Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Tuesday, January 31, 2012

Teaser : DIY Uncang Wangi

Hai semua...
Saya MC hari ni.. selsema yang teruk dan sakit dalam mulut. Ingatkan bengkak gusi tapi doktor cakap ada jangkitan kuman kat kelenjar air liur.. hmmm...
Seharian duduk di rumah adalah sangat seronok. Boleh tengok Wanita Hari Ini, kemas rumah, siapkan DIY thingy yang tak siap lagi, memasak dan tidur...  :) Alangkah seronoknya lepas kahwin boleh buat aktiviti macam ni. Kalau boring sangat buat kuih lepas tu pergi hantar kat makciks or kakaks yang meniaga kuih petang-petang. Ataupun buat apam polkadot untuk letak kat kedai-kedai makan.. 'cool'kan..  Jangan tak tau.. dulu saya pernah buat kuih dan meniaga di pasar Ramadhan..

Okies.. sebenarnya nak teaser sikit. Uncang yang masih belum siap masih dalam proses menjahit dan mengemaskini.. 

Uncang ni nak distribute masa majlis nikah. Sesape yang datang masa majlis nikah dapat satu uncang wangi. Tapi uncang ni buat tak banyak laa, lebih kurang dalam 100 hingga 150. Kalau kemampuan lebih wat sampai 200.. ~phewww~
Walaupun saya ni langsung tajde kemahiran menjahit tapi alhamdulilah menjadi jugak uncang ni.  :)

-tata-

Friday, January 27, 2012

Moody dan Side Income

Assalamualaikum..
Tiba juga hari Jumaat yang dinanti-nantikan. Mood hari Jumaat ni memang lain sikit. Happy lain macam boleh hilang segala stress sepanjang minggu kerja tu.. ~hikhikik~
Tapi pagi tadi saya memang agak moody. Tengah bersiap nak pergi kerja, lepas tu cari anak tudung tak jumpa.. memang hangin betul. Habis semua baju kene campak..semak jugak laa bilik. Dah tak jumpa amik aje anak tudung lain yang saya tak minat nak pakai tapi terpaksa pakai jugak. :p

Pagi yang sangat moody..  :p
Saya terlalu letih. Setiap hari saya akan set alarm. Bunyi alarm akan berbunyi pukul 5.45am. Beberapa kali 'snooze' so pukul 6am saya akan bangun masak air. Rumah saya ni takde 'water hilter' so sayakene masak air sebab nak mandi air panas. Saya tak boleh kena air sejuk pepagi buta sebab nanti saya mudah kene selsema.

Pukul 6.45am saya akan keluar rumah. Singgah kejap kat gerai makcik jual nasi lemak. huhu..
Kadang-kadang saya sampai office pukul 8.30am.. kadang-kadang kalau jammed sangat pukul 9am baru sampai. So bayangkan berapa jam saya memandu? Pagi lagi dah buat saya letih. Saya tak kisah memandu lama-lama tapi sayajadi keletihan memandu dalam keadaan jammed. Saya jadi stress.... Balik kerja pulak keluar office pukul 5.45pm tapi saya akan sampai rumah pukul 7pm. Memang ramai yang cakap 'thats normal KL jammed' Saya tau tapi saya betul-betul tak tahan menghadapi kesesakan melampau hari-hari. Dengan situasi kerja yang selalu menyakitkan hati...

Mungkin sebelum ni saya keluar bekerja bukan waktu kesesakan sebab sudah lima tahun saya bekerja di company yang memulakan waktu kerja pukul 10am to 7pm. Dulu saya tak pernah rasa penat yang melampau. Sekarang ni saya asyik rasa letih dan mengantuk. Macam manalah agaknya situasi lepas kahwin nanti. Mungkin akan jadi double letih sebab perlu melayan suami pula... ~kehkehkeh~

Sebenarnya saya ingin mencuba untuk meniaga online. Tapi tak tahu apa product yang saya nak niagakan. sekarang tengah servey-servey ape yang menjadi permintaan ramai. Sekarang saya ada menjual Chorcoal Skin care..  :) Ada Chorcoal Cleanser, Chorcoal Nose Pack, Chorcoal Make-up Remover, Chorcoal Mask. Juga ada BB Cream. Kalau berminat boleh email saya for order sweetheartstories@gmail.com. Mungkin nanti saya nak cuba meniaga tudung especially dekatnak raya nanti mesti ramai yang nak beli tudung kot kan..  :) atau pun pakaian baby dan kanak-kanak.. mana lagi ok..? hmm..


Owh.. kemungkinan besar dan insyallah, lepas majlis bertandang nanti saya akan memulakan bisness sewaan pelamin dan servis candy buffet dan chocolate fountain. Mungkin juga boleh dijadikan sebagai pakej. nantilah saya work out mende ni yer..  :)

Ok.. I got to go.. ~tata~

Tuesday, January 24, 2012

Skin Care Product

Salam semua..
Sekejap aje dah hari Selasa.. kan.. Bosannya. Bila laa boleh cuti panjang macam ni lagi..
Owhh.. kalau tak silap awal bulan February ni ada cuti empat hari jugak..  :)

Hari nie saya nak share dengan uolls produk skin care yang saya gunakan sekarang.. Mula-mula saya memang tak yakin pada produk ni. Memang tak tahu langsung produk ni dari mane. My friend yang introduce product ni. Die memang menjual product ni. Ramai betul customer yang beli. So saya pun nak try jugak lah keseronokan product ni. Masa saya pakai cleanser tu saya tak perasan sangat keberkesanannya. Lepas tu saya cuba pulak pakai Nose Pack.
 

Sapukan cream nose pack tu kat sekitar hidung. Fungsi Nose Pack ni ialah untuk menghilangkan bintik hitam / bintik putih kat sekitar hidung. Cuma pakai dalam dua puluh minit aje. Kemudian tanggalkan. Selama dua puluh minit tu cream tu akan kering dan bila nak tanggalkan cream tu juz cabut aje cream yang kering tu dari hidung. Kali ni seriessss.. saya baru pakai sekali aje tapi saya betul-betul kagum dengan hasilnya. Seriess tak tipu. Nose pack ni tak perlu pakai hari-hari. Juz sapukan pada hidung dua kali seminggu aje..

Masker pun saya kagum jugak. sebabnya lepas guna mask ni, rasa kulit jadi ringan dan bertambah bersih. Kalau tak percaya cuba uolls beli..  :)

Makeup remover ni macam biasa laa.. kegunaannya untuk menanggalkan make-up. Contohnya macam saya suka pakai eyeshadow dan eyeliner, so bila guna Chorcoal ni memang buang habis semua make-up kat muka tu...

Before this saya tak pernah guna BB Cream. Mula-mula saya tak tau amende laa BB Cream tu.. Seriesss tak tau. Tapi bila dah lama-kelamaan, barulah saya tau BB Cream ni digunakan sebagai alas bedak make up. BB Cream ni memang best sebab nampak muka smooth aje...

Dan sekarang saya pun dah jadi peniaga untuk product Chorcoal ni.  So everything boleh ambil stok dari saya. Harga untuk setiap produk ialah RM18. Kalau beli mana-mana empat product ni, total harga menjadi RM65 belum termasuk pos laju :) Kalau nak beli lima barang sekali gus harga jadi RM90... Kalau berminat nak order juz email me to sweetheartstories@gmail.com

Monday, January 23, 2012

My Checklist Lagi

Hi everyone..
Selamat berhari minggu. kaum cina mesti tengah sibuk siapkan makanan untuk diorang makan besar dengan famili diorang kan.. hehe..
kepada B2B pulak mesti uolss tengah sibuk siapkan DIY kan.. ada juga yang sibuk servey vendor kan..  :)

So.. saya nak update secara random dan rawak tentang persiapan & check list kawen saya dan Mr. Sallehudin yang notty tu.. ~hahahaha~

Untuk pengetahuan semua, tarikh untuk majlis nikah dan majlis sanding saya danmr. Sallehudin dengan rasminya telah bertukar dari 23 & 24 march kepada 16 dan 17 March 2012. Telah diawalkan seminggu. ini bukannya kerama kami berdua dah gatal dan tak sabar nak kawen.. ~huhuhu~ tapi disebabkan pada hari tersebut adik saya yang belajar di MRSM Taiping tidak dibenarkan pulang kerana dia ada kelas tambahan dan seminar kimia. maklumlah orang nak amik SPM tahun ni.. Tarikh untuk majlis bertandang tetap sama iaitu pada 7 April 2012.

1. Tarikh :
Nikah : 16 March 2012 (lepas Asar)

Resepsi : 17 March 2012
Bertandang: 7 April 2012
 
2. Theme & concept:
Nikah : Magenta + Biru Azure + Grey
- Konsep: Arabian
Resepsi : Red + Aqua Blue + White + Grey
- Konsep: Vintage

Bertandang : Green + Brown
- Konsep: Modern

3. Legal documents:
Kursus kahwin: DONE
Hiv Test:
DONE
Borang Kebenaran Nikah: Pending

4. Venue
Nikah : Rumah, Taman Serai Permai, Bagan Serai
Resepsi : Rumah, Taman Serai Permai, Bagan Serai
Bertandang: Dewan Taman Gombak

5. Catering/Canopy
Nikah : Pending
- Menu : Pending
Resepsi : DONE 
- Menu : DONE
- Hidangan Pengantin : DONE
- Khemah : 7 khemah DONE
- Kerusi & meja : DONE
Bertandang: DONE
- Menu : DONE
- Hidangan Pengantin : DONE
- Khemah : 7 khemah DONE
- Kerusi & meja : DONE
6. Pelamin
Nikah : 
-Bantal nikah: Pending
Resepsi : 
-Dais & Decoration: DONE
-Design: DONE
Bertandang: 
-Backdrop : Pending
-Decoration : Pending
7. Photographer
Nikah : DONE
Resepsi : DONE
Bertandang: Pending
Choices of pose: Pending
8. Videographer
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
Bertandang: Pending
Choices of songs: Pending
9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
-Tudung: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
-Veil: DONE (contest dari Non-Cinderella - saguhati)
-Shoe: Pending
-Accessories: Pending
-Baju Melayu: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
Resepsi:
-Dress: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
-Tudung: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
-Veil: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai)
-Shoe: Pending
-Accessories:  Pending
-Groom Costume: DONE (Kak Ngah butik di Bagan Serai) 
Bertandang:
-Dress: DONE
-Tudung: Pending.
-Veil: DONE
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.
-Groom Costume: DONE

10. Makeup
Nikah: DONE (Booking)
Resepsi: DONE (Booking)
Bertandang: Pending


11. Doorgift
Nikah:  DIY - In Progress
Resepsi:  
-Guest doorgift: DIY - In Progress
-Kid doorgift: DIY - In Progress
-VIP doorgift: DIY - In Progress
-Marhaban Group:  DIY - In Progress
-Mentara Group:  DIY - In Progress
-Guestbook doorgift: DONE
- Sticker: DONE ( hadiah dari Nurain - Thanks a lots)

12. Bunga Pahar
Nikah: DONE
Resepsi: DONE (Beli)
Bertandang: DONE

13. Hantaran
Bilangan dulang: 7 berbalas 9
For Cik Mimis:  
1. Notebook
2. Mekap Set
3. Perfume
4. Al-Quran + telekung
5. Jam tangan
6. Kasut + purse
7. 
- To decorate:  FMIL
- Dulang hantaran: DONE
For Mr. sallehudin:  
1. Tab
2. Perfume
3. Skincare Produk
4. Sejadah +Tafsir Al-Quran
5. Kasut
6. Jam Tangan
7.
8.
9. 
- To decorate:  Pending
- Dulang hantaran: DONE

14. Batal Air Sembahyang
Rantai tangan: Pending
15. Invitation Card
Nikah & Resepsi:
-Design: DONE
-Printing:  In progress
Bertandang:
-Design: DONE
-Printing:  DONE
16. Cake
Resepsi: Pending
Bertandang: DONE

17. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah: Jurunikah-Pending
Resepsi: Pembaca doa-Pending
 
18. Handbouquet
Nikah
-Types & colors: DONE Bunga Stokin, sponser by Fieza hantaran. Grey color.
Resepsi: 
-Types & colors: Types pending. Colors RED
Bertandang
-Types & colors: DONE Yellow + green. Artificial HB. 
 
19. Guest List
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
20. MC/Kompang/Entertainment
MC: DONE
Kompang:  DONE
PA system: DONE
CD of songs: Pending
21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids & Bestman: DONE
Resepsi: Bridemaids & Bestman: DONE
Bertandang: bridemaids & Bestman: Pending
Flower girl: DONE  (my cute cousin) 
Dress for bridesmaid: Pending
 
22. Dresses for family
Resepsi:
- My family : DONE
- Mak saudara / sepupu : DONE

23. Bilik pengantin
Katil /almari/meja solek:DONE
Decoration: DIY - In Progress
Cadar katil: DONE
 
24. Signage
Resepsi: 20pcs.
Location: Pending
Design: DONE
Printing: DONE
Welcome sign Pending
  
25. Pre Wedding 
Photographer : Our Selves   :)
- 1st Pre-Weds DONE
- Concept : We are Superman
- 2nd Pre-Weds Pending
- Concept : We are Green & Stylo
- 3rd Pre-Weds Pending
- Concept : Pending
Canvas Printing : Pending
Album Printing : Pending
 
26. Guestbook Corner
Guestbook : DIY - In Progress
Decor : Pending
27. Candy buffet
Favor : Pending
Decor: Pending 

28. Other Decoration
- Vintage Item : In Progress (sedang buat collection)
- Lantern : Pending
- Table Centerpiece : DIY - In progress
- Buy favor for goodie bag - Pending

29. Centerpieces
-Decor item: DIY - In progress (sedang buat collection)

29. Inai : Pending 

Saturday, January 21, 2012

Balik Kampung Dan Happy Chinese New Year

Good morning..
Selamat pagi Sabtu dan Selamat Tahun Baru Cina jugaa... :)
Im on my way nak balik kampung - Bagan Serai
Jalan jammed giler.. Me with my adik keluar dari rumah kat Puncak Perdana pukul 5am tapi sekarang dah pukul 8.30am baru sampai kat Gua Tempurung.. Selalunye we all balik kampung time cenggini dah sampai kat area Taiping.. Takpelah drive safely...

Tadi my mom baru tefon.. We got a problem. Kemungkinan besar tarikh nikah dah wedding akan bertukar!! Sebabnya my adik study kat MRsM Taiping tu tak bole balik rumah on the date yang sepatutnya wat kenduri kahwin tu.. 24/3.. Die ada seminar kimia. Maklumlah tahun ni dia nak ambil SPM... If betul we need to change the date.. Bertambah lagi kerja saya.. Nk kene inform vendor laa pulak. My DIY kad kahwin pun dah print. Aduss..

Petang ni nak ke Butterworth sebab nak beli hiasan dan dulang hantaran yg nak bagi to mr. sallehudin nanti.. Tak nak beli sekali dengan die sebab nanti tak surprise laa kan... :p dulang hantaran dan hiasan dari dia untuk saya pulak ibu dia dah belikan kat Nilai minggu lepas. Tapi ibu pun tak bagi tau kaler ape and hiasan macam mana yang nak antar ke saya. Family dia cakap surprise.. So saya pun nak surprisekan diorang jugak lah.. Ehe...

And of course I miss mr.Sallehudin banyak-banyak.. Tapi hari Isnin nanti dia akan datang dengan ibu dan ayah ke Bagan Serai sebab nak hantar duit belanja...

Okies.. Saya tak boleh menaip menggunakan Ipad adik saya ni lama-lama dalam kereta sebab nanti saya jadi pening nak muntah.. Ehe..
Byee.. Adioss...

Thursday, January 19, 2012

HIV Test - DONE

Salam semua...
Hari nie saya bercuti. yeahhh.. rasa cool aje bila cuti ni. Kebetulan pulak my hanfon batt kong, charger tertinggal kat office maka sangat tenang percutian saya kali ni. kalau idak.. asyik berdering ajee bunyi memang tak tenang.

Hari ni saya buat HIV test kat Kelinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam. Me and Mr. Sallehudin dah buat appointment since last week lagi. Actually kat situ memang ramai juga couple yang datang untuk buat HIV test. Mula-mula sampai isi dua jenis borang. Pertama borang maklumat diri. Tanya pasal kisah sejarah kesihatan diri kita. Borang kedua... hmmm.. ape ntah nama borang tu... tapimacam pic yang kat bawah ni borang tu....


Nak tunggu masuk bilik tempat ambil darah pun tunggu agak lama juga. Sebenarnya saya ni memang jenis penakut. Seriesss.. seumur hidup memang tak pernah ambik darah or derma darah. Tapi suntikan lain tu ada laa... Tembakan kali pertama kat jari tengah ni, langsung tak keluar darah. Saya dah cuak giler ni. Memang muka penakut. Pastu jururawat tu ambil jarum... pap ~ err tak de laa bunyi macam tu. Ini sound effect jer.. bila jururawat tu cucuk sikit jer kat jari tengah tu terus darah keluar meleleh lagi.. huhu...

Saya and Mr. Sallehudin masuk dalam bilik sama. Kitorang amik darah pun meja sebelah menyebelah aje.. Mr. Sallehudin ni notty tau.. sayatanya banyak ke darah kena amik? Dia jawab "adalah satu balang kot." huhh!!!


Gambar diatas jari Mr. Sallehudin. Nak tunggu result pun lama juga. Finally Alhamdulilah. Keputusan adalah negative. Uolls penah terfikir tak.. ape perasaan uolls kalau tiba-tiba kita punya result positif? Tadi ada satu couple ni.. dia pun sama-sama amik HIV test jugak. After result keluar, si perempuan terus keluar da nangis kat kerusi tepi pintu masuk dan si lelaki pula menenangkan si perempuan...


Tuesday, January 17, 2012

Teaser : Kad Jemputan

salam semua.. 
B2B macam mana preparation sekarang? ada bagus? ~hikhikhik~

Hari ni nak cerita pasal kad kahwin saya. Sekarang ni saya sebok sangat print my kad kahwin. Simple sangat. Tak de canggih pun. Hope my mom and dad boleh terima kad kahwin yang simple ni. Lepas print kalau rajin boleh add on somthing pada kad kahwin tu. reben ke.. bunga ke...

Kenapa saya decide nak print a.k.a DIY kad kahwin? Ok.. mula-mula sekali memang saya ada buat servey pasal tempahan kad kahwin ni. Saya selalu pergi ke Pameran pengantin dan selalu tengok design kad kahwin yang diorang wat sample kat booth masing-masing. Memang semua cantik-cantik. Ada yang mahal dan ada yang murah. Sesape yang ada budget lebih boleh laa pilih yang canggih skit.. ~hikhik~  Mula-mula saya pun pening tau nak pilih vendor dan design yang mana satu.. puas tanya pada Mr. sallehudin.. tanya die sama ada nak order dari vendor atau design dan print sendiri... Finally.. saya decide untuk design dan print sendiri...

Untuk design tu memang ambil masa lama juga. Sebab saya ni bukan pandai dalam desing mengdesign ni. Apatah lagi nak guna fotoshop laa apee la... :)  So, saya design laa slow-slow.. pikir-pikir.. saya design guna power point ajee.. ~hakhak~ for information kad kahwin untuk sebelah pengantin lelaki juga saya yang design. Dah siap design tapi belum print lagi...

Kertas saya beli kat kedai di Brickfield. nama kedai pun saya dah lupa tapi kedai tu depan jalan besar. Jenis kertas Ivory 230gsm warna putih. Nak print pun satu masalah jugak ni. Nak beli cartridge harga bukan murah. Satu cartridge warna harga dekat RM60. Beli dua cartridge pun tak cukup. maklumlah printer saya pun bukan printer laser jet. Finally saya bawak 100 keping kertas dan print kat office. Nak print kat office pun kena tengok-tengok jugak. Takut manager ternampak print kad kahwin guna mesin fotostat kat office. Kecoh pulak nanti kan.. ~huhu~

TARAAAA..  :) My simple kad kahwin. Sangat simple. Bahagian depan corak-corak,bahagian belakang ayat-ayat jemputan walimatulurus. Tapi peta tak masuk pulak dalam kad tu. So, saya print dalam kertas lain. Satu kertas A4 ada enam keping peta. Pastu kena gunting lah peta tu ok.... Siapa yang nak gunting sampai 1000 tu? Sape lagi kalau saya tak kerah Mr. Sallehudin tolong gunting kan.. ~hahaha~


Cuma sekarang saya kering idea macam mana nak combine kad jemputan tu dengan peta. tak kan nak stapler aje kan.. tak cantik pulak. So.. pleaseeee bagi idea..  :)


Ahaksszz.. ok saya nak continue memotong kad jemputan.. ~chow~