Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Monday, February 27, 2012

Baju Kawen Saya

Hi semua..
Owhh tinggal lagi beberapa hari saja lagi.. hati semakin nervous :)

Gambar dibawah adalah baju kawen idaman saya. Tapi bukanlah design kat bahagian atas,tapi design kat bahagian bawah saja...


Akan tetapiiiiiii.. korang nak tau tak, baju saya yang nak pakai kawen ni belum siap lagi hokey!
Agak naik darah jugak laa.. cuba korang kira tinggal berapa hari saja lagi.. lebih kurang 17 hari kot.. tapi bayang baju pun belum ada lagi.. jangan katakan baju sanding..baju nikah pun sama juga tak siap lagi... hayoo.. tak tau laa sempat or tak baju tu tailor nak siapkan.. kalau tak siap jugak sampai hari saya nak balik kampung, memang saya mengamuk kat rumah dia..

Kalau kita dah nampak rupa baju tu tak laa susah hati sangat, ini rupa baju pun tak de lagi... meroyan tak? Tailor cakap.. "jgn risau..mesti siap" kalau tak siap jugak aku sembelih ko.. tak senang hati betul fikir pasal baju kawen ni..

Okey.. nak edit gambo jap..sebab esok nak order kanvas printing...

babaii...

Saturday, February 25, 2012

Entry Guna Tab Baru ;)

Ini entry percubaan menggunakan tab.
ok kita cerita dari awal pagi yer.. akceli tak ada laa pagi sangat.. hikhik
saya dan mr.sallehudin gerak dari rumah saya pukul 1 tengah hari. Terimgin sangat nak makan nasi kukus Ilham kat Mutiara Damansara. Jalan nak kesana agak ju,ammed sebab lalu ikut Kota Damansara. FYI,nasi kukus Ilham tu memang terbaiklah.. nanti saya wat food review kat blog ok ;)

Lepas makan, terus pecut ke Jalan Panggung. Macam biasalaa kan ramai b2b yang suka pegi kat situ sebab nak serang kedai Basket Shop. Saya terover excited pilih lantern saiz 10 inci sampi 150 pcs.. total semua after less RM504 Terkejutt makkk... Mr.Sallehudin pun terkejut terkujat jugak..hahaha... ekceli my budget dalam 200++ So saya telah berusaha untuk meng"reduce" jumlah harga tersebut. Saya tukar saiz lantern dari 10 inci kepada 8 inci dan jumlah lantern dari 150 pcs kepada 100 pcs saja. Total harga jadi RM253. OK laa kan.. still under my budget. Kalau 500 tadi tu agak melampau laa kan.. huhuhu...

Pencarian seterusnya pergi Mydin USJ, konon nak cari chokolat dan biskut untuk borong. Untuk doorgift tetamu nanti. Tapi tetibe termasuk kat Wah Chan.. servey harga. Tak perlu rasanya nak beli barang emas yang terlalu mahal. Lagipun kalau tak silap emas naik hargakan.. Dulu dah dapat cincin diamond masa bertunang pun dah ok. Kami cuba "reduce" perbelanjaan lagi.. Sesungguhnya penggunaan wang untuk merealisasikan majlis perkahwinan adalah terlalu banyak. Wang mengalir sangat laju seperti air paip..ataupun macam air terjun... huhuhu.... akhirnya "grab" jugaklah seutas untuk batal air sembahyang nanti..

Lepas tu pergi pulak kat kedai jual handfon. Tengok punyer tengok Mr.Sallehudin terbekenan dengan satu tab ni. Harga pun masih dalam budget. 3 in 1. Boleh wat coll, penggunaan gps dan sistem tab.. tu yang die eksited tu. Sebenarnye Mr.saleh nak belikan untuk saya sebagai hantaran..pastu tetibe dia tanya saya.. "U cukup tak duit kalau beli tab ni lagi satu?" Pastu saya jawab"hmmm..nape..nak ke" then diaangguk.. haha okey lah we all beli sorang satu.

Yeahh.. finally telah lengkaplah bilangan untuk dibuat hantaran tapi itu dari pihak lelaki kepada perempuan. Tapi dari pihak pempuan nak bagi pihak lelaki belum cukup lagi hokeyy lagi dua dulang. Tak tau nak kasik apee...

Last sekali.. we all tak beli coklat dan biskut borong kat Mydin. Planning pegi esok beli kat NSK Selayang aje.. pastu nak pegi Pameran Pengantin untuk kali terakhir sebelum kawen.. after kawen for sure Mr.Saleh tak nak pegi dah pameran cenggini...hikhik
okey.. adiosss

Friday, February 24, 2012

Ini Entry Mengamuk

Hai semua..
Lambat update blog sekarang ni..
Pertamanya kat umah takde internet. Belum top-up so tak leh nak online
Keduanya tak dapat nak update kat opis sebabnya super bz..
Sekarang ni jarang sangat kerja kat opis
Datang sekejap aje kat office. sampai pukul 9 pagi tu wat keje sekit-sekit lepas tu pukul 11 pagi jer dah kene pergi tengok rumah BOSS. Rumah tu under renovation sekarang tapi dah siap. Cuma tinggal minor pending job saja. 

Tapi tu lah.. dah hari-hari kesana, tu sebab tak dapat update blog kat office dah. 
Yang bengangnyerr..my BOSS tu dah laa cerewet tahap super cipan. Itu tak kena.. ini tak kena.. ntah ape-ape. Pastu saya pulak yang jadi orang tengah between BOSS dan kontraktor. 
Kontraktor pulak lepas tangan dan macam tak bertanggungjawab tahap super bangang. Tak payah jadi kontraktor laa macam tu!! Bodoh..
Aku ni Personal Assistant bukannya kontraktor. Dia tengok hari-hari aku datang rumah tu nak monitor pekerja dia.. sebab tu dia lepas tangan. Ni semua salah BOSS laa ni. Suruh sangat aku pergi tengok rumah tu hari-hari. Lepas tu kotak-kotak sampah bertaburan kat garage kereta.. kontraktor tu suruh aku pulak yang cari orang nak kutip sampah-sampah tu. BANGSAT betul. kalau macam tu biar aku yang jadi kontraktor bukan ko bangang!!!!!
Memang saya sekarang super stress. BOSS cakap "U kene tengok rumah tu, jaga rumah tu macam rumah U sendirik" kalau macam tu ko bagi laa rumah tu kat aku!! Kita tukar nama!!
Segala hal dalam rumah tu aku pulak nak kena jaga. Paip rumah laa, carpet laa, lampu laa, kipas laa, perabut laa sampaikan jamban tempat ko nak berak pun nak suh aku jaga!! Apa kejadahnya???
Sedangkan rumah aku sendiri pun aku tak jaga sampai macam tu laa..
Bini BOSS.. beli perabut dari oversea laa kononnya. Dia tu memang gila cermin. Semua sudut letak cermin. Beli cermin dari oversea sampai Malaysia cermin tu retak. Pastu aku pulak yang pergi kedai cermin nak ganti cermin baru. Lepas tu silap order cermin nak tengking-tengking aku pulak. Memang lahanat betul laa keturunan **j* nie.

Ini memang entry mengamuk. Aku dah benci kerja kat situ. Tunggu masa nak angkat kaki. Tak suka dengan semua orang kat situ. Tak friendly langsung!! Berlagak nak mampos tahap diorang tu bagus sangat.. 
Aku memang tak suka. Aku sabar aje tapi sampai satu tahap aku dah tak boleh nak control. Sebab tu aku mengamuk kat Mr. Sallehudin. Dia yang terkena tempias. Memang dah tak ada hati kat situ. Rezeki ada dimana-mana. Bukan kat situ aje. Buat ape kerja kat situ tapi hati sentiasa sakit. Bukan nak cerewet tapi apsal aku leh kerja tempat lain lebih dari dua tahun sedangkan tempat sekarang setahun pun tak sampai lagi...

Jual nasi lemak pepagi pun okey. Tak stress jalan jammed, tak stress dengan kerja. Cuma stress nak kena bangun pukul 4 pagi jer sebab nak masak nasi lemak. Tapi lepas meniaga pukul 10 tu bolehlah tidur sekejapkan.. huhu ~merancang ni~

okeylah.. malam ni nak pergi tengok Adnan Sempit 2.. choww..

Monday, February 20, 2012

Nak Gubah Hantaran Style Apa?

Salam semua,
Im very stress today... bengang, geram, marah, hangin dan semuanyalah..

Ok.. tak nak cerita pasal buat kerja bodoh yang menjadikan saya stress but lets talk about preparation for wedding. 
Taraaa..  :)
Sekarang saya tengah memikir-mikir ape gubahan, rekaan dan design yang simple tapi cantik untuk gubahan hantaran nanti. Sesungguhnya saya sangat 'blur' sekarang. Tak tau nak hias macam mana. 
Petang semalam me & Mr. Sallehudin pergi kedai menjual barang hiasan perkahwinan CT Handycraft kat sekyen 19 Shah Alam. Dakat dua jam saya kat situ tapi tak tau nak beli ape. Actually tujuan saya memang nak beli barang gubahan hantaran tapi bila dah sampai sana langsung tak tau nak beli ape sebab saya tak de idea angsung macam mana rupa gubahan tu nanti. Saya cuba beli reben 2 gulung, kertas crepe dan mutiara kaaler maroon kononnya nak guna untuk hantaran. 

Pagi ni saya cuba servey kat internet..
Pening gaks kepala nak mencari. FYI, my dulang hantaran berwarna gold.
It is ok kalau bunga kaler putih dan selitkan mutiara kaler maroom tu kat celah-celah bunga.
Actually my gubahan tu insyallah akan berinspirasikan dari gubahan gambar kat bawah ni. 

 

Maybe esok or lusa saya akan pergi lagi sekali kat CT Handycraft dan beli artificial flower. 
Harap menjadi laa gubahan yang saya nak buat ni..
Wish me luck  :)

Wednesday, February 15, 2012

Happy Wednesday (^_^)

Comel kan..?

Ini pun ok jugak..  :)

Nanges tengok.. sweetnyerr...  (^_^)

HAPPY WEDNESDAY 

Tuesday, February 14, 2012

Khemah

Dua minggu lepas kan saya ada balik kampung sini
Kebetulan balik tu ingat nak pergi jumpa vendor catering sebab nak discuss about kaler-kaler alas kain meja, kain scallop bla and bla....
tapi tokey katering tu pulak sibuk. Maklumlah bisness bagus kot. :)
So my dad aje lah discuss dalam telefon sambil saya disebelah abah untuk translate ape yang saya nak dan ape yang saya tak nak....

mula-mula dua bulan lepas saya dah cakap nak kain alas meja makan semua kaler grey dan scallop khemah kaler biru grey. Then, masa abah saya cakap dengan tokey catering tu.. katanya kalau alas meja kaler grey tak cantik sebab nanti nampak gelap dan kain yang diorang dah ada tu kaler grey kusam. And vendor tu cakap letak alas meja kaler biru. Pastu my dad pun okey aje..
Adusss.. 

Harap-haraplaa decor untuk bawah khemah saya nanti somthing come out yang macam kat bawah ni..

 

Kadang-kadang saya stress tau dengan my parents ni. Kan dah tau kaler tema ialah biru-grey so jangan laa pulak cakap kat vendor katering tu "tak kesah lah kaler ape yang ade.." adusss!! watnyer vendor letak kaler hijau?? kan dah lari tema.. ~haisshh~
my mom pun sama... "lantak lah kaler ape  pun..tak kesah laa" adusss!!
Saya suka somthing different. Tak nak buat yang sama macam kenduri orang lain. Tapi sometimes diorang ni obses dengan kenduri lain yang diorang dah pegi...
Nak buat juga sama macam kenduri orang lain.
Contohnya.. saya nak buat decoration cenggini.. pastu mama mesti cakap "tok sah dok mengarut sangat laa kakak, tak penah di buat orang" hayooo!! orang tak penah buat laa kita buat. Pastu saya kata nak letak bunga atas setiap meja.. abah cakap sambil senyum.. "alahh tak payah laa kakak.." ~huhu~
Sedis dan stress sekejap hokey..
{sessi luah perasaan kejap}

Okey back to story.. :)
Harap-harap vendor catering nanti dapat hias khemah tu seperti yang saya nak.. Nasib baik lah vendor catering tu kawan abah. And saya dah mintak tolong dari diorang supaya tolong hanging somthing kat bawah khemah tu. Somthing yang saya maksudkan tu ialah..
--
--
--

secret!! sesape yang dah tau tu.. jgn pecahkan rahsia yer  :)

Sunday, February 12, 2012

Persediaan Majlis Bertandang

Gambar sekadar hiasan

Hari nie nak cerita pasal persiapan pihak lelaki untuk majlis bertandang.
Actually untuk majlis bertandang akan ada dua pasangan pengantin. Me & Mr. sallehudin also abang ipar we all dan pasangannya..  :)

Bakal abang ipar saya ni pelik sikit. Katanya untuk kenduri tu nanti dia tak nak bersanding. Ok fine.. Pastu Mr. Sallehudin cakap kat dia.. "kita share duit laa untuk upah fotographer" Pastu dia cakap tak payah pakai fotographer laaa.. hayooo.. So tak kan laa me& mr. sallehudin nak hire fotographer dan dia tak nak? nanti tak kan diorang nak tengok aje kami posing ambik gambar dan dia tak posing?? ~huhu~
So, me & Mr. salleh decide tak payah hire fotographer. Panggil aje sedara mara tolong amik gambo. Dah..abis cerita...

Bakal mak mertua saya ni teringin sangat nak ada pelamin untuk majlis tu nanti. Bukannya untuk bersanding pun tapi sekadar untuk  berdiri dan nak ambik gambo aje.. Then.. saya pikir-pikir balik.. why not pelamin untuk majlis bertandang biar saya yang provide? Lagi pun after kawen ni im planning nak continue business sewa pelamin kan... Maksudnya disini, saya perlu sediakan barang keperluan untuk buat pelamin. Hokey.. Pelamin yang simple pun ok kan.. dan nanti pelamin tu boleh open for rental :) 

Saya dah bitau bakal mak mertua juga.. nanti saya nak letak candy buffet dan choc fountain jugak kat majlis bertandang. Mak mertua I memang sukaa.. ~hikhikhik~ tapi dengar cerita adik-adik ipar nak order aiskrim servis jugak.. Tak kisah laa kan.. boleh menambah kemeriahan dan tetamu pun mesti suka dan pulang dengan kekenyangan.. ~hikhik~

So far.. itu aje kot sponser yang saya provide. Owhh.. ada guest book juga nanti yer. Itu pun saya buat. Kalau sempat saya nak buat fabric handbouquet juga untuk saya dan bakal kakak ipar..  :)

Sunday

Hi and good morning..
Pagi hari Ahad yang damai dan tenang. Esok pagi Isnin yang bosan, tak de mood, stress dan bla bla..
Semalam dah siap buat cookies.
 
 cookies dalam oven

Pagi ni nak buat apam polkadot pulak. Before that.. saya senaraikan beberapa list remeh yang kene setelkan before 16 March.. uhukuhuk..

:: Uncang - belum siap
:: Item 2 dan item 3 untuk goodies beg. Item 1 dah beli
:: Guestbook belum binding
:: Foto-foto belum print
:: Backdrop katil - DYI belum siap
:: Backdrop untuk meja pengantin - DIY belum siap
:: Bantal nikah belum beli
:: Decoration item untuk pelamin belum beli
:: Lantern belum beli
:: Dessert for candy buffet - beli seminggu sebelum majlis
:: Botol kaca for centerpiece tak cukup lagi
:: Bunga untuk letak dalam botol kaca takde lagi
:: Food label & food signboard
:: kasut nikah, sanding & bertandang belum beli
:: Fabric handboutquet belum buat
:: Canvas printing & easel belum tempah
:: Baju untuk flowergirl pun takde lagi
:: Edar kad jemputan tak habis lagi
:: Baju nikah, sanding, bertandang - tak tau ape citer
 
Banyak lagikan.. ~uhukuhuk~

Sape boleh tolong saya buat burung nie?  :)

Friday, February 10, 2012

Aktiviti Esok dan Lusa

~wee~
Hai semua dan salam Jumaat. 
Mood : Lega sebab baru lepas apply cuti kawen. Seminggu lebih gak laa.. itu belum apply untuk cuti pegi honeymoon lagi. tak tau laa sempat or tak honeymoon. Mr. sallehudin sibuk memanjang. 
Esok cuti ~yeayy..~
Rasanya esok adalah weekend yang sibuk.  

Sabtu ::
::Pagi-pagi kene teman Mr. Sallehudin hantar kereta die nak repair kat Gombak. Kereta dia ada problem lagi..
::Nak buat Elmo fancy cookies 30 pcs ada orang tempah. Hopefully siap cepat sebab petang tu kalau sempat nak fotoshoot tudung / selendang untuk Dyhaniey Chantek :) Ape tu Dyhaniey Chantek? My online boutique yang baru. di sini
::Malam..nak siapkan dIY-ing yang belum siap lagi.. ayoyo.. pening..

Ahad ::
::Pagi Ahad nak wat 50 biji apam polkadot. Dah siap semua coll customer datang pick-up kat Puncak Perdana. Customer tu order sekali Elmo fancy cookies.
::Lepas cusotmer pick-up boleh laa edit dan upload pic dalam facebook...  :)
::Malam.. jomlah kita tidur.. 

Well...
See the picture below. Diorang ni wat post-wedding tema picnic. This concept yang saya menggila nak buat for my pre-wedding. Tapi tak tau laa sempat or tak sebabnya Mr. Sallehudin asyik busy aje.. kalau tak sempat shoot lepas kahwin laa jawabnya...


Owh.. sape diorang ni? ~hahaha~
Yang lelaki tu my cousin. Diorang baru aje kawen bulan December lepas..
Gila cantek kan view ni.. menangis tengok.. ~huhuhu~
Props tu semua diorang buat sendiri. Diorang ni memang kreatip :)

Wednesday, February 8, 2012

Teaser : Pelamin Sanding

Salam semua..
Seingat saya rasanya tak pernah lagi saya cerita in details about my future pelamin kan.. My pelamin I think so simple aje. Firstly memang ingat nak DIY tapi rasanya macam masa tak cukup dan tak sempat. saya boleh bayangkan beberapa hari sebelum majlis tu mesti saya sibuk lari sana lari sini tak pijak tanah.

okies...
Im booking pelamin include sekali dengan dua kali mekap. Sebab apa saya tak booking baju? Nanti saya ceritakan kat next entry. Saya bitau kat makcik butik tu yang saya nak pelamin yang simple dan saya nak add on beberapa item mengikut citarasa saya. Item tu saya akan provide sendiri. Lagipun makcik tu tak ade barang-barang yang saya nak untuk letak kat pelamin. Makcik tu ok aje lagipun dia kawan to my mama.

After booking pelamin dan dua kali mekap.. korang tau tak berapa kos yang saya kene..? Only RM800 saja. Alhamdulilah. Saya rasa berbaloi kot. Dan saya dah bayar deposit RM100. Owh.. untuk pengetahuan, butik pengantin tu di Bagan Serai yee.. 

Disebabkan ruang rumah saya sempit maka ruang untuk letak pelamin agak terhad. Saya cuma pilih pelamin 1 panel saja. Dan saya juga ada buat sketch dan remarks untuk beberapa point tertentu. Cerita details pasal pelamin saya akan cerita dalam topic review..iaitu lepas saya kawen nanti yer.. sekarang ni topic teaser pelamin.. hahaha...


Kalau boleh pelamin saya tu nanti saya nak letak white consule table. yang kecik pun tak pe janji ada consule table. Yang simple pun ok. Yang macam dalam pic kat bawah ni pun tak pe...

Ataupun consule table yang macam pic kat bawah ni. Saya nak cari yang murah-murah aje. kat mana yer ada jual consule table yang murah-murah? Ada jugak masuk beberapa kedai perabut tapi harganya macam tak best jer.. mahal. Ataupun boleh kot pergi cari kat kedai second hand? kalau takde kaler putih, kita boleh cat kaler putih kan..  (^_^) Tapi sape pulak yang nak cat tu.. ~haha~
My kerusi untuk pelamin pun simple jugak. Lebih kurang macam ni aje. Lagipun kalau kerusi macam ni boleh duduk dekAT-DEKAT ~HAHA~


Ada item yang saya sudah beli dan ada jugak item yang saya belum beli lagi.. Hopefully sempat laa nak hunting semua item pelamin kan..

Untuk pelamin majlis bertandang pula, insyaallah saya akan provide pelamin tu. maksudnya disini pelamin tu nanti adalah pelamin dari saya sendiri.. taraaa... because after wedding, im planning nak mulakan business sewaan dan decoration pelamin. Insyaallah.. mintak-mintak semua berjalan lancar..

So.. tu serba sedikit cerita pasal pelamin saya..  :)

Monday, February 6, 2012

38 Days To Go And Job Pending

Hi everyone...  
Selamat menyambut Maulidur Rasul dan Selamat Hari Thaipusam. Mesti esok Batu Caves jammed ~ehe~

Haaa.. kalau uolls nak tau tinggal 38 hari lagi saya akan bergelar puan. Banyak lagi benda-benda yang tak siap hokey. Helpppp.. ada sesape nak tolong tak? ~huhuhu~

Saya senaraikan semua kerja yang perlu diselesaikan before 16 Mac. Yang besar-besar tu alhamdulilah dah siap. Tinggal yang kecik-kecik aje lagi. Bila siapkan list.. maik aiihhh.. banyak lagi rupanya.. :)

:: Uncang - belum siap (nak habiskan kain yg ada, tak kisahlah kantiti)
:: Item 2 dan item 3 untuk goodies beg. Item 1 dah beli
:: Guestbook belum binding
:: Foto-foto belum print
:: Backdrop katil :: DYI belum siap
:: Backdrop untuk meja pengantin - DIY belum siap
:: Bantal nikah belum beli
:: Decoration item untuk pelamin belum beli
:: Lantern belum beli
:: Dessert for candy buffet :: beli seminggu sebelum majlis
:: Botol kaca for centerpiece tak cukup lagi
:: Food label & food signboard
:: kasut nikah, sanding & bertandang belum beli
:: Fabric handboutquet belum buat
:: Canvas printing & else belum tempah
:: Dan macam-macam lagi idea yang datang last minute

okies.. untuk menenangkan hati kita tengok aje beberapa decoration idea for vintage theme :)

Sumber pic: google

Sunday, February 5, 2012

Balik Kampung Hantar Barang

Salam..
Saya sudah sampai kampung. Yer.. pulang sebentar untuk menghantar barang yang super-banyak tu. Kesian Mr. sallehudin sebab menggunakan kereta kesayangan beliau yang baru aje keluar workshop-sebab buat cat baru sebagai delivery transport dari KL ke Perak. Nanti I blanje makan cendol kat Kuala kangsar nak? ~hehehe~

Okies.. mula-mula kita backdate story dulu yer...
Last weekend, hari Sabtu me and mr. Sallehudin pergi Nilai. Ingat tak saya ada cerita kat sini.. So we all pun pergi Nilai sebab nak ambil barang yang telah di order. Barang tu sebenarnya barang untuk buat door gift. Semuanya 1500pcs. Tapi mama pesan suruh buat penambahan lagi 500. Auntuie kedai tu cakap lagi 500 tu ada tapi sudah tak ada kotak. Its ok. Im belasah aje lagi 500 tu. On that day kitorang pergi Nilai cuma naik kancil aje sebab kereta Fiat kesayangan Mr. Sallehudin masuk workshop sebab nak servis dan cat baru. Gila tak gila kitorang.. 1500 pcs barang tu di packing dalam 8 kotak dan ada 1 guni besar. Kami sumbat semua tu dalam kancil. Yang lagi 500 pcs penambahan baru dah tak boleh muat kereta kancil. Maka keesokan harinya-Ahad kami pergi lagi sekali ke Nilai untuk ambil lagi 500 pcs. ~hahaha~ Nasib baik laa Shah Alam ke Nilai tak jauh sangat. Tenkiu mucuk a.k.a Mr Sallehudin sebab memandu ke Nilai..

Then hari ni.. nak hantar semua barang-barang tu balik ke kampung di Bagan Serai. Kali ni we all menaiki kereta Fiat Mr. Sallehudin. Dia cakap.. "Dah mcm lori I tgok keta I ni. Ermmmm kita beli lori nak tak?" hahaha.. then I reply.. "Bole gak... Senang wat bisness.."   :)

Kat bahagian bonet kereta

kat seat belakang 

Sampai aje kat kampung, my mama dah pening kepala tengok barang banyak sangat. Habis semua dah memenuhi ruang.

Ada jugak tudung saji masuk dalam pic ni. 

Kesebukan telah bermula. Ada lagi banyak barang yang belum dibawa balik ni. Tak tau lah bila pulak nak balik kampung lagi. kalau nak kira-kira lagi 40 hari aje lagi majlis akan berlangsung. Tapi banyak jugak lagi barang-barang dan DIY-ing yang belum siap.. Aduss.. bila nak siap ni???

Saya balik kampung satu malam saja. Isnin dah nak balik ke KL semula sebab Mr. sallehudin nak terbang ke Labuan hari Selasa. Outstation lagi...  huhu..

Friday, February 3, 2012

Kisah Bridesmaids Lagi

Hai semua,
Minggu ni kita dapat cuti empat hari lagi kan..  :) sabtu hingga Selasa.
cuti-cuti Malaysia lagi.. horeyy..

Kepada B2B yang nak tawen cuti sekolah bulan depan dah tentu empat hari cuti ni akan digunakan dengan sebaiknya.. Macam saya jugak.. haduii.. banyak mende yang belum beres lagi ni..

Saya amatlah bersusah hati sebabnya salah sorang kawan saya yang dah confirm untuk menjadi dayang terpaksa menarik diri sebab faktor kesihatan. Kesian dia.. sekarang saya cuma ada dua orang saja yang confirm untuk jadi my dayang...hmmm.. so kat sini saya nak offer sesiapa B2B yang berminat untuk menjadi dayang semasa majlis nikah saya nanti... plsss... Ada dua tempat kekosongan aje lagi..sebab uniform untuk dayang memang saya dah sediakan. Kain pasang aje laa.. so uolls sudi-sudikan laa untuk hantar kat tailor kain untuk baju tu..

Actually tak susah pun untuk menjadi dayang saya.. cuma sanggup mengambil cuti pada hari Jumaat sebab hari nikah saya ialah hari Jumaat lebih kurang pukul 3.30pm.. Insyallah.. Kemudian selepas majlis nikah.. petang tu nak pergi sessi fotoshoot.. itu aje  :)

Plss.. sesiapa yang sudi nak tolong saya.. just tinggalkan komen or email me aje..

credit pic : google

Wednesday, February 1, 2012

Kad Jemputan Dah Mula Diedarkan

Selamat hari Wilayah..
Saya cuti hari ni sebab my office dalam daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Maka.. dikesempatan itu saya pun menggunakan masa yang ada untuk menghantar kad jemputan.
Memanglah awal lagi tapi disebabkan saya mungkin akan kesuntukan masa in future, so saya gunakan waktu cuti yang ada tu untuk edar kad jemputan. Tapi tak de laa banyak sangat yang dah dihantar kad. Just hantar pada member office yang terdahulu. Sebelum ni saya kerja di dua buah company aje. Tempat kerja saya sekarang adalah company ketiga. :)


So batch pertama dah selamat distributed. Yang lain-lain tu, saya akan edarkan pelan-pelan ok..
Kepada semua pembaca blog saya yang ingin hadir ke majlis saya nanti di Perak bolehlah emelkan alamat korang ke sweetheartstories@gmail.com  okies  :)