Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, October 28, 2011

Esok Pameran Pengantin

Salam semua..
Jumaat tiba lagi. Pada B2B mesti tak sabar-sabar nak pergi Pameran Pengantin kat Shah Alam kan..  :) Saya pun macam tu jugak. Rasa macam malam ni jugak nak pergi serbu. Ehee.. Bukannye apa.. ingat tak entry lepas saya ada bitau yang saya masuk contest anjuran Style-Wedding? Ahaa.. saya tak menang pun tapi diorang bermurah hati bagi saya voucher RM50 sebab saya sudi joint contest tu.. ehehe.. best kan  :) So sekarang saya tak tau nak order ape dari Style-wedding untuk gunakan voucher tu. Kalau tak guna voucher tu rasa rugi pulak...

Apa planning hujung minggu uolls? Rasanya saya tak ada apa-apa planning selain ke pameran tu ajee.. Owhh.. tentang design DIY kad kahwin saya.. emmm.. saya belum buat lagi. Ahakksz!! Okey, saya janji saya akan gigih meng'design' dansiapkan by this week jugak. Lepas tu boleh beli kertas card dan boleh print pastu touch-up. Ohoo tak sabar rasanya.. Wish me all the best  :)

Oyaya.. Happy Deepavali pada readers India.. ade ke? ehe.. Cuti Deepavali lepas, saya masak pulut kuning. hoyeyy.. this is my 1st time buat pulut kuning. Nasib baik jadi. So pulut ni saya bawak bekal dan hantar ke future MIL. Saya jumpe future MIL kat rumah mak teh Mr. Salleh kat area Shah Alam. Terasa laa kembang jugak sebab diorang puji pulut kuning & rendang daging yang saya masak tu sedap sampai menjilat pinggan. Ahaha.. Paling bangga sekali mestilah Mr. sallehudin sebab semua puji bakal isteri die pandai masak.  (^_^)  yor lahhh..   :)


Then, sempat jugak saya dengan MIL dan bakal biras & bakal adik ipar pergi servey barang-barang kahwin. Err.. kat satu kedai ni. Nama kedai tu CT.. err somthing laa.. tak hingat pulak. Nanti saya pergi lagi saya snap gambo depan kedai ye  :) Wahh.. eksited giler sebab kebanyakkan barang kat kedai tu jual pada harga yang amat murah.

Please imagine.. gelas vintage yang macam pic kat atas tu.. dah banyak kedai saya pergi servey. Semuanya harga RM1 sebijik. Tapi kat kedai tu harganya RM0.70 sebijik. Dan boleh kasi murah lagi kalau kita beli dengan kuantiti yang lebih seribu. Murah tak? Or uollss ada jumpa kedai jual peralatan kawin dengan harga yang lebih murah dari kedai ni? kalau ada kongsi-kongsikan laa infor  :)

Yeahh.. saya adalah pengantin budget. saya tengah planning untuk DIY somthing. Hmm.. sempat tak nak kumpul barang-barang tu sampai bulan tiga ni.. Ini project rahsia. Tak boleh bitau lagi. Tengoklah kalau mood baik.. i will share dekat blog ni.

Okeylah. got to go now. Selamat ke Pameran Pengantin ye..  :)

p/s: Atas sebab tertentu, patutkah saya menutup akaun fb saya yang ada sekarang? hmmm...



Sunday, October 23, 2011

Tentang DIY Kad Kahwin & Cupcakes

Salamzz semua..

Apa khabar uolss? macam mana weekend kali ni? Kepada b2b ada yangdah boleh potong wedding check list ke? Ehee..  :) owhh.. korang dah gosok baju blom? Esok kan kerja.....
My weekend.. ok-ok aje. Last nite saya pergi tengok show Secret Life of Nora. Not bad tapi nantilah up entry pasal TSLON ni. Gambar pun belum upload dari dalam kamera lagi. Siang tadi saya ke Gombak. Kononnya nak pergi dentist nak buat second treatment.. tapi klinik gigi tu tutup pulak. Masa my 1st visit, katanya hari Ahad klinik tutup pukul 5pm. Siang tadi saya sampai depan klinik pukul 3pm.. tapi pintu tutup rapat berkunci. Haisshh.. cane nii? Ape cer???

Siang tadi juga saya dengan Mr. Sallehudin ada ber'diskuss' design yang macam mana untuk kad jemputan kahwin kami nanti iaitu majlis resepsi? Banyak juga idea yang timbul.. Nak macam itu laa macam ini laa.. And finally keputusan diambil. We need paper yg tebal.. err.. yang sesuai untuk buat card laa kan  :) Dolly paper juga   :) dan sedikit hiasan tambahan contohnya macam reben etc. Hiasan tambahan ni aje yg tak tau nak letak ape. Tapi insyaallah will finalise very soon. Ayat yang nak tulis dalam kad pun dah ada idea cuma nak design, pastu pegi beli paper dan print. So.. siapa yang nak design ye? Saya ke? Kalau orang yang amatur dan zero knowledge pasal design tapi nak juga buat design.. nak guna perisian apa yang sesuai? Kalau guna power point.. boleh ke? Owhh.. untuk pengetahuan semua I need to DIY 1000 pcs invitation card hokeyy!! Dan my target hujung bulan December or awal bulan January 2012 nak siapkan. Sempat tak ni??

Then siang tadi juga saya dah jumpa brown paper beg dan white paper beg.Sempat juga check harga. RM4 untuk satu pek ada 100pcs. Kalau beli 10 pek harga akan jadi RM3.90 untuk satu pek. Itu untuk brown paper beg. Untuk white paper beg harga kalau tak silap dalam RM6.20 hmmm.. tak sure plak baper sen tapi memang enam ringgit ++ White paper beg ni saiznya besar sikit dari brown paper beg. Paper beg tu akan diisi dengan beberapa item lain. Kemudian hadapan paper brown tu nak ditampal dengan sticker. Sticker yang di sponser oleh Ain (tenkiu byk2) sebab dia menang kuiz kat Urban Vibe. Tapi dia dah kahwin  pun so dia hadiahkan 1000 pcs sticker kat saya. (tenkiu lagi..so sweet). Dan lagi Ain willing to sponser lolipop coklat for my VIP Goodie beg. (timer kacih lagiii muahhszz). Die bisnes coklat online ekcelli.. kalau nak order coklat dari dia kindly contact blog dia  :) Nurain

Ok.. mata saya dah agak berat. Nak type pun asyik salah spelling aje. Sebenarnya nak promote my very little own business.. Saya menerima tempahan cupcakes untuk pelbagai acara..Macam-macam.. ada order nak buat hantaran, birthday party etc. Juz visit Sweetheartstories for more infor. Then, ada servis terbaru - Candy Buffet.

Sila menjamu mata tengok cupcakes dibawah. Ini tempahan terbaru yang diterima. Kebanyakkan tempah untuk majlis tunang  :)




Orait.. nak tido dah ni... tangan menulis sambil menutup mata..  zzZZzzzzzzz....

Saturday, October 22, 2011

Contest : Free Kad Kahwin Pameran Pengantin

Hye semua.. hows ur Saturday? 

Tak pergi jalan-jalan ke? :) Malam nanti saya & Mr. sallehudin nak pergi tengok The Secret Life of Nora. Tonite is last show. Saya dah beli tiket dari minggu lepas lagi tau. Punyer laa bersemangat nak tengok citer ni. Sebab tiket asyik sold out aje kan.. So malam ni will see kehebatan TSLON...

Owh.. kawan-kawan semua.. saya nak mintak lotong sikit. Saya join contest FREE KAD KAHWIN dari Style-Weddings. Tapi contest berasaskan sape LIKE paling banyak. Kalau bab like menglike ni saya memang lemah sikit tapi cuba aje. Manalaa tau rezeki kan...

So.. kawan-kawan semua, jom laa tolong saya menang dapat 1000 keping kad kahwin percuma. Banyak tu 1000 keping. Boleh jimat dekat RM400++ kot....


Vote & LIKE kat link ni...


Jasa kalian amat saya hargai. Sekian terima kasih.


p/s: saya tengah buat macaron. Tak tau la jadi or tak. Percubaan kali kedua  :)

Thursday, October 20, 2011

Bilik Pengantin Yang Sweet

Heylow semua.. Apa khabar?? yeahh.. Saya nak update blog nih  :)  Saje saya tak update since Isnin sebab my last entry tu ada karangan untuk contest yang saya joint. So nak bagi penganjur contest senang baca dan kalau boleh kesiankan laa kat saya.. bagi laa saya menang.. hikhik.. kalau tak dapat hadiah pertama pun tak apa.. dapat hadiah kedua atau ketiga pun dah bersyukur.. ehee  :)

Owhh.. lupa nak bagi tau.. saya menang contest Spread Love Contest anjuran Fieza . Bukan menang jadi juara tapi dapat tempat ketiga. Okey lah kan.. dapat hadiah ' Bunga Stokin untuk Hand Bouquet'. Fieza suruh pemenang coll.. tapi saya belum coll pun dia lagi. Lepas update blog saya coll dia  :)

Sebenarnya saya nak cerita tentang gambar bilik pengantin kat bawah ni. Tengah meng'google' tetibe plak nampak pic ni kan.. Cantikkan interior design bilik pengantin ni. Nampak sweet ajee




Saya planning pun nak buat macam ni jugak lah. Tapi rasanya tak de masa kot nak cat dinding bilik. Sape lah yang nak tolong cat.. Abah mesti sibuk dengan kerja. Mama pulak asyik tak larat ajee.. huhu.. so biarkan aje dinding bilik warna putih. Cadar katil maybe warna grey cerah or biru laut or merah.. hahaha..

Yang penting saya suka hiasan frame gambar kat dinding kat kepala katil tu. Kat dinding kiri dan kanan katil pun nak letak frame jugak. Yeahh.. Frame border hitam ok jugak sebab dinding dah warna putih. Gambar-gambar boleh pilih dari kitorang punyer pre-wedding done by kitorang sendiri.. (faham tak maksudnyer? kalau tak faham baca entry foto-shoot kat Genting Highlands..hehe)

Tapiiii.. tak tau lah idea ni mampu terlaksana atau tak. Sebabnya my mama ni ada aje idea yang dia nak buat. takut nanti dia nak letak kelambu kat kepala katil tu macam zaman dolu-dolu.. haisshh..

Monday, October 17, 2011

Contest : My Dream Veil Contest By Non-Cinderella Story

Salam semua..
Sebelum balik kerja.. saya nak tulis karangan sikit.. sebab nak masuk contest 

Saya suka sangat veil yang macam dalam gambar dibawah ni. Material dari kain chiffon, tak kisahlah bahagian depan dahi tu nak 'patch' dengan lace or jahitan manik. Asalkan mesti nak ada lebih-lebih sikit di bahagian dahi.

Veil macam ni saya nak gunakan sewaktu majlis akad nikah sebabnya veil ni semacam kena dengan tema ala-ala Arab gitu. Selendang /tudung saya akan menggunakan shawl biasa tapi ditengah-tengah dahi letakkan kerongsang kecil sebagai hiasan.

Memandangkan tema warna untuk majlis akad nikah saya nanti ialah grey.. seharusnya veil berwarna grey juga  :) Tak perlu veil yang terlallu panjang.. cukup sekadar sampai pada aras pinngang  :)  [bahasa saya kurang menarik ke? hikhik]  Owhh.. seronoknya kalau saya dapat mengenakan veil idaman saya pada hari pernikahan nanti..  (^_^)

Kalaulah Non-Cinderella Story dapat memenuhi impian saya... alangkah bestnyerrrr   :)

Ok.. cukup lah karangan contest saya pada hari ini.. Sekian terima kasih  :)

Saya nak tag sape yer... hmmm..

http://asyikinirish.blogspot.com
http://kasut-pink.blogspot.com
http://nurain82.blogspot.com

Friday, October 14, 2011

Restaurant & Food Review : Gulam Mee, Kota Damansara

Hye everyone..
Hari ni nak buat restoran & food review. Jom kita pergi makan-makan kat Gulam Mee.
Actually restorant ni dah beroperasi rasanya dalam tiga or empat tahun lepas since saya stay kat damansara lagi. Then, saya pindah ke Serdang kedian pindah balik tinggal di area Kota Damansara. Tapi saya bukan tinggal kat Kota Damansara yer.. :)



Kalau dari tepi jalan kita boleh nampak restoran ni memang cantik. This is my first time saya pergi makan kat situ. Konsep kedai ni bukan makan dalam kedai. Sama juga macam konsep kedai mamak yang lain buka & susun meja kat luar kedai. Gulam Mee pun sama juga. Tapi tempat terbuka tu ada sediakan bumbung. Macam ala-ala medan selera gitu.... dan ada beberapa gerai berasingan jual nasi lemak, satay, ais kacang & cendol, rojak etc..


saya memang teringan nak makan maggi goreng. tapi sampai kat Gulam Mee terus order rojak mee & cendol. Mr. Salleh pula order maggi goreng & teh tarik. Tak tahu laa nak cakap servis kat sini ok or tak.. sebabnya my order sampai lambat sangat. Tak tahu laa sama ada tokey rojak tu lupa my order or memang order banyak saya kene tunggu turn.. huhu...
 

Know watss?? Maggi goreng memang sangat sedap. Seriess.. Next time kalau datang sini saya nak order maggi goreng pulak. Sebabnya rojak kurang enak.. ~ehehe~ Dalam maggi goreng include udang, ayam (tak banyak sgt) & telur goreng. 


Tak tau lah kenape yer.. rojak tak menepati citarasa saya. Tapi tak tahulah citarasa u'olss kan..
 
Yeahh.. kami makan dengan selera sangat sebab dats day sebenarnya kami baru balik dari Jengka. My brother  bertunang dengan orang Jengka.. So yang benar-benarnya kami baru balik dari rombongan meminang.. dan sangat lapar.. ~ ehe..~    :)


Owhh..ada satu gerai ni tengah bakar otak-otak. Teringin pulak nak rasa. Lima pcs for RM3. Im sorry again.. sebabnya otak-otak tak berapa sedap. Rasa macam kurang garing. Saya suka yang rasa garing dan betul-betul masak. but yang ni tak garing.   :(


Sebenarnya tepi Gulam Mee tu ada mini flea market. Tak banyak gerai pun. Adalah dalam tiga or empat gerai aje yang jual baju budak-budak, tapi satu gerai tu ada jual macaron & macaroni bakar. Sebut pasal macaron, saya cadang nak buat macaron by next week lah. Dulu dah buat sekali tapi tak menjadi. Ini yang kali ke dua. Bukan senang nak buat macaron ni yer.....

Wednesday, October 12, 2011

DIY Di Tempat Kerja

Hye B2B and all my blog readers. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni. Blog saya tak lah glemer macam Ben Ashari ke.. Jejari Runcing ke.. Cik Epal ke.. hikhik (^_^) Tapi saya memang suka ber'blog'ing...

Jam dah hampir ke pukul 5pm. Lagi 45 minit baru habis kerja. Normally tepat pukul 5.45pm saya akan bergegas menuju ke lif dan turun ke level 2 tempat parking kereta. Huhh!! Semenjak kerja tempat baru saya memang excited nak balik rumah memanjang. Haisshh. Tambahan lagi perjalanan dari office ke rumah ambik masa 1 jam. Sangat letih.. hokeyy!! Sebelum ni memang tak biasa bekerja dalam tempoh office hour dari pukul 8.30am to 5.45pm. Dah hampir enam tahun saya bekerja dalam waktu kerja 10am - 7.00pm. Rumah pun dekat dengan office. Tapi kali ni kerja di tempat baru.. saya akan menempuh tol Jalan Duta setiap hari.. Saya stress. Seriesss stresss!! Dulu drive kereta waktu balik kerja pun still maintain dengan tudung masih di kepala. Tapi kali ini, start enjin kereta dan tekan pedal minyak kereta tu.. terus tangan pun tarik nak buka tudung. Im sorry.. saya tak boleh nak maintain tudung di kepala sambil drive dalam keadaan yang sangat jammed. Saya pun tak tau apsal jadi macam tu.. (*_*)

Tapi saya masih sanggup kerja di tempat baru ni sebab tawaran gaji adalah sangat berpatutan dan kerja paper work pun tak banyak. Tak perlu nak buat minit mesyuarat.. Yang paling penting.. sempat lagi update blog dan DIY mini box.. hahahhaha..


Actually kat office ni saya dapat banyak sangat kad raya tahun dulu-dulu si budak-budak office ni nak buang. Then, diorang tanya kat saya nak tak kad ni semua sebab boleh DIY jadikan mini box. YESS.. why not?? So petang bila dah tak de kerja tu bolehlaa lipat kad tu jadikan kotak. BEstkannn..?

So my planning is kotak-kotak ni nak buat sebagai gift untuk kids. Mybe nak letak gula-gula ke.. tengoklah dulu apa yang sesuai...   :) okies.. nak continue sambung DIY mini box 
~Tata~

Monday, October 10, 2011

Masalah Warna Tema Lagi

Hye B2B and all blog readers. Happy Monday blues again and again...

Apa khabar semua. How's your weekend? Hope everything ok kan..  :) 
Kepada B2B pula.. macam mana wedding progress korang. Harap berjalan lancar lah yer.. Ada sesape sempat pergi Pameran Pengantin kat Jusco AU2? Saya tak sempat nak pergi ke pameran tu sebab saya dan keluarga serta Mr. Salleh sendiri telah melalui hujung minggu kami di Bandar Jengka. And Mr. Salleh cakap kita akan pergi tengok Pameran Pengantin kat Shah Alam Convention Center hujung bulan ni. Okey Dear.. I keep your word.. hehehe...

Hari Sabtu lepas sebelum saya bertolak ke Jengka, saya singgah sekejap kat rumah bakal MIL. Borak sekejap dan we make appointment nak pergi sama-sama tengok barang kahwin kat Shah Alam, 26/10 ni. Kata ibu kat Shah Alam ada satu kedai jual barang dan peralatan nak kahwin dengan harga murah. Ok.. nanti kita pergi yer..

Sebenarnya.. ini bukan tajuk utama entry blog saya hari ni.. Tajuk utama yang saya nak cerita ialah masalah memilih kaler tema.. AGAIN & AGAIN!!  Mula-mula saya dengan Mr. Salleh dah sepakat nak pakai baju untuk akad nikah kaler grey. Dan baju sanding lavender purple. Dan pula tema untuk majlis resepsi saya tu royal purple & grey. But.. ibu informed me that, Aisyah.. my bakal biras a.k.a bakal kakak ipar pun akan menggunakan tema purple juga untuk majlis kenduri dia nanti. OWHH NOOO!!. Meaning warna tema kenduri resepsi saya dan dia adalah sama. Tak sangka pula dia pun nak pilih warna purple sebab masa majlis bertunang die hari tu pun dah pilih warna purple. So barulah saya tau dia ni memang drastik dengan kaler purple. So.. I think I should have to change my theme color again. Sebab saya tak nak sama warna dengan dia. Nanti jemu pula rombongan lelaki tengok warna purple. Dah laa majlis dirumah Aisyah pada 10.03 dan saya pula 24.03.. berselang dua minggu aje...

Nasib baik laa preparation tak buat lagi. Tak ada barang yang dibeli lagi. Baju pun belum tempah lagi. So.. ada peluang untuk tukar theme color lagiiiii!! Yess.. memang betul cakap Mr. Salleh.. selagi belum sampai tarikh kahwin selagi itulah saya tak tetap pendirian nak tukar kaler tema.. hihi.. "Betul laa U cakap Dear....."

Semalam ada diskuss dengan Mr. Salleh kaler apa yang nak guna untuk resepsi ni? So saya back to warna yang saya pilih mula-mula dulu... BLUE. Tapi dulu saya nak Azure Blue. Tapi kali ni saya tengok macam cantik pulak Tiffani Blue  :)

Cantik tak combination Tiffani Blue + Yellow + White. Sesuai tak dengan konsep Vitage saya nanti? Plss.. peninggg!!

Ataupun combinasi Tiffani blue + red?
Cantik jugakkan dua kombinasi blue & red ni. Lebih terang dan ceria


Pleaseee.. bila laa nak finalized pasal wedding color ni.. hohoho... Any idea tak?

Sunday, October 9, 2011

Restaurant & Food Review : Restoran Kunang-Kunang

Sunday morning..
Korang dah mandi ke? almaklumlah hari Ahad kan....

Dah lama blog ni tak de food review. So kali ni jom kita jalan-jalan kat Kunang-Kunang Restaurant. Hiasan restoran ni memang cantik berkonsepkan taman..


His menu: Beef Fillet Ala Cubana: Grilled to perfection served with sweet corn in hot milk, fries and a choice of mushroom and black pepper sauce. Tapi Mr. salleh pilih mushroom sauce. Daging memang lembut dan sedap.

Her menu: Cajun Chicken Chop : Pan seared marinated chicken served with potato wedges, sautèed seasonal vegetables and BBQ sauce. Memang nama pun agak pelik sikit. Cajun.. dah macam Kajul pulak  :)  Tapi for me yang paling saya suka potato wedges memang sangat sedap. Jarang dapat jumpa rasa potato wedges yang macam ala-ala manis.


Harga kat restoran ni pun tak lah mahal sangat Tapi berpatutan dengan suasana kedai dan keenakan makanan yang tersedia. Sesiapa yang nak cuba boleh aje datang ke restorant ni LOT 5730, JALAN LINGKARAN TENGAH 2, 68100 GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN. Kedai ni buka setiap hari dari pukul 5pm hingga 1am...

Friday, October 7, 2011

We Are Superman

Yeahhh..
Finally berjaya masukkan gambar. Korang ingat tak baru-baru ni saya ada cerita pasal saya & Mr. Salleh amik gambo kat Genting Highlands. Kameraman kitorang pulak camera DSLR yang kami setting sendiri.. hihihi. So bila we all beraksi depan camera semua orang akan tengok gaya kami bergambo depan camera tu..


Inilah sebahagian gambar kami yang telah diedit oleh Mr. Salleh. Tema kitorang ialah 'We Are Superman'. So pic yang telah diedit ni we all akan hantar kat kedai gambar untuk buat album storybook. So nanti album tu boleh letak kat 'Guest Book Corner' nanti.... tak sabar nak buat album. Mr. Salleh pun nak edit gambar tunang kami yang masih diperam dalam laptop & belum edit nak antar buat album lagi....


 Ini Sebahagian gambar kami aje. Tak kan laa nak upload semua kan.. hikhik.. Nanti kitorang nak pergi ambik gambo lagi tapi guna tema lain pulak..  Nantikan...


Esok saya ikut rombongan meminang adik saya ke Jengka..

Thursday, October 6, 2011

Goodie Bag Saya

Hye semua...
U know watss.. saya sentiasa menunggu kedatangan hari Jumaat sebab saya dah tak sabar untuk melalui hari Sabtu setiap minggu. Sabtu adalah hari yang penuh keriangan dan penuh keindahan.. Cewahh!!  :)

Jom.. cerita tentang hal kahwin. Sebenarnya saya sedang berfikir-fikir perihal goodie bag. Berapa kkuantiti yang diperlukan untuk membuat goodie bag. Barang apa yang nak letak dalam beg tu. Berapa kos yang nak disediakan. Apa pulak yang nak diberi pada tetamu kanak-kanak. Untuk tetamu VIP lagi.. Pening saye.. :]

Tapi walau ape pun saya cadang nak DIY untuk goodie bag tu. Saya akan gunakan brown paper bag. Err tau kan brown paper bag tu cane kan.. Saya tak upload pic tau sebab malas. ~huhu~ Lepas tu kat brown paper bag tu saya tampal sticker. Sticker tu saya akan DIY dan print sendiri juga. Then, letak reben saja. Untuk paper beg tu saya perlu buat 1000 unit. Woww!! DIY mini box pun belum siap lagi.. 

Oleh sebab itu.. saya perlukan pertolongan Mr. Salleh membantu saya untuk menyiapkan semua kerja ni. hihi.. Tapi tadi baru lepas coll my mom. Dia cakap jemputan adalah 2000 orang. Watsss??? Banyaknyerrr.. Tak kan nak siapkan Goodie Bag 2000 unit jugak? Ayooo.. Barang yang nak letak dalan goodie bag pun.. tak kan nak order smpai 2000 jugak? tolong sayaaa.. sesape org yang ada pengalaman boleh tolong bagi idea..? 

Lagi lima bulan nak majlis tapi satu mende pun blom prepare lagi. Minggu ni pula adik lelaki saya nak bertunang. So pergi Jengka pulak. I think kene buat schedule laa untuk setelkan semua progress ni. 

Okeylah.. saya tiada mood untuk mengarang sekarang. Nanti continue.

~Tata~


Monday, October 3, 2011

Official Photographer

Hye semua..

Apa khabar? Monday blues lagi  :)
Saya nak update sikit tentang official photographer (OP). Sebelum ni saya ada buat servey tentang photographer. Servey kat Pameran pengantin Ampang Point dua minggu lepas, then Pameran Pengantin kat Stadium Melawati Shah Alam 3 bulan lepas. Semuanya melampau-lampau harga. Ada hasil yang sama dengan citarasa saya dan ada juga yang tidak menepati piawaian saya.

Owhh.. sangat pening nak pilih. Dah tentu nak pilih yang murah tapi hasil yang berkualitikan..? huhu.. 
Semalam Mr. Salleh ajak saya pergi servey photography servis kat rumah kawan dia. Actually kawan dia ada buat servis ni. So.. saya tengok hasil-hasil yang dibuat. Agak so and so laa. Tapi harga yang dia offer sangat teruja. 

Untuk majlis nikah dan sanding + unlimited shoot + 2 buah storybook + frame saiz...(ape ntah, x hengat) + CD all picture + outdoor shooting + banner.. = RM ****  wowwww andd wowwww!!

okey lah. Saya pasrah. Booking aje lah dia. Tapi saya ada bagi tahu dia gaya dan skill yang saya suka. More tu candid. Tak semestinya fokus dekat pengantin tapi tetamu yang hadir pun nak juga fokus. Segala item-item DIY pun saya nak abadikan dalam album jugak..  :)

I have to stop. Nak balik cepat. Sebab malam ni nak tengok Tayangan Perdana Al-Hijab kat e-Curve.

~tata~

Sunday, October 2, 2011

Pindah Lagi

Hi semua..

Weekend yang hectic. Hari Jumaat malam saya berangkut barang nak pindah rumah baru. Janji dengan lori pukul 9 malam. Tapi ntah macam mana sebab driver lori tu ada job lain.. pukul 12 tgh malam baru sampai. huisshh.. bayangkan.. 


Rumah lama kat Taman Equine tu pulak apartment tingkat tiga. Mengah + sakit sendi tulang jugak laa mengangkat barang-barang. Bayangkan.. diorang angkat barang sampai pukul 3am. Kemudian dari Taman Equine nak ke kawasan perumahan yang baru lagi.. 


Lebih kurang pukul 4.30am baru siap selesai semuanya. Nasib baiklah kali ni tak duduk rumah apartment or flat lagi. Kali ni townhouse pulak.. Rumah tu akan didiami oleh saya. Kemudian selepas kahwin akan didiami pula oleh saya dan suami.. ecehh..  :)

okies.. Adios   :)