Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Monday, April 30, 2012

Fulltime Housewife

Salam semua.. dan selamat hari Isnin. Rasanya hari ni mungkin ramai yang apply cuti sebab esok pun public holiday. Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti dan selamat bekerja kepada mereka yang bekerja. ~kehkeh~

Soooo... hari ni bermulanya rutin kerja saya dirumah. I have been full time house wife. Pagi ni I memang bangun awal jugak sebab dah biasa kan bangun awal nak pergi kerja. Hari ni I siapkan breakfast untuk suami. Alaa.. tak laa meriah sangat cuma roti dan telur dengan air teh. Sebelum ni memang I tak pernah siapkan breakfast untuk suami sebelum pergi kerja sebab tak sempat. Normally I yang keluar rumah dulu pergi kerja. Pukul 7am dah keluar rumah.. lepas tu petang pukul 7pm baru sampai rumah. Suami pukul 8am baru keluar pergi kerja.. tak adil kan...  :p

Pagi ni I dah siap sapu sampah, cuci pinggan, lipat baju dan dah siap basuh baju. Tunggu nak sidai aje kejap lagi.. Update blog dulu.. ~hihihi~ So lepas ni sidai baju ni boleh rilex kejap sambil ber'blog'ing.. - ehh.. bukan skrg pun ber'blog'ing gaks ke?

Petang sikit baru masak nasi. Lauk memang dah ada dalam kepala nak masak ape untuk hari ini. Ikan goreng dan sambal udang. Sekarang dah macam terliur. Kalau ada petai lagi best. Tapi memandangkan dah ada bahan-bahan untuk masak petang ni.. so tak perlu keluar pegi beli bahan nak masak. Duit pemberian suami untuk belanja dapur hari ni boleh simpan dalam tabung. ~Terrbaikkk~...

Tapi malam ni, suami ajak balik rumah mak dia di Gombak sebab esok kan cuti. So Im planning balik sana nak belajar buat roti. Ibu mertua saya pandai buat roti. Tapi bahan untuk buat roti belum beli lagi. Agak-agak esok kedai bakery bukak tak? Hopefully bukak laa yerr.. tak laa posponed nak belajar buat roti. Lagi cepat lagi bagus kan..  :) Hujung minggu ni balik Melaka, kampung suami. Bila pulak nak balik kampung saya ni..? Hujung bulan pulak nak pergi Kelantan sebab ikut rombongan pengantin mak sedara suami...

Okey.. nak pergi sidai baju jap.. 
~tata~

Friday, April 27, 2012

One Year

Hi all..
Korang.. nak tanye skit.. compose untuk entry baru sekarang ni dah tukar baru ye? dekat seminggu I tak update cerita baru tetibe dah nampak lain macam pening sikit I tengok compose yang berwajah baru ni.. macam tak friendly aje.. huhu..

ok well.. I bukan nak cerita pasal blog yang berwajah baru ni tapi nak cerita pasal 1 year perkenalan between me and Mr. Sallehudin. :)

Kalau uolls nak tau kami kahwin sebelum sampai setahun usia perkenalan kitorang. Actually our first date ialah kat Baskin Robbin, Mid Valley. Kitorang makan eskrim sorang satu. I pilih chocolate flavor and him pilih vanilla flavor. Tapi Mr. Sallehudin time tu ntah ape sebabnya dia tak boleh nak makan kasi habis eskrim tu. So I dengan muka tak malunya menghabiskan eskrim kepunyaan beliau.. ~haha~


Memandangkan genap satu tahun usia perkenalan kitorang, Mr. Sallehudin bawak I pegi tempat yang sama untuk menikmati eskrim Baskin Robbins. Tapi kali ni kami pilih eskrim yang besar dan kami share makan sama-sama.. But this time, Mr. sallehudin berjaya menghabiskan eskrim besar yang berharga RM21 itu.. ~hehehe~
 

Saya memilih meja yang sama seperti setahun yang lalu. Cuma dulu kami duduk bertentangan tapi sekarang kami duduk sebelah menyebelah. Owwhh.. tak banyak berubah kedudukan kerusi meja kat Baskin Robbins ni.. sama macam setahun yang lalu jugak.. ~ekekeke~


Mulanya I planning nak pakai baju yang sama masa 1st date dulu. Yeahh.. baju tu memang I simpan lagi dalam almari sampai sekarang. Tapi amatlah malang sebab baju tu dah tak muat dengan my body. seriess ketat beb!! Sangat sedih dan frust. Bukan sedih sebab tak dapat pakai baju yang sama tapi sedih sebab berat dan struktur badan naik mendadak. Dalam 6 kg juga beza dulu dan sekarang.. ~huhu~ 
kenapalah lepas kahwin badan suka naik mencanak-canak? Ada harapankah akan susut seperti anak dara kembali? Mr. sallehudin sangat suka bila tengok berat badan I naik mencanak-canak sebab dia cakap itu maknanya dia jaga I dengan sempurna.. Yeahh.. sangat sempurna sekali..  :)


Okeylah.. to my dear mucuk yang tengit.. 'Happy Anniversary 1 Year Perkenalan Kita'
I Love U sooo muchhhhhhh...

Saturday, April 21, 2012

Rainbow Cake

Yeahh..
Happy saturday..
Finally dapat jugak I buat rainbow cake ni. Dah lama menyimpan hajat nak cuba wat cake ni. Setelah di google warna-warna untuk rainbow cake, I pun mula mem'baking' dalam mini studio baking I yang tak seberapa tu.. :p
Resepi yang I gunakan adalah resepi sendiri. Walaupun ada juga kat internet tu resepi khas untuk rainbow cake ni but I tak berminat nak cuba resepi tu sebab takut tak jadi. So bila dah jadi nanti akan membazir barang-barang seperti mentega, tepung dan telur.. kan...kan....  :)

Tempoh masa nak hasilkan cake ni agak lama sebab nak bakar satu-satu. Cake tu dah ada enam kaler dan setiap satu kaler dalam 35 minit tempoh pembakaran.  Jadi kalau dah enam warna, total lebih kurang empat jam. Actually kalau kita ada loyang saiz yang sama lebih dari satu tempoh pembakaran akan jadi singkat tapi I dah ada 1 loyang aje saiz 7 inci...

Ketebalan untuk setiap kaler yang saya hasilkan agak tebal. Sepatutnya perlu buat lagi nipis barulah hasilnya nampak lebih cantik. Perlu percubaan sekali lagi nampaknya..  :) kali ni sebelum buat I kena beli satu lagi loyang saiz 7 inci jugak lah..  

 

So.. this is the color yang I buat. Cuma kaler purple tu agak kurang menjadi.
Insyallah, start next week I dah bercuti panjang so bolehlaa I try buat banyak lagi cake..

Thursday, April 19, 2012

Buah Tangan

Yeaayyy..
my husband dah selamat sampai balik rumah dari Labuan. seminggu jugak pergi tu. Mula-mula ke Kuching, pastu ke Kota Kinabalu then baru ke Labuan. Betul-betul buat i rindu giler kat dia tau. Kalau I tak kerja memang tergedik-gedik nak ikut dia pergi Labuan hari tu. Tapi disebabkan ari tu dah cuti kawen banyak hari dan kerja pun banyak jugak.. so tak jadi laa ikut pergi Labuan. Maybe next time...

He bought me kek lapis dari Serawak. Corak kek lapis memang cantik. I selalu terpikir macam mana laa cara nak buat kek lapis ni kan. Mesti pembuatnya kene banyak bersabar kan. Rumit kot.... Tengok laa corak-coraknya... Kek pun sedap jugak. Mr. Sallehudin cakap harga kek lapis yang dia beli ni RM10 je. Dia cakap kek ni murah sikit sebab coraknya biasa-biasa ajee.. tapi kalau ada yang corak bunga-bunga.. tu lagi mahal.. (sambil menulis sambil makan kek lapis.. hikhik)


Owwhhh.. I ask him to buy 'orang utan'.. Dan ini hasil tangkapan orang utan.. Kecik aje budak ni. tapi harga boleh tahan jugak. Mr. Sallehudin cakap harga RM38. 
 

This coming saturday, I dapat satu gerai kat Karnival Inovasi, Kolej PTPTL. Cadang nak jual rojak buah. 
Mariiiiii... mariiiii.. beliii rojak buahhhh.....

Monday, April 16, 2012

Banyak Betul Anniversary Kami

Penat dan mengantuk..
Diam tak diam cepat sungguh masa berlalu. Hari ni genap sebulan usia perkahwinan saya dan Mr. Sallehudin. Alhamdulilah semuanya terurus dengan baik. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina diberkati ALLAH dan berpanjangan hingga akhir hayat.. Amin.. Dan moga-moga kami cepat dapat anak.. ewahhh..  :p

Kononnya nak pegi makan-makan kat Full House. Tempat ni memang cantik especially Full House kat Kota Damansara tu. Tapi Mr. Sallehudin pergi outstation pulak. Lama pulak tu....
Budak mucukkk.. balik nanti jangan lupa belikan I hadiah tau.. I nak orang utan. ~hehe~

Insyallah awal bulan Mei nanti Mr. Sallehudin nak bawak saya balik kampung rumah tok dia kat Melaka. So Im planning nak lepak-lepak kat Kampung Mortan (betul ke namanya?) sambil minum kopi.. ~ehe~ Kalau dapat ke A Famosa Resort pun menarik kan.. ehemm


Luv U sooo muchh my Dear...

Tapi kan hujung bulan empat ni pun ada satu tarikh jugak yang patut we celebrate.
Ulang tahun pertama perkenalan kami.. Ahaa.. kalau uolls nak tau.. we all kenal tak lama and kalau tak silap after 2 month we decided nak bertunang. Kami bertunang selama lapan bulan.. yerrr.. lapan bulan yang penuh cabaran ~huhu~

We all pernah planning, genap satu tahun kami akan ke tempat pertama yang kitorang first dating dengan memakai baju yang sama kami pakai masa 1st jumpa dulu...  :) dan tempat yang kitorang janji nak jumpa ialah Baskin Robbin Midvalley.. hehe..


Makan eskrim tapi eskrim Mr. Sallehudin tak habis so saya dengan muka tak malu yang tolong habiskan eskrim tu.. kehkehkeh.. dan waktu itu Mr. Sallehudin sangat kagum dengan saya. Hahaha....
ok.. ok.. hopefully 26 April ni kite leh gi makan eskrim kat Baskin Robbin, Mid Valley yer cuk.. tak nak kat tempat lain..  :P

Sunday, April 15, 2012

Bilik Baking Yang Belum Siap Kemas Sepenuhnya

Esok kerjaaa.. esok kerjaaaaaa...
Boring betul esok kerja. Saya tengah menghitung hari nak menjadi seorang business women berjaya ni. Insyallah atas sokongan suami semua akan berjalan lancar dan dimurahkan rezeki selalu.. amin...

Mr. Sallehudin malam ni dia tidur awal kot. Tak whats app me pun. Malam ni kena cirit birit pulak. Mula-mula sakit gigi. Lepas tu malam semalam nak demam. Malam ni kena cirit-birit pulak. Macam-macam laa suami saya ni.. ~huhu~
Masalahnya sekarang.. bila nak bawak saya pegi Labuan ni??  :p

Petang tadi saya kemas-kemas bilik baking saya  :)

Pic 1 : kelihatan mesin chocolate fountain di dalam kotak.
Sudut ni saya nak letak satu meja panjang dan satu kerusi untuk saya buat kerja deco-deco cupcakes. Kerusi dah ada tapi meja tak ada lagi. Alaaa.. beli meja bankuet yang ada jual kat Giant pun tak pe.. ada harga RM69.90, RM79.90...

Pic 2 : Kelihatan mesin mixer saya terletak kat lantai. Sudut ni pun saya nak tambah satu lagi meja banquet sebab nak letak mixer dan satu lagi oven... staff tempat abah saya kerja bagi hadiah kahwin oven. Besttt gilerrr..  :) tenkiuuu sesangat.. Sekarang saya ada tiga oven yer...

 Pic 3 : Kelihatan barang-barang buat kek dan dua oven yang saya sayang. Cuma tidak kelihatan dalam gambar tu Mr. Sallehudin yang saya sayangggg jugak. ~hihi~ Bilik tak sepenuhnya siap lagi tapi lebih kemas dari sebelum ni :)

Okies.. adios. Nak bancuh air milo jap..
Enjoy reading my blog.. thank you...  :)

M

Saturday, April 14, 2012

Sabtu

Good Morningggg... Happy Saturday  :)
Weekend saya minggu ni agak bosan sebab Mr. Sallehudin tak ada disisi  :(
Outstation ke Kuching, Kota Kinabalu & Labuan sampai hari Khamis minggu depan baru balik.
So.. saya kembali menjadi bujang untuk tempoh seminggu.. ~hikhikhik~

Bangun pagi ni tak tau nak breakfast ape.. nak buat cucur jagung ke.. or nak buat nasi goreng??
Memandangkan nasi yang saya masak malam semalam ada balance sikit lagi.. ayam goreng pun ada lagi sayang kalau tak dihabiskan..
so saya buat nasi goreng. Goreng simple-simple sudaa.... Sambil minum milo dan blog review  :) Thanks semua yang sudi baca blog saya yang tak seberapa ni...  :)


Owhhhh..hohoho.. saya rindu Mr. Sallehudin. Lewat malam tadi Mr. Sallehudin called me...
Dia bagi tau yang dia tengah tido tiba-tiba sakit gigi yang teramat sangat. OMG kesiannya...
Nasib baik kawan dia ada bawa paint killer. Actually dia memang dah rasa sakit gigi dari dua tiga minggu lepas. Sebenarnya gigi berlubang. Saya dah ajak dia pergi dentist. Bila ajak aje dia cakap dah tak sakit..
Abis tu camno?? huhu...

Alhamdulilah, hujung bulan ni adalah hari terakhir saya bekerja. Selepas ini saya akan menjadi suri rumah sepenuh masa. BUkan suri rumah semata-mata yer.. Saya nekad nak mengembangkan business perniagaan cupcakes saya dan mempelbagaikan servis. Alhamdulilah, untuk bulan June ini ada dua candy buffet yang perlu saya siapkan. Yang satu tu nak include sekali dengan chocolate fountain. 

Sesape yang nak order cupcakes untuk hantaran kahwin or tunang, cupcakes untuk birthday party boleh email saya yer. Yang nak servis candy buffet dan chocolate fountain pun ada  :) boleh search FB page saya 
sweetheartstories cupcakes & craft

Okies.. nak tengot cerita XoXo kat TV2. Saya memang suka tonton drama melayu :)

 Petang pula cadang nak pergi beli barang-barang hiasan untuk candy buffet bulan depan. :)

Mr. Sallehudin.. I missss youuuu budakkk tengittttttt...

Wednesday, April 11, 2012

Cuti Hari Keputeraan

Soronoknya bercuti hari ni..  :) 
saya cuti suami pun cuti jugak. Bangun pagi suami saya yang baik hati tolong basuh baju. Bukan basuh guna mesin basuh ye tapi cuci pakai tangan. :) Ada dua baldi. Lepas cuci semua baju saya pun tolong dia sidai baju kat depan rumah. Setel satu kerja. Suami tanya hari ni saya nak masak ape?
Saya cakap saya nak try masak nasi ayam. So, saya google resepi buat nasi ayam madu. Manakala suami menonton tv. Pukul 11.30am gitu kami keluar pergi beli ayan dan ramuan untuk nasi ayam. This is my first time nak buat nasi ayam k...


Ini adalah satu percubaan aje. Disebabkan pergi ke kedai pun lambat, maka tak cukup menu untuk hiasan nasi ayam. Salad dan tomato tak ade. So buat nasi ayam dengan bahan yang ada saja. Saya ikut resepi dalam blog ini

Almaklumlah baru 1st time masak so nak kena improve kan lagi rasa nasi dan sos tu. Tapi ayam suami saya cakap dah ok. Yeayy.. happy sebab dah pandai buat nasi ayam walaupun tak berapa nal power lagi  :)

Owhh.. saya ada berita nak beritahu. Bermula 1 May ini saya akan menjadi pembuat cupcakes secara fulltime :)  Sesape yang berminat untuk menempah dialu-alukan. saya nak mencuba luck dalam business pulak. sesape yang berminat nak order pakej candy buffet dan pakej chocolate fountain pun dialu-alukan. :)

Details boleh like my page Sweetheartstories-Cupcakes-Craft

Tuesday, April 10, 2012

Weds Review : Guestbook Corner

Taraaaa....
Mari kite cerita pasal Guest book corner masa wedding saya.
Saya DIY guest book saya tu. Saya cuma gunakan kertas A4 kaler putih then buat sikit design saja. Juz tulis Just Married dan tarikh 17 March 2012. Kat bahagian bawah kertas pula saya cuma tulis Wedding Day Sallehudin & Mimi dan google gambar kawin kartun. Print pula saya guna printer kat office.. hahaha.. sudah jimat disitu. Kertas A4 pun saya rembat office punye  :)
Untuk cover guestbook tu saya guna kertas cardboard biasa yang boleh didapati di kedai alatulis. 
Dengan huruf-huruf comel diperbuat dari kayu - boleh didapati di kedai Bunga Reben Jalan Tunku Abdul Rahman (sebelah kedai Nagoya)

Kos untuk guestbook
Kertas A4 - free - RM0.00
Kertas cardboard - free - RM0.00
Huruf kayu kecil - RM14.50
Binding - RM9.00
Total - RM23.50


Saya juga berfikir-fikir apa hiasan yang bersesuaian untuk diletakkan atas meja guestbook saya tu. Saya meng'google' internet. Semuanya saya rasa tak bersesuaian. Kemudian saya ada beli satu majalah 'wedding fotography' kat MPH. Dalam buku tu ada beberapa gambar cantik yang saya rasa sesuai untuk dibuat rujukan untuk dekorasi. Tiba-tiba saya dapat satu idea...  :) jengjengjeng....

Beg baju lama - memang ada dua biji kat atas almari bilik mak saya. Saya amik beg tu dan saya cuci bersih-bersih
Bantal lama & kain kaler maroon - letak dalam beg supaya nampak isi beg tu tinggi (sila rujuk gambar). Kain kaler maroon untuk menutup bantal lama tu..
Patung Hello Kitty - Itu patung lama tersimpan aje kat rumah. Saya amik dan cuci habuk.
Bunga dua jambak - itu lebihan bunga yang saya beli untuk hiasan hantaran.
Beberapa keping gambar kenangan kami berdua - Saya print gambar hitam putih dan berwarna.
Kelip kayu - digunakan untuk klip gambar kenangan pada tali yang di gam hujung kiri dan kanan.

Jadi hasilnya seperti yang anda lihat pada gambar di atas.. hehehe...
Kemudian saya ambil tiga helai kertas A4. Setiap kertas tu saya lipat tiga supaya kelihatan memanjang dan gamkan kertas tu pada batang plastik. Batang tu saya beli kat kedai. Dah lama mende tuuu saya simpan... Kertas pertama saya tulis Congrats. Kertas kedua tulis Mr & Mrs dam kertas Ketiga saya tulis Sallehudin  ;) Pada mulanya memang mama saya kondem pasal hiasan beg tu. Katanya.. "tak pernah dibuat orang kakak oiiii" tapi sebab tak pernah dibuat orang laaa maka saya buat. Saya memang suka lain dari yang lain :)


Owhh.. sebenarnya pada muka depan guestbook saya tu tarikh wedding ialah 24 Mac 2012. Guestbook tu saya dah siapkan sebelum tarikh kawin saya bertukar. So, saya dah malas nak betulkan. susah nak kene pergi jalan TAR semata-mata nak tukar angka 17 kepada 24. 


Saya print lebih 50 muka surat dan guestbook tu memang penuh ditulis oleh tetamu yang hadir. Terima kasih semua yang sudi menulis dalam guestbook tu. Guestbook akan saya simpan sebagai kenangan dan boleh ditunjuk kepada anak cucu kami nanti... hikhikhikhik..

Sunday, April 8, 2012

Review: Majlis Sambut Menantu

Hi dan salam semua..
Alhamdulilah, semalam telah selamat majlis menyambut menantu. Mak mertua saya dapat dua menantu sekaligus. Majlis berlangsung dengan tenang and 'cool'...

Tema warna untuk majlis yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Selayang, Taman Gombak ialah warna hijau. Jadi disekelilingnya..hiasan dan baju adalah berwarna hijau.


Dua pasang pengantin sampai di depan dewan tepat pukul 1pm. Dan kami disambut oleh pihak pengantin lelaki. Mak-mak sedara yang sambut  :)  Sampai aje terus ke meja makan untuk santapan. Makanan memang sedap. Saya tambah dua kali nasi. ~tiba-tiba rasa nak makan nasi minyak lagi~ Catering hari tu adalah dari Seri Angsana Catering. sesape yang tengah cari pakej catering, saya memang rekemen Seri Angsana ni..
Lepas santapan. acara mengambil gambar. Acara ni memang nak kene cepat-cepat sebab mak dan bapak pengantin tengah sibuk. So memang kene amik gambo cepat-cepat. 

Actually tiada acara bersanding tapi pelamin tetap dibuat juz untuk sessi bergambar. Dan pelamin tu pun simple aje. FYI, pelamin tu DIY dari saya sendiri  :) Nanti saya review pelamin bertandang okey...

Kalau nak tahu mekap untuk majlis bertandang juga adalah DIY juga dari saya sendiri. Maksudnya saya yang mekap sendiri ok. Mula-mula memang nak cari MUA tapi.. ntahlaaa.. tiba-tiba rasa nak mekap sendiri pulak.. (so, dengan hasil mekap ni agak-agak I boleh jadi part time MUA tak? hikhik)


Sesape yang rasa berminat dengan mekap saya yang simple ni untuk bertunang ke..nikah ke..sanding ke.. bertandang ke... boleh lah booking saya   :)

Majlis diserikan dengan acara memotong kek dua tingkat. Kek memang sedap dan terbaik. Disponser oleh pihak catering. Lepas tu sessi berkaraoke oleh pengantin lelaki. hakhakhak... sakan sungguh dia nyanyi. Banyak lagu dia nyanyi tau...


Majlis habis pukul 4 petang. Undangan pun tak ramai sangat. Dalam 500 orang gitu. Tapi ada dessert corner, ice cream corner dan keropok lekor corner..

Thursday, April 5, 2012

MY FIRST WRITTING FOR MR AND MRS SALLEHUDIN BLOG

apa nak tulis dalam blog ni ye. Dari dulu lagi nak tulis kat blog ni, tapi ada masalah la plak utk mendapatkan idea. well org tak biasa nak mengarang so klu ada tunggang langgang ayat ke buat tak tahu je la ye a.k.a maaf di pinta.

Utk mrs sallehudin saya harap awak akan sentiasa bahagia bersama saya. Dan saya akan cuba utk menjadi seorang suami yg terbaik utk kamu. Mungkin selama ni saya ada termarah atau menyakitkan hati kamu, saya minta maaf banyak2. Ye la saya ni hanyalah manusia biasa yg tak lari dari membuat kesilapan. Tapi percaya la yang saya amatlah menyayangi diri kamu walaupun kamu tu mucuk masam. Untuk pengetahuan semua mrs sallehudin ni saya panggil dia cuk (mucuk). Tak kira la dia wangi ke apa ke, dia ttp mucuk saya. hihihihi.

Tinggal 2 hari je lagi majlis utk belah lelaki ermmmm. lpas kenduri ni nanti saya terpaksa meninggalkan cuk saya ni utk seminggu lebih sbb ada kerja di kuching, kota kinabalu dan labuan. so cuk jaga diri baik2 jgn noty2. nanti i babap cuk tau.

ok la tak tahu nak tulis pe. Sbb tak banyak idea la nak menulis menatang ni. Nanti klu ada idea best, saya akan tulis lagi. Ermmmmm mungkin lpas setahun kot bru ada idea. Ini pun sbb cuk saya ngomel2 ckp saya tak nak tulis kat sini. tu yg tulis jap utk amik hati mucuk saya.

akhir kata i luv u so much mrs sallehudin, much and much...muahhhhhhhhhhhhhhhhh

p/s: cepat2 la kita dapat baby ye. hihihihihihi....tak sabar nak jadi daddy



.

Sunday, April 1, 2012

Entry 200 dan Aprilfool

Hai semuaaaa..
Ini adalah entry saya yang ke 200.. banyak jugak yang saya dah tulis kan..
Tapi sepanjang kewujudan blog ni tak pernah sekali pun Mr. Sallehudin menulis kata-kata hikmah dia di dalam blog ini. Semuanya ditulis oleh Mrs. Sallehudin saja. Btw, he will do that.. satu hari nanti.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni. Sebenarnya blog ni tak sampai setahun lagi. ;) Saya tak kisah berapa ramai follower blog ini. Saya menulis sekadar suka-suka dan menceritakan kenangan saya dan bekas tunang sepanjang menyediakan persiapan perkahwinan saya. Sekarang blog ini akan menceritakan kenangan kami (Mr & Mrs Sallehudin) sebagai suami isteri pula.. :)

Yang menjadi kemuskilan saya disini ialah tiba-tiba blog ini menerima kunjungan yang agak banyak berbanding dulu kala. Terima kasih semua yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini. Saya akan terus menulis.. Insyallah.. dan kalian semua harap dapat terus memberi sokongan kepada blog ini...

Owhhh..
Hari ni juga ialah 1 April...
Sebenarnya minggu ini adalah minggu yang sangat hectic. Hari Rabu malam saya terbang ke Pulau Pinang kerana mengikut Mr. sallehudin outstation disana. Tapi disana saya betul-betul dapat berehat sepuasnya.. Tinggal lagi tak pergi mandi swimming pool aje.. :) Hari Jumaat malam kami balik sebentar ke Bagan Serai. Tak sah rasanya kalau pergi Penang pastu tak balik kampung kejap. Maklumlah Penang dan Bagan Serai cuma satu jam perjalanan saja. Kemudian esok pepagi Sabtu selepas hantar mama ke Kemunting kami pergi semula ke Penang sebab nak menjemput dua orang staf Mr. sallehudin nak balik ke KL. Pukul 6 petang baru kami bertolak balik ke KL...

Sampai di Gombak lebih kurang pukul 10 malam. Ibu menelefon kami ajak ke rumah mak teh di Seremban. Memang saya pun nak berjumpa dengan pak teh sebab nak discuss pasal pelamin untuk majlis bertandang nanti. FYI, pelamin untuk majlis bertandang saya akan DIY sendiri sambil dibantu oleh beberapa orang yang lain yang belum dikenalpasti siapakah gerangannya.. hehe :)

So..sampai aje di Gombak kami terus bergegas pergi Seremban pulak. Kami berdua dan abg Zaki, abang ipar saya tu... dalam perjalanan memang saya tertidur sebab ngantuk sangat.

Mr. Sallehudin : Cukk.. ada bunyi tefon, ada miscol tu..
Mrs. Sallehudin : (saya yang terlelap kat seat belakang terus tersedar dari tidur dan terus check hanfon)
 tak de miscol pun...
Mr. Sallehudin : Aprilfoolllll.... hehehhe...
Mrs. Sallehudin : (gggrrrrrrr...!!!)

Hayooo.. bengang betul saya tau..
Kitorang sampai rumah makteh pukul 12 tgh malam... memang tak larat. sampai aje mandi terus tidur..
zzZZzzz...