Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, March 30, 2012

Food Review: Ikan Bawal Goreng

Hi semua..
hari ni saya cuba mengupdate blog menggunakan tab. Agak susah sikit guna tab ni espicially nak masukkan pic skali ketika buat entry baru. Tapi.. mari kita cuber ye.. :)

Dah lama tak wat food review. ok.. hari ni nak cerita pasal makan tengah hari. Pernah rasa ikan bawal goreng? Bila kita order aet ikan bawal goreng untuk makan tengah hari, kita akan dapat set nasi putih, ulam-ulaman, kuah kari kosong, sambal belacan, sambal kicap dan ikan bawal yang digoreng rapuh. saya guna perkataan rapuh sebab saya tak tau nak guna perkataan lain selain rapuh. hehehe... selain tu mungkin ikan ni digoreng hingga garing so bila makan rasa macam kita makan keropok.

Ikan tu akan digoreng apabila ada permintaan saja. Ia tidak digoreng siap-siap dan letak terhidang dengan lauk-lauk yang lain. So, kepuasan pelanggan sangat dijaga oleh tokey kedai.


Ia sebuah kedai makan biasa ditepi jalan. Tokey kedai hanya buka gerai makan di depan rumah dia saja. tapi memang ramai yang datang makan disitu.


Lokasi kedai di Jalan Mahkamah, Bayan Lepas. Berhampiran bangunan Tabung Haji. Saya bagi 4 star dari 5 star.

Wednesday, March 28, 2012

Giveaway Sweetheartstories

Salam semua..
Hari nie kita bercuti dari buat entry weds review. Sebabnya saya nak cerita sikit tentang perniagaan kecil-kecilan saya ni.. Ada sesiapa yang akan berkahwin, bertunang, nak buat malis akikah atau birthday party sepanjang tahun ni dan majlis di sekitar KL atau Selangor? Dan bercita-ciaway tuta ingin menyediakan candy buffet atau choc fountain?

Sweetheartstories sekarang ni sedang menganjurkan giveaway. Hadiahnya pulak Sweetheartstories akan sponser Pakej Candy Buffet atau Pakej Chocolate Fountain untuk 100 pax. Kalau nak tau detail tentang terma & syarat cuba pergi kat link sini. So apa lagi cepat laa join mana nak tau kot ada rezeki kan..  :) Hanya seorang pemenang saja akan dipilh yer.. :)




Oleh itu marilah kita semua join giveaway tu sebab hadiah yang hendak diberikan pun sangat best.. :)

Tarikh tutup penyertaan ialah 15 April 2012 dan hanya satu pemenang saja akan dipilih...

Monday, March 26, 2012

Weds Review : Nikah Outfit

Yeahh..
Tema warna untuk majlis nikah saya berwarna grey dan magenta. Tapi rasanya macam tak ada pulak warna magenta tu dalam hiasan untuk majlis nikah. Tak kisahlah janji grey tetap ada seperti yang dirancang.

Saya memilih kain chiffon yang kurang lembut dan kurang nipis. Kain chiffon dan kain lining saya beli di Nagoya. Total harga untuk kain chiffon dan lining hanya RM52 saja. Tak sampai seratus pun. Manakala kain untuk buat baju melayu pula saya beli kat Kamdar. Harga satin lebih kurang RM11 semeter.

Seperti sedia maklum, saya memilih tailor di Kelang. Walaupun pada mulanya saya agak marah dengan tailor tu sebabnya menghasilkan baju yang kurang sempurna dan tak sedap mata memandang. Tak sama dengan design dalam majalah yang saya tunjuk pada dia. Balik rumah memang terus nangis. Tu belum lagi design baju untuk sanding... ~huhuhu~...

Selepas beberapa hari menangis mengenangkan nasib baju nikah dan baju sanding kami, saya mendapat tahu bahawa tailor tersebut menghantar baju saya kepada pekerja dia yang masih belum cekap dalam pembikinan baju pengantin. Sebab tu hasil baju saya amat kurang memuaskan. Tapi mujur tailor tu telah membuat ubahsuaian baju dan mengikut design yang saya mahukan. Dan nasib baik baju melayu sulam untuk nikah dibuat dengan perfect sekali.


Veil untuk majlis nikah saya disponser oleh Non-Cinderella. Sebabnya saya pernah menang contest yang dianjurkan oleh beliau.. Veil yang beliau buat memang perfect. Saya tak perlu nak tambah beading pun sebab memang dah cukup complete. Warna veil dan baju pun memang sepadan. Sebelum veil tu dihasilkan, saya pergi berjumpa Pn. Lijah dan memberi cebisan kain pada beliau supaya senang dia nak memilih chiffon untuk dibuat veil. Bila veil dah siap kami tak sempat berjumpa dan Pn. Lijah pos laju veil tu. Maklumlaa time tu Pn. Lijah nak gi honeymoon..  :) Ekcelli kat depan veil tu saya ada pin kan satu keronsang supaya nampak laa sikit-sikit ala-ala arab gitu... Untuk tudung pula saya cuma memakai inner warna grey yang saya beli kat uptown Shah Alam. Mulanya saya nak pakai selendang yang Pn. Lijah sediakan. Selendang tu simple aje, juz jahit tepi. Tapi tiba-tiba selendang tu missplace. Tak tau letak kat mana. Then, saya pun belilaa inner grey tu pada harga RM10. Rupa-rupanya selendang tu saya dah hantar balik kampung awal-awal lagi.. huhu.. saya terlupa yang saya dah simpan selendang tu dalam almari kat kampung.. hihihi...


Dan.. taraa.. itu super hero saya melangkah tegap masuk ke dalam surau untuk upacara akad nikah. Baju melayu tu dijahit sulam pada leher. Sampin pula kepunyaan Mr. Sallehudin sendiri. Tak pergi beli pun sebab cari dalam almari kat rumah dia jugak. Sampin tu nampak okey aje so sarung kan ajee.. dah jimat disitu  :)  Songkok pula adalah pemberian hantaran sewaktu bertunang dulu. Ada satu keronsang besar yang dilekatkan pada songkok. Keronsang tu dibeli oleh ibu mertua saya...


Nantikan review untuk baju sanding kami yer.. 
adios...

Thursday, March 22, 2012

Weds Review : Pelamin Dan Pintu Gerbang

salam semua..
Hari ni nak review pasal pelamin dan pintu gerbang.
Pakej pelamin saya termasuk sekali dengan mekap nikah dan sanding.
Harga pakej untuk pelamin + pintu gerbang + dua kali mekap hanya RM800 saja. Murahkan..  :)  maybe sebab tokey butik pengantin tu kawan mama so dia pun bagi special price.. thank you Mak Cik Mah.

Hari pemasangan pelamin adalah hari yang sama saya memakai inai iaitu hari Khamis malam.

Dengan tangan dan kaki yang penuh inai saya buat pemantauan pemasangan pelamin.Disebabkan saya ada pengalaman dalam dekorasi pemasangan pelamin dua tahun dulu so saya tahu selok belok bagaimana pemasangan pelamin dan dekorasi. Alhamdulilah persiapan pemasanngan pelamin berjalan lancar walaupun pada awal malam tu hujun turun lebat.


Pemasangan pelamin lebih kurang pukul 10.30 malam dan siap lebih kurang pukul 12 tengah malam. Seronok rasanya bila pelamin jadi seperti yang diinginkan. Walaupun penggunaan meja consule tak dapat dilaksanakan. Saya hanya menggantung beberapa lantern kecil merah dan putih serta beberapa lantern lagi diletakkan di kiri dan kanan pelamin. Penggunaan carpet merah cuma diletakkan di hadapan pelamin. Ada juga saya gunakan beberapa barangan hiasan saya seperti lantern, karpet bulu putih, baldi vintage (tak tau ape nama mende tu)

Pintu gerbang pun saya gantungkan beberapa lantern warna putih dan merah. Pintu gerbang agak unik sebanya ia berbentuk hati dan dipenuhi bunga-bunga putih.


Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan pelamin dan pintu gerbang juga servis dari vendor. Butik Pengantin Makcik Mah niterletak di Bagan Serai. Kalau ada sesape yang berminat untuk menggunakan servis beliau bolehlah hubungi 012-5841787  :)

Wednesday, March 21, 2012

Weds Review : MUA

Hi and good morning
Wahh.. hari nie dah start keje setelah seminggu lebih bercuti.
Cuti amatlah bahagia, tapi start kerja amatlah bosan. Dah mula nak stress dengan jalan jammed.. huhu..

Okey.. hari ni nak review about my make-up.
Saya tak hire jurusolek profesional pun untuk menyolek saya.
Mekap saya ni datang bersama dengan pakej pelamin yang saya ambil dari butik Prinsip Gemilang

 

Mula-mula memanglah amat tidak yakin dengan mekap yang akan dihasilkan. Maklumlah jurusolek yang mekapkan saya ni masih fresh lagi dalam dunia andaman. Tapi memandangkan saya meletakkan kepercayaan kepada beliau dan alhamdulilah hasilnya tidak mengecewakan saya langsung.


Solekan yang dihasilkan boleh bertahan sehingga lewat malam. Saya langsung tidak membuat touch-up pada muka ni walaupun hari sudah beransur petang dan ketika itu sessi fotoshoot hendak dilakukan. Dan dimuka saya ni langsung tak ada kesan retakan bedak walaupun sudah lama dimekapkan. Kadang kala ada jurusolek menghasilkan solekan yang nampak garis retak foundation/bedak pada wajah.


 Ini hasil solekan untuk upacara akad nikah. Lepas siap bersolek, saya terus tengok muka saya ni kat cermin. Wowww.. terkagum kejap.. hahaha.. yer laa selama ni mana laa pernah mekap sebegini rupa walaupun dulu saya pernah menjadikan bidang solekan pengantin sebagai pendapatan sampingan.


Ini pula hasil solekan untuk upacara bersanding. Semasa majlis sanding, cuaca memang sangat panas. Nasib baik pun masih tak cair dan cantik lagi dimuka. Memang saya puji hasil solekan MUA saya ni. Saya tak tau nama dia but saya juz panggil dia dengan nama panggilan Kak Ngah aje. Dia masih muda dan masih belajar. 

Sorry saya tak sure berapa harga yang diletakkan untuk sekali mekap. Sebab harga untuk saya adalah dikira sekali dengan pakej pelamin. Tapi saya yakin harga yang diletakkan tidak terlalu mahal. kepada sesiapa yang berada di Bagan Serai, Parit Buntar dan kawasan sekitarnya berminat untuk menggunakan khidmat solekan beliau.. boleh contact nombor ini..
Nama : kak Ngah
Tel no : 017-5094203

Ini gambar suami saya yang comey dan cute.. :p

Tuesday, March 20, 2012

Weds Review : Berinai

Salam semua
Im at Cameron Highlands now for pre-honeymoon. Yang honeymoon betul-betul blom tau bila lagi sebab masing-masing dah mula sibuk dengan kerja. Tinggal 1 hari aje lagi cuti..
Tapi disebabkan saya dah tak sabar nak buat review about my wedding, maka saya dan suami turun ke lobi hotel dan menggunakan kemudahan wifi yang disediakan.. :)

Lets saya start dengan aktiviti berinai.
Saya tak ada laa buat majlis berinai besar-besaran dan ala-ala penuh istiadat. Just cuma aktiviti memakai inai saja.


Inai saya sangat simple. Tak ada pun nak ukir-ukir. Bukannya tak nak.. memang teringin jugak nak wat ukiran tu tapi disebabkan kesuntukan masa. Lagipun saya balik ke kampung seminggu sebelum majlis. Kat Bagan Serai ni tak adalah pulak servis henna. Ada jugak try google hari tu tapi tak dapat nak cari infor pasal henna di Bagan Serai. So saya pakai inai yang tiada corak. Style yang biasa orang lain dok pakai tu..


Saya pakai inai sehari sebelum majlis nikah iaitu Khamis malam Jumaat. Yang tolong pakaikan inai kat saya ialah mak long dan beberapa orang jiran serta sepupu saya. Makcik sebelah rumah yang tolong tumbuk dan giling inai tu. Guna inai dari pokok yer...  Saya mampu bertahan selama tiga jam aje. Saya dah siap pakai lebih kurang pukul 9.45pm dan saya cabut semua inai pukul 12.45am. Setelah ditanggal dan dicuci, sangat mendukacitakan sebab inai tu langsung tak merah. Warna pudar. Sangat tak menarik warna inai tu..
 

Memang betul rasa tak puas hati dengan inai tu. Esok pagi bangun dari tidur, saya ambil inai tiub yang mama simpan so saya warnakan semula inai yang pudar tu. Pakai dalam 20 minit aje dan lepastu cuci.. Wowww.. kaler inai yang sangat terang. Barulah cantik dan semangat nak kawen tu bertambah kan... hikhikhik...

Kaki pun saya pakaikan inai jugak.. barulah rasa mood pengantin baru kan...  :)

Monday, March 19, 2012

Aku Terima Nikahnya....

wooowoooo...
Tamatlah zaman solo saya
Akhirnya saya dinikahkan dengan Mohd Sallehudin pada 16 March 2012 lebih kurang pukul 4.20pm di Masjid Permatang Gerdu, Bagan Serai
dan secara official nya saya menjadi Mrs. Sallehudin

 Suasana sebelum dinikahkan. Saya melafaz kebenaran kepada wali untuk mengakadkan saya..

 Aku nikahkan dikau dengan Mimi Narita Hanim..............................................

Sah.... dengan sekali lafaz.. tanpa sebarang percubaan....
Alhamdulilah...

Yeayyyy...
Review tentang majlis kawen saya akan menyusul... harap bersabar ye sebab nak pilih gambar..

Friday, March 16, 2012

Today - Solemnization


Hari ini saya akan dinikahkan dengan Mohd Sallehudin bin Mohd Zain
Terima kasih mucuk masam kerana sudi menerima saya seadanya...
Terima kasih kerana menyayangi dan mencintai saya...
Terima kasih kerana membuat saya gembira selama ini...
Terima kasih kerana menjaga saya sehingga badan saya dipam-pam menjadi debab sgt  :p  naik 8kg ok..
Bayangkan dulu berat saya 48kg sekarang dah jadi 56 kg.. ~huhu~

Kepada Mohd Sallehudin...
Saya sayang awak sangat-sangat, banyak-banyak, ketat-ketat...
Jangan notty sangat ok..  

I LOVE U MUCHHHHH AND MUCHHHHHH

Thursday, March 15, 2012

1 Day To Go


Lagi 1 hari..
Esok ialah hari nikah saya..
Hari ni adalah hari terakhir saya single. 

Tengok tak pic untuk entry countdown saya?
Gambar tu semua diambil menggunakan biskut.
Hari tu saya ada terima order for fancy cookies. Pastu ada lebih so saya buat laa huruf dan nombor
:)

Wednesday, March 14, 2012

2 Days To Go

Two days to go..
Semakin sibuk membuat persiapan akhir.
Jiran pun banyak yang datang tolong. Terima kasih semua...

Tuesday, March 13, 2012

3 Days To Go

3 days to go!!

Saya dah sampai kampung petang semalam dengan flight.
Mama and abah yang datang ambil kat airport Penang.

Hari ni tengok rumah tak terurus..~haha~ 
biasalaa..kan nak kenduri kawen. Kalau tak nak rumah semak buat kat hotel.
Okey.. nak sambung buat kerja..
~tata~

Monday, March 12, 2012

4 Days To Go


Wowww..  4 days to go..
Petang ni nak balik kampung dah. So sekarang nak packing barang tapi update blog dulu..
~hikhikhik~

Ok.. cerita pasal baju kawen saya yang tak satisfied dalam entry sini 
Petang semalam dalam pukul 5.30pm saya dah sampai kat tempat tailor tu. Saya tengok dia tengah jahit butang baju Mr. Sallehudin. Dia dah ganti kain untuk baju sanding. Kali ni nampak ok sikit dari sebelumnya. Mr. sallehudin pun selesa pakai baju tu. Tapi lengan nampak macam besar sikit.

Then, saya and Mr. Sallehudin keluar pergi cari tudung kat pekan Kelang. Tapi tak de jumpa kedai tudung. Finally kitorang masuk dan makan KFC... lepak-lepak jap..
Pukul 8pm kitorang pergi balik kat tailor

bertungkus lumus menjahit

Tu laaa... sape suruh siapkan last minute. saya dah bagi kain suruh jahit pada 1.1.12 lagi...
Saya dah nak balik kampung baru terhegeh-hegeh nak siapkan.
Memang semalam ada termarah jugak laa kat tailor tu..
Geram!! 

Finally, hasil baju sanding yang pada mulanya saya tak satisfied langsung, sekarang dikatakan boleh terima. Barulaa nampak macam patern kat Majalah Pengantin. Baru laa saya boleh tersenyum  :)
Sebelum ni dah jenuh saya nangis depan Mr. Sallehudin pasal baju kawen saya yg buruk.
Lepas dah repair baju tu.. lega sikit saya....

Yer laaa... sape yang tak susah hati kan... 
Mr. Sallehudin cakap janji baju siap dahh...
Memang laa janji baju siap tapi kalau tak cantik dan tak memuaskan hati kita suka ke nak pakai kan?
Tambah lagi baju nak pakai time kawen. Kata hari bahagia tapi kalau tak happy pakai baju tu dah jadi hari tak bahagia la kan..... ~huhu~

Baju nikah pulak selepas dah repair, barulah ok. Rasa puas hati jugak laaaa
Cuma veil sanding tu tak siap. saya nak veil macam Elyana tapi takde bunga timbul tu..
Lastly, tailor bagi kain untuk buat bunga timbul. Dia dah tak sempat buat.
So.. untuk jahit bunga timbul tu nanti saya akan mintak tolong dia jahitkan dan tampal kan veil.

Okies.. nak kemas barang
~tata~

Sunday, March 11, 2012

5 Days To Go

Salam pagi Ahad
Hari nie Ahad terakhir sebagai orang bujang
Minggu depan dah jadi isteri orang.. kena bangun agak awal sikit.. ~huhu~

TO GO..

Alhamdulilah..
Petang semalam bakal abang ipar saya a.k.a abang kepada Mr. Sallehudin dah selamat jadi suami orang
Tepat jam 6.06pm - 10 March 2012


Cuba lihat jejaka yang sangkut towel merah kat leher tu...
Bersungguh-sungguh jadi cameraman..


I Love You Mucuk  

Thursday, March 8, 2012

I'm Not Satisfied

Saya sedih..saya susah hati..saya risau..saya bimbang..
I'm not satisfied!!
Ini sebab perihal baju kawen saya. Before this saya tak pernah cerita kat blog pasal pemilihan baju kawen.
Cadangnya nak terus buat review after kawen. Tapi timbul perasaan yang saya sebutkan seperti ayat diatas sekali..

Mula-mula saya dah buat pemilihan Nilam Butik untuk rekaan baju nikah dan baju untuk resepsi. Tapi Nilam Butik hanya membuat rekaan baju perempuan. Kos untuk dua helai baju ni lebih kurang RM2000. Ini tak termasuk baju lelaki lagi. Setelah berfikir-fikir, saya decide untuk membatalkan pemilihan kat Nilam Butik sebabnya saya bercadang untuk menyewa saja baju yang ttermasuk dalam pakej pelamin dan mekap. Then, saya pergi servey butik pengantin kat Bagan Serai. Butik nie kepunyaan kawan mama saya. Pelamin dan mekap telah di'booking'. Saya mengambil masa yang lama untuk berfikir sama ada menyewa baju atau menempah pada tukang jahit. Kalau tempah dengan tukang jahit, baju tu boleh disimpan sebagai kenangan dan kalau ada rezeki boleh juga buat sewaan kepada bakal pengantin lain.

Walaupun sewaan baju kat butik tu tak lah terlalu mahal tapi fesyen baju yang ada kat situ saya tak berapa berkenan. Lepas tu saya ada servey kat blog b2b dan tengok review diorang pasal tailor masing-masing. Dan ada juga tengok dalam Majalah Pengantin pasal rekaan baju terkini. 

Finally saya tertarik dengan satu review dari sorang b2b pasal sorang tailor ni. Tailor ni mempunyai kepakaran dalam menjahit baju pengantin. Banyak butik pengantin yang menempah baju pengantin dari dia dan ada beberapa hasil jahitannya yang masuk dalam majalah pengantin. Jadi sudah tentu dia boleh menhasilkan sehelai baju pengantin dengan baik sekali. Tambahan pula bayaran upah yang diambil tidak terlalu mahal. Dari seorang bekas b2b saya mendapatkan nombor telefon tailor tersebut. Saya pergi berjumpa tailor tersebut dan menunjukkan fesyen baju yang saya suka.

Selepas pembelian kain untuk membuat tiga pasang baju iaitu baju nikah, baju resepsi dan baju bertandang..
saya terus hantar semua kain tu kepada tailor. Saya hantar pada 1 January 2012. Waktu tu tarikh kawen saya belum diubah lagi, masih pada 24 March 2012. Tapi selepas dua minggu, tarikh kawen saya telah ditukar dan diawalkan seminggu iaitu pada 17 March 2012. Dan saya telah memberitahu tailor berkenaan perubahan tarikh.

Awal February saya pergi berjumpa tailor sekali lagi sebab nak potong sikit cebisan kain sebagai contoh untuk saya cari tudung dan kasut. Saya terkejut sebab semua kain-kain tu masih lagi dalam beg. Sikit pun tailor tak sentuh untuk proses pemotongan kain.. Dia cakap tengah bulan February baru dia nak start buat. So saya tak kisah dan saya yakin baju tu akan disiapkan mengikut tarikh yang dikehendaki.


Hari semakin dekat. 1 march saya coll tailor tanya bila boleh fitting. Dia cakap nanti sebab baju masih dalam proses jahit. Hati saya memang dah tak sedap sangat. Mr. sallehudin suruh saya rilex, jangan push sangat tailor sebab nanti jahit tak cantik pulak. Lepas tu tarikh fitting sentiasa ditunda.

Finally.. masa untuk fitting baju dah tiba. hari ini!! saya baru balik dari fitting baju ni... Ketiga-tiga baju dah siap tapi tak sempurna. Pertama baju nikah saya warna grey ok tapi agak besar. Perlu kecilkan sikit. baju melayu sulam Mr. sallehudin ok dan perfect. Baju sanding saya warna tale blue..hmmm... dah siap tapi nampak macam menggelebeh bahagian tepi pinggang hingga ke bawah. Lengan baju pun agak besar dan menggelebeh. Baju Mr. sallehudin ketat. Nak butangkan baju pun susah. Baju bertandang ok dan sikit puas hati. Cuma beading belum siap. Tapi baju Mr. sallehudin untuk bertandang pun ketat. Sama macam baju sanding!!!

Dan hari ni tinggal lagi tujuh hari kami nak nikah dan sanding baju langsung tak sempurna lagi. Tailor nak gantikan kain baju Mr. Sallehudin. OMG!! Sebab baju Mr. sallehudin ketat dan tak boleh nak ubah lagi. Saya sangat risau kalau warna tale blue tu dah tak ada kat Jakel. Kain tu saya beli kat Jakel. 

Yang saya risau sangat baju sanding tu memang nampak tak sempurna langsung dan tak sedap mata memandang. Saya buat design gaun labuh. Mungkin ke sebab saya beli bridal satin tak sesuai untuk dibuat gaun labuh? Mungkin ke ketinggian saya 151 cm tak sesuai pakai kain jenis tu dan design gaun labuh tu?
Saya tengah fikir alternatif lain. Tailor tu akan siapkan baju hari Ahad ni.. kalau Ahad ni masih tak sempurna.. I donno what to say... Minggu depan dah majlis  :(

Doa dan doa supaya baju sanding yang diidamkan sempurna. Actually orang yang berketinggian 151cm sesuai pakai baju design macam mana? Saya rasa nak menangis sangat sekarang  :(

Wednesday, March 7, 2012

Beg Vintage

Hi semua..
Lately banyak masalah timbul
Minggu ni tetiba kereta asyik rosak aje. So nak pergi kerja pun payah..
Dah laa rumah dengan office nak menempuh jammed yang dasat..

Macam pagi tadi.. jammed punye lah teruk tahap gaban. Tetibe bonet kereta keluar asap yang banyak.
OMG..
terus berenti tepi jalan, capai hanfon dan terus lari keluar kereta
Takut pulak tetiba meletup kan.. ~huhu~

Ada ke patut.. majikan saya yang pentingkan diri sendiri tu..
Dia suruh saya tinggal kereta tepi jalan dan naik teksi pergi tengok rumah dia yang under maintenance tu..
Sebab rumah tu ada kontraktor tengah renovate..
Dia takut sofa dan barang rumah dia yang beli kat oversea tu hilang
Owhh.. maknanya..kereta saya yang tersadai tepi jalan dan kalau hilang tak pe la ye..
Tapi barang kat rumah dia kita kena jaga takut hilang.
Meaning pentingkan barang rumah dia dari kereta saya yang tersadai tepi jalan tu..??
Dia tak per laa.. beli kereta porche 1 juta lebih secara cash..
Sebab dia senang dapat. Sebut aje nak ape.. semua boleh dapat..
Saya cuma ada Iswara merah yang nak kene tunggu 9 tahun baru installment habis bayar..

Okey.. forget about work yang mengarut
tujuan asal nak tunjuk ini..
mari tengok gambar dibawah...
Tiba-tiba datang idea nak buat mende ni..
Beg lama ala-ala vintage memang ada kat kampung. So boleh guna beg tu
cuci habuk skit.. dah boleh pakai..


Cantikkan..?
 

Cuma tengah pikir barang ape yang nak letak dalam beg tu..

Monday, March 5, 2012

Jemputan Untuk Bloggers

Selamat pagi Isnin..
Mari bekerja walaupun terasa malas nak pergi kerja..
Tapi kereta saya seakan memahami kemalasan saya hari ini..
Kereta saya buat hal tetiba tak nak start. Trus call Mr. sallehudin...
Dia cakap battery weak kot sebab dua hari tak start..
What can I do without him.. jiran semua dah takde pergi kerja
So saya terus masuk rumah semula...
Capai hanfon terus call office bagi tau lambat masuk
Mr. sallehudin pula tak boleh datang awal selamatkan saya sebabnya dia ada meeting pagi nie..

Switch on laptop...
Create event invitation kat facebook.. Yeahh... dah siap..
Sekarang nak menjemput rakan-rakan bloggers pulak  :)

Saya dengan berbesar hati ingin menjemput rakan bloggers hadir ke Majlis kahwin saya pada 17 March 2012 di bagan Serai Perak.. Uolls boleh emelkan alamat ke sweetheartstories@gmail.com untuk proses penghantaran kad jemputan... anda semua dialu-alukan hadir...  :)


Jemput datang..  :)

Sunday, March 4, 2012

Paper Beg Bertukar Konsep

Hai semua
Baru balik dari kampung ni hantar barang-barang. Ini batch ketiga. Haha.... 
Dua minggu lagi batch ke empat. Tapi dah tak banyak barang da..
Everything going well... Persiapan memang tengah buat dengan jayanya..

Tapi ada satu benda yang sangat dramatik dah berlaku.
Ingat tak pic kat bawah ni?? Yea.. saya bertungkus lumus DIY paper beg for goodies beg.
Bukan 500 or 1000pcs yang saya buat ok tapi 1700 pcs...


Tapi my DIY paper beg telah di'reject' oleh my parents. Tapi sebelum tu bukan saya tak tunjuk paper beg yang saya buat tu..dah tunjuk.. Tapi last minute diorang tak nak pakai this paper beg and diorang terus pergi beli yang lain. 

This is the new paper beg. I called it 'paper beg bodoh!!'
I hate this. Memang saya tak suka!! Dah laa lari konsep yang saya nak buat.
Sangat bengang hokeyyy... Nak nangis sangat...  :(


Reason my parents nak tukar paper beg:
:: Brown paper beg tu nampak macam pembungkus goreng pisang
:: Kertas lembut, lepas bubuh barang nampak meleper
:: Malu nak bagi pada tetamu sebab tak elok langsung

OMG!! Saya tak selera langsung tengok paper beg tu. Thats to normal. Dah selalu sangat orang guna paper beg macam tu kat kenduri kahwin. I want the difference. Dah tak de mood langsung pasal goodie beg. My parents beli paper beg tu cost melebihi RM500 for 1700 pcs. 

Saya sedih, geram, marah, kecewa, bengang...  :(
Pelaburan yang banyak hanya untuk paper beg. Tapi paper beg walau secantik manapun orang akan buang juga selepas kenduri.. So, 1700 brown paper beg tu apa yg saya nak buat? Buang???

Friday, March 2, 2012

Checklist Menjelang Hari Kahwin

Checklist Menjelang Hari Kahwin - 14 days to go..
 
1. Tarikh :
Nikah : 16 March 2012
Resepsi : 17 March 2012
Bertandang: 7 April 2012
 
2. Theme & concept:
Nikah : Magenta + Biru Azure + Grey
- Konsep: Arabian
Resepsi : Red + Aqua Blue + White + Grey
- Konsep: Vintage
Bertandang : Green + Brown
- Konsep : English modern

3. Legal documents:
Kursus kahwin: DONE
Hiv Test:
DONE
Borang Kebenaran Nikah:  DONE

4. Venue
Nikah : Masjid Permatang Gerdu, Bagan Serai
Resepsi : Rumah, Taman Serai Permai, Bagan Serai
Bertandang: Dewan TamanSelaseh

5. Catering/Canopy
Nikah : DONE (upah makcik belakang rumah masak)
- Menu : DONE
Resepsi : DONE 
- Menu : DONE
- Hidangan Pengantin : DONE
- Khemah : 7 khemah DONE
- Kerusi & meja : DONE
Bertandang: DONE
- Menu : DONE
- Hidangan Pengantin : DONE
- Khemah : 7 khemah DONE
- Kerusi & meja : DONE
6. Pelamin
Nikah : Mini pelamin : Pending
-Decoration: Pending
-Design: Pending
-Bantal nikah: Pending
Resepsi : DONE (Booking)
-Dais & Decoration: DONE
-Design: DONE
Bertandang: DONE (dah decide-no pelamin)

7. Photographer
Nikah : DONE
Resepsi : DONE
Bertandang: Pending

8. Videographer
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
Bertandang: Pending
Choices of songs: Pending

9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
-Tudung: DONE (contest dari Non-Cinderella - saguhati)
-Veil: DONE (contest dari Non-Cinderella - saguhati)
-Shoe: DONE
-Accessories: Pending
-Baju Melayu: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
Resepsi:
-Dress: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
-Tudung: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
-Veil: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
-Shoe: Pending
-Accessories:  Pending
-Groom Costume: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai) 
Bertandang:
-Dress: DONE
-Tudung: Pending.
-Veil: DONE
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.
-Groom Costume: DONE

10. Makeup
Nikah: DONE (Booking)
Resepsi: DONE (Booking)
Bertandang: Pending


11. Doorgift
Nikah:  DIY - In progress
Resepsi:  
-Guest doorgift: DONE
-Kid doorgift: DIY - In Progress
-VIP doorgift: DONE
-Marhaban Group: DONE
-Mentara Group: DONE
-Guestbook doorgift: DONE
- Sticker: DONE ( hadiah dari Nurain - Thanks a lots)

12. Bunga Pahar
Nikah: DONE
Resepsi: DONE (Beli)
Bertandang: DONE

13. Hantaran
Bilangan dulang: 7 berbalas 9
For Cik Mimis:  
1. Tab
2. Mekap Set
3. Perfume
4. Al-Quran + telekung
5. Jam tangan
6. Kasut + purse
7. 
- To decorate:  FMIL
- Dulang hantaran: DONE
 
For Mr. sallehudin:  
1. Tab
2. Perfume
3. Skincare Produk
4. Sejadah +Tafsir Al-Quran
5. Kasut
6. Jam Tangan
7.
8.
9. 
- To decorate:  Pending
- Dulang hantaran: DONE

14. Batal Air Sembahyang
Rantai tangan: DONE

15. Invitation Card
Nikah & Resepsi:
-Design: DONE
-Printing:  DONE
Bertandang:
-Design: DONE
-Printing:  DONE

16. Cake
Resepsi: DONE
Bertandang: DONE

17. Jurunikah/Pembaca doa
Jurunikah - DONE
saksi - DONE
 
18. Handbouquet
Nikah
-Types & colors: DONE Bunga Stokin, sponser by Fieza hantaran. Grey color.
Resepsi: 
-Types & colors: DIY - In progress
Bertandang
-Types & colors: DONE Yellow + green. Artificial HB. 
 
19. Guest List
Nikah: Pending
Resepsi: Pending

20. MC/Kompang/Entertainment
MC: DONE
Kompang:  DONE
PA system: DONE

21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids & Bestman: DONE
Resepsi: Bridemaids & Bestman: DONE
Bertandang: bridemaids & Bestman: Pending
Flower girl: DONE  (my cute cousin) 
Dress for bridesmaid: DONE
 
22. Dresses for family
Resepsi:
- My family : DONE
- Mak saudara / sepupu : DONE

23. Bilik pengantin
Katil /almari/meja solek:DONE
Decoration: In Progress
Cadar katil: DONE
 

24. Signage
Resepsi: 10pcs.
Location: DONE
Design: DONE
Printing: DONE
Welcome sign: Pending
Banner: Pending
Food Label: Pending
  
25. Pre Wedding 
Photographer : Our Selves   :)
- 1st Pre-Weds DONE
- Concept : We are Superman
- 2nd Pre-Weds Pending
- Concept : We are Green & Stylo
- 3rd Pre-Weds Pending
- Concept : Pending
Canvas Printing :In progress
Album Printing : Pending
 

26. Guestbook Corner
Guestbook : DIY - In Progress
Decor : Pending

27. Candy buffet
Favor : DONE
Decor: DONE

28. Other Decoration
- Vintage Item : In Progress
- Lantern : DONE
- Table Centerpiece : DIY - In progress
- Buy favor for goodie bag - DONE

29. Centerpieces
-Decor item: DIY - DONE 70%

29. Inai : Pending

:: Uncang - sikit lagi nak siap
:: Item 2 dan item 3 untuk goodies beg. Item 1 dah beli
:: Guestbook belum binding
:: Foto-foto belum print
:: Backdrop katil - DYI belum siap
:: Backdrop untuk meja pengantin - DIY belum siap
:: Bantal nikah belum beli
:: Decoration item untuk pelamin belum beli
:: Lantern belum beli
:: Dessert for candy buffet - beli seminggu sebelum majlis
:: Botol kaca for centerpiece tak cukup lagi
:: Bunga untuk letak dalam botol kaca takde lagi
:: Food label & food signboard
:: kasut nikah, sanding & bertandang belum beli
:: Fabric handboutquet belum buat
:: Canvas printing & easel belum tempah
:: Baju untuk flowergirl pun takde lagi
:: Edar kad jemputan tak habis lagi
:: Baju nikah, sanding, bertandang - tailor dok jahit manik lagi

Ape lagi yer??? ada yang tertinggal tak?
Rasa macam nak tambah photobooth..hehehe...