offer servis candy buffet alhamdulilah rezeki ada ajee.. setiap minggu ada tempahan. So bila dah penuh tempahan candy buffet ni, saya pun sibuk juga wat preparation untuk semua customer yang booking candy buffet ni. Kekadang saya check email manalaa tau kot ada customer send email request quotation. 

Saya beli barang dapur dua hari sekali. Contohnya macam ayam or ikan or daging. Kalau dah takde barang-barang nak masak saya kluar pergi beli barang-barang. Kadang-kadang pergi beli kat pasar segar kat rumah je atau pun kadang-kadang keluar pergi Giant Sekyen 13 Shah Alam. 

Pukul 3pm.. saya dah start potong bawang, prepare ramuan untuk masak. Pukul 4pm saya dah start masak. kadang-kadang tu pening kepala tak tau nak masak ape.. Bukak laa buku resepi untuk carik ilham. Suami tak kisah makan lauk ape pun tak pe.. Dia lagi suka telur. So kadang-kadang saya buat telur ayam masak lemak cili api, sambal telur atau telur dadar.. hahahaa.. Masak kari ni dia kurang minat sangat. Selain telur ada jugak saya masak ayam masak kicap, ikan masak kicap, pajeri nenas, sambal ikan bilis, nasi lemak, nasi ayam... (cadang ari ni nak wat speghetty aje lah). 

Suami akan sampai rumah kol 6.30pm. Dia sampai kami pun makan sama-sama. Selalunya tengah hari saya tak makan nasi. Makan ajee apa-apa yang ada. Roti ke.. biskut ke... sebab nak makan sama-sama dengan suami. So harapan saya semoga akan jadi kurus sikit. hihihi.. yerlaa dulu time kerja saya makan nasi dua kali sehari. tengah hari dan malam lepas balik kerja. Sekarang jadual makan nasi saya pukul 6.30pm. Selalunya lepas makan nasi memang kenyang dan melentang depan TV laa sambil nonton drama Seindah Sakura.. hihihi..

Tapi sebelum tidur suami akan lapar balik. huhu.. So dah lewat-lewat macam ni saya selalu wat roti telur jer untuk dia dengan sediakan teh o atau milo panas. Sebelum tido saya akan check email lagi sekali, kot ada email dari customer ke... Kalau ada email saya reply dulu email diorang. kalau takde saya pun masuk tido jugak.

Macam tu lah rutin harian saya setiap hari. Memang padat giler. Walau pun dok kat rumah ajee kerja tetap kerja. Tambahan pulak memang saya ada buat bisnes cupcakes & candy buffet ni. Insyallah, kalau ada rezeki, saya nak kembangkan lagi bisnes dengan provide service cradle untuk majlis akikah dan servis pelamin. Insyallah....

Owhh.. sekarang ni saya tengah giler practise wat macarons. Ini macarons yang saya buat petang semalam. Nanti nak wat kaler lain pulak. :p


Okies.. banyak lagi kerja nak wat ni.. 
Adiossss...

p/s: I luv u cukkk...

Saturday, May 12, 2012

Weds Review : DIY Uncang

Hi...
Mood nak buat entry wedding review mencanak-canak pulak sekarang ni. hihi.. bagus mimi :)
Hari nak cerita tentang DIY uncang yang saya buat. Uncang yang terhasil dalam 100 pcs. Semua uncang ni saya guna barang sedia ada..

:: Kain satin kaler pink maron - sedia ada kat rumah. Kain ni dulu saya beli nak buat baju melayu untuk family masa raya tiga or empat tahun lepas. Tapi abah saya tak suka pakai baju same kaler katanya macam boria. So kain satin ni tersimpan aje laa dalam almari rumah kat kampung. Untuk elakkan pembaziran, saya ambik kain ni dan bawak balik KL. Then, saya pinjam mesin jahit letrik dari abah dan bawak balik KL jugak..

:: Kekabu dalam uncang - Ini pulak saya ambik dari bantal lama. Haha.. saya koyakkan bantal lama yg tak pakai then guna kekabu ni.. hihi.. ada laa dua bantal..

:: Reben kaler grey - reben ni pun saya beli dah lama. Banyak roll jugak saya beli dulu tapi tak ingat beli untuk ape.. huhu..

:: Bunga pink - bunga ni pun asalnya saya beli dulu kala nak buat pomander ball. Lepas tu ada balance, so simpan. Tapi untuk buat uncang ni, bunga pink tak cukup. So saya beli lagi 1 paket. Harga dalam RM15 untuk 100 pcs bunga..

:: Tali Uncang - tali ni saya kena beli laa sebab tak de. Saya beli pun harga RM15 tapi tak ingat berapa hinggit.. Tapi cukup jer untuk siapkan uncang ni semua.

 

Saya mula menjahit uncang dari awal lagi. Dari beberapa bulan sebelum kenduri kawen. Sikit-sikit saya jahit, akhirnyaaaa.. dapat laa 100 pcs. Gigih giler saya jahit mende ni. Lepas jahit ikat pulak reben pastu gam pulak bunga pink tu kat reben grey. Mr. sallehudin ada jugak tolong ikat reben tu. Tapi saiz uncang ni tak seragam. Ada yang besar, ada yang kecik skit. Malas lah nak ukur.. belasah jer gunting kain satin ni. agak-agak jer saiz kain yang nak digunting tu.


Uncang ni semua saya gunakan sebagai door gift untuk tetamu yang hadir pada majlis akad nikah. Seronok diorang dapat uncang ni semua. Tapi agak kagum gaks laa diorang ni sebab tak sangka saya yang jahit uncang ni semua.. Ini baru uncang. Belum menda lain yang saya DIY.. kehkehkeh..


Actually selain dari dua kaler ni, saya ada buat uncang kaler lain jugak. Ada merah polkadot dan biru polkadot.


Taraaa.. merah polkadot. Kain nie saya beli kat kedai kain Kelang. 1m dalam RM3 lebih kot.. Tak ingat pulak. Reben hijau memang sedia ada. Bunga merah kecik tu saya beli RM5 aje untuk 100pcs. Uncang ni dapat dalam 25 pcs.
 

Kain biru polkadot ni beli kat kedai kain di Kelang jugak. Both kain merah dan biru polkadot tu saya beli semeter setiap satu. Reben pink dan bunga biru tu memang dah sedia ada.

Hahaha.. mesti uolls confius kan banyak mende yang dah sedia ada... Saya memang suka beli dan kumpul reben. Tak tau laa sebab ape.. asal nampak kaler yang kiut dan murah saya beli pastu simpan. So untuk elakkan pembaziran, saya DIY benda-benda yang bahan-bahannya saya tidak perlu beli banyak. Beli sikit-sikit tu ade laa... Uncang biru dan merah polkadot tu, saya buat untuk bagi pada family pengantin lelaki masa majlis nikah. saya memang puas hati dengan penghasilan uncang ni semua...

Im also planning nak buat uncang ni untuk majlis kenduri adik lelaki saya juga this October. Yupss.. adik lelaki saya pun nak kawen lepas raya haji ni..  :) penat lagi mama and abah saya.. kehkehkeh..

Friday, May 11, 2012

Weds Review : Photobooth di Majlis Bertandang

Yeahh..
Dah sebulan lebih kawen tapi tak habis-habis lagi cerita pasal wedding review.
Kali ini I nak cerita about pelamin a.k.a photobooth di majlis bertandang. Actually bila tengok hiasan dan fungsinya sekadar untuk mengambil gambar dengan tetamu, jadi lebih sesuai we call it photobooth. All the photobooth I dan suami yang buat sendiri sambil dibantu oleh beberapa sedara mara. Nak ucap terima kasih tak terhingga kepada Pak teh (pak sedara Mr. Sallehudin) sebab dia memang superb dalam pertukangan kayu. Backdrop tu pak teh laa yang tukang. Juga Mak Su (mak sedara Mr. Sallehudin) sebab bagi idea sedikit sebanyak hiasan kat photobooth.

Mula-mula memang idea nak wat pelamin. Me & suami share duit beli kayu untuk backdrop dan pentas dan alat-alat untuk bertukang. Total beli kayu dan barang untuk bertukang dekat RM500.. phewww...
Tapi kerusi, karpet bulu putih, barang hiasan spt lantern, bantal kecil biru, jar, dan bunga-bungaan semuanya barang yang dah sedia ada. So I used everything yang rasa sesuai sebagai hiasan. All the kayu kayan yang I beli untuk backdrop ade lagi simpan kat rumah mertua. Nanti nak pergi ambik dan bawak balik kat rumah sendiri. Kesian umah mertua sebab penuh dgn barang-barang.


Pukul 10 malam me, hubby and pak teh masuk dewan untuk pasang photobooth. Tukang sana sini, susun barang sana sini.. sedara mara datang tengok. Kebanyakkan mak sedara and pak sedara Mr. Sallehudin yang datang tengok. 
 

Dan hasilnya.... TaaRaaaa...  :)
Betul-betul rasa puas hati dengan hasil kreativiti sendiri. Mostly cakap macam bilik tidur dalam taman. Yess.. I memang planning nak buat konsep santai dan sweet.

In future, sesape yang nak mintak tolong buat photobooth yang macam gini.. Im willing to do dan will improve backdrop tu.. Actually hiasan backdrop I tak berapa puas hati sangat tapi still ok lagi.

note: My wedding photo belum siap lagi :( lambat nyer photographer ni nak edit pics)

Thursday, May 10, 2012

Gerai di Karnival Puspanita

Hi semua..
Lama jugak I tak update blog kan. A bit busy sesangat. Hari Ahad lepas I balik rumah mak mertua I kat Gombak sebab I nak belajar buat roti dengan dia. Hasil buat roti memang sedap tapi proses buat roti agak rumit jugak. Macam-macam design roti yang I buat. Ada buat roti hotdog, roti inti kaya, roti ala-ala pizza, roti cheese dan ada juga roti pisang. 
Roti pisang tu idea from Mr. Sallehudin. Pisang potong nipis-nipis pastu letak atas roti. Pastu lepas siap masak.. rasa sangat marvelos hokey. Pandai jugak laki I ni cipta resepi. Kalau resepi pelik-pelik tu memang dia boleh cipta hokey..  :)

Isnin dan Selasa yang sangat memenatkan. Sebab I baking cupcakes dan prepare kuah rojak sebab Rabu dan Khamis I nak meniaga kat Karnival Jualan Puspanita di Putrajaya. I jual rojak buah, makaroni bakar, cupcakes and macarons.


This is the gerai jualan. Sewa RM100 for two days. Tengok dari pic atas ni mesti dapat agak macam mana crowd kan... my first day jualan agak memberansangkan. Rojak buah habis pukul 5ptg. Macaroni bakar pun setel. Macarons tinggal lagi separuh balang. Cupcakes jer kurang laku. Mr. sallehudin cakap sekarang ni cupcakes macam dah tak laku. Sebab dah terlalu ramai orang jual dan boleh buat cupcakes sendiri. Yupss.. I pun akui.  
For the second day, sale memang slow giler. Walaupun ahli puspanita datang ramai dari seluruh pelusuk dunia.. (hehehe) tapi after meeting dengar cerita ahli-ahli puspanita diberi makan tengah hari oleh penganjur. But my rojak buah pun slow jugak sale. Memang nampak hari kedua tak ramai yang datang ke gerai makan berbanding hari pertama.

Ini cerita about macarons. Macarons ni memang dah banyak kali saya buat tapi tak pernah menjadi langsung. Rasa memang dah ok tapi nak menjadi dengan perfect adalah sangat sukar. Kebetulan, hari Selasa saya try buat macarons ni. Saya dah pecah trlur dari Ahad malam lagi. Finally Alhamdulilah..menjadi :)  Tapi saya rasa perlu banyak improvement lagi.
- kulit macs perlu lagi licin
- besarkan sikit saiz macs
- cuba kurangkan manis macs
- upgrade flavor macs

Then, bila dah complete semua kekurangan so barulah saya yakin untuk terima order dari customer. Tapi buat masa ni still kene practise lagi..


Disebabkan macarons ala-ala jadi gitu.. Rasa sangat happy dan puas hati. Mr. Sallehudin suruh bawak pergi jual kat Jualan Puspanita. Tak kisah laa tak berapa cantik dan walaupun satu balang aje. try market. So I bawak jual. I jual murah jer.. promo sempena berjaya wat macarons.. hehe..
 

Lepas balik meniaga dua hari ni.. malam ni rasa betul-betul letih dan macam nak demam dah. Lenguh semua badan. Jari-jari pun rasa kebas dan pedih, rasa kulit jari jadi nipis. Maybe sebab banyak pegang nenas, mangga. My hubby cakap kena bisa nenas kot.. agaknya lah kot..

Okey.. nak masuk tidur.. Niteee.. zzZZzzz...

Saturday, May 5, 2012

Saturday Lunch : Sotong masak Kunyit & Cendawan Goreng Tepung

Happy Saturday semua...
Ada yang kerja ke hari ni? Selamat berkerja dan kerjalah dengan cemerlang. (ucapan tu khas untuk mereka yang bekerja pada hari Sabtu saja)

Semenjak jadi isteri ni, I suka sangat nak masak-masak dan cuba masakan baru. Dulu tak pernah langsung I beli buku resepi tapi sekarang ni rajin pulak beli majalah resepi keluaran setiap bulan.
Hari ni lunch me & Mr. Sallehudin ialah sotong masak kunyit dan cendawan goreng tepung.

Sotong ni I beli petang semalam kat kedai runcit tapi kedai tu ada jugak jual ikan, ayam, sotong, udang dll
I beli empat ekor sotong tapi pilih yang agak besar jugak. Then, I beli jugak sayur kancang panjang.


Sotong masak kunyit ni simple aje. Tak taulah orang lain masak macam manakan tapi for me senang aje..
Mula-mula tumis bawang putih & bawang merah sampai naik bau. Masukkan sedikit air. Masukkan serbuk kunyit dan masak lagi. Then, I masukkan garam dan sedikit ajinomoto. Pastu masukkan sotong dan kacang panjang. dan masak lagi.. Cili merah pun masukkan juga. So nampak laa cantik sikit sebab ada warna merah


This is my first time I masak masakan berasaskan goreng tepung dan menjadi. Sebelum ni I dah try wat udang goreng tepung or sotong goreng tepung tapi tak pernah jadi. Sotong or udang tak melekat kat tepung.  Tapi kali ni I wat cendawan menjadi pulak. Alhamdulilah. Rasanya pun not bad  :)


okies. After this nak mengemas dapur pulak. Actually nak tukar susun atur kabinet dapur. Dan orang yang perlu membantu saya adalah Mr. Sallehudin.
Chayoookkk!!

Friday, May 4, 2012

Breakfast & Green Cake

Its Friday..
Pagi ni Mr. Sallehudin request nak breakfast telur separuh masak. Okey..no problem  :) will do for you with love.. muahhsszz. Dua biji telur separuh masak dan dua ketul hot dog.


Lepas Mr. Sallehudin pergi kerja, I pun buat breakfast untuk diri sendiri pulak. Goreng empat ketul nuggets aje. 



Tengah makan tetibe Mr. Sallehudin Wats Up. Dia cakap dah sampai depan office tapi sakit perut yang teramat.. pulak..  So balik umah..

Dalam pukul 11am kami sekali lagi pergi klinik. Kali ni doktor bagi ubat yang power kot. Kurang sikit sakit perut dan dah kurang masuk toilet buang air besar. Doktor pun ada buat surat refer to hospital swasta pulak. So.. tengoklah nanti macam mane yer.. Harap lepas ni cepatlah sembuh pastu boleh pergi cameron Highlands lagi.. ~hikhikhik~

Mari tukar topic. Last nite I baking cake. Four Layer Green Butter Cake.Saje-saje baking cake sebab pertamanya tiba-tiba teringin nak makan kek. Keduanya nak tambah portfolio gambar cake dalam Sweetheartstories fanpage. Ketiganya sebab semalam our 1st anniversary Mr. sallehudin jatuh cinta dengan I.. ~hikhik~ Love U muchhhhh...


Ini the making of.. Mr. sallehudin yang sapu topping atas kek tu. bagus dan pandai. macam tu lah kalau jadi suami orang bisnes cake. Secara otomatiknya jadi pandai sapu krim cake. Lepas ni boleh tolong I buat cake kan...  :)
 

Lepas sapu topping, I buat roll ala-ala bunga. Rupanya tak laa susah sangat buat roll macam tu. Rasa enjoy tapi perlukan krim yang agak banyak untuk hasilkan roll yang macam ni.
 

sedap.. nyummiii nyummi... Mula-mula nak buat warna biru. I letak pewarna biru dalam adunan. Tapi I terlupa adunan adalah warnak kuning. Kalau kita campurkan kuning dan biru makanya ia akan jadi warna hijau. Tapi I berpuas hati  :)
 

I ambik order untuk cake yang macam nie yer. Cake ni sesuai dibuat hantaran, untuk majlis kenduri dan etc.
Uolls semua.. marilah LIKE fanpage Sweetheartstories Cupcakes & Craft