Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Thursday, September 29, 2011

Contest - Photobooth Idea Kreatif

Mula-mula saya tak tau apalah mendenyer fotobooth tu. Penting sangat ke nak ada fotobooth kat kenduri kawin.  Selepas membuat rujukan melalui beberapa blog, tertarik pulak dengan idea fotobooth ni. Apa yang penting kita kena suaipadankan dekoration foto booth tu dengan majlis yang diadakan. Terjumpa pulak blog Photobooth Corner ada buat contest. Tergediks-gediks saya nak join. Esok pulak tu tarikh tutup penyertaan. Harap boleh menang. Jom buat karangan lagi.. ~hihi~




Saya suka photobooth yang simple dan sweet. Macam gambar kat bawah ni :-


Cuma background yang warna pink tu harap boleh ditukar mengikut tema seperti warna grey atau putih terus. Kemudian gantung frame gambar saya dan bakal suami. Dalam empat hingga enam frame yang simple tapi cute. Kerusi dan meja dalam gambar tu tak perlu. Cuma letak satu meja panjang dan atas meja tu boleh letak hiasan vintage seperti typrewriter lama atau radio lama macam gambar kat bawah ni  :)


Yeah.. lepas tu boleh laa letak props lain seperti papan hijau macam gambar dibawah :-


Sweet tak?  (^_^)

Okey.. itu aje idea kreatif photobooth saya. Harap berhasil dan dapat menang contest anjuran photoboothcorner

Contest - Spread LOVE Contest

Yeahh.. dari last week nampak Spread LOVE Contest kat blog B2B.. Pastu try masuk blog yang anjurkan contest ni. So sweet hasil kerja tangan dia. Sebab itu saya terus klik FOLLOW kat blog hantaran Fieyza dan LIKE fanpagenya. Rasa teringin pulak nak masuk contest. Sebelum ni tak pernah pulak rasa hati nak join mana-mana contest kan... Jom kita buat karangan..


Saya anak sulung dari empat beradik dan adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Saya tahu parents saya memang bersungguh-sungguh nak saya kahwin cepat. Tapi nak buat macam mana kalau dah jodoh belum sampai, tak kan nak tangkap muat aje kan... Finally, saya jumpa lelaki idaman hati saya yang saya yakin dialah yang akan menemani kehidupan saya hingga akhir hayat. Percaya atau tidak... Insyallah saya akan mengakhiri zaman solo pada usia lewat 20an dan masuk angka 30an.. hihihi.. betul tak tipu pun..  :)

Sekarang persiapan perkahwinan saya sedang dijalankan memandangkan lagi enam bulan akan ke tarikh bahagia itu  ;)  Saya memang punyai impian perkahwinan sejak dari dulu. Saya mahukan majlis untuk akad nikah bertemakan Arabian. Dari segi pakaian saya hanya mahukan yang simple, baju kurung moden pun sudah memadai tapi sebelum upacara membatalkan air sembahyang, saya nak menutup muka seperti pakaian wanita Arab tu. Its look so sweet. 

Untuk majlis resepsi pula, saya impikan tema Vintage. Berpakaian warna Ungu Lavender.. Saya dapat bayangkan betapa cantiknya warna itu. Ketika menyambut pengantin lelaki sampai dan berjalan menuju ke pelaminan sambil diiringi dua orang flower girl dan berlatarbelakangkan lagu-lagu yang menjadi kenangan kami berdua. Alangkah lagi bergaya jika saya sambil memegang bunga tangan Dip Rose dari Fieyza pasti saya kelihatan seperti seorang puterikan..? (ehehe..) Persandingan kami akan disaksikan oleh semua sanak saudara dan rakan taulan. Saya dan bakal suami serta keluarga akan mengiringi ucapan terima kasih dan memberi perghargaan kepada mereka yang sudi hadir dengan buah tangan yang pasti akan menjadi kenangan sampai bila-bila. 

Bagaimana dekorasi majlis resepsi yang saya impikan?Majlis resepsi saya bukanlah di hotel mahal lima bintang atau di tepian tasik. Mungkin hanya dihadapan rumah dan kehadiran tetamu yang menjamu selera hanyalah dibawah khemah. Tapi saya mahu pastikan setiap tetamu yang hadir akan merasa selesa sambil menikmati hidangan kenduri kahwin dan manisan di sudut candy buffet. Khemah berwarna putih dan 'royal purple' dihiasi dengan lantern warna warni yang digantung di sekeliling khemah. Untuk mereka yang menghadiri dan sama-sama berkongsi kegembiraan pada hari bahagia saya, dialu-alukan untuk menulis sepatah dua kata di dalam 'guest book' yang saya sediakan nanti..  :)

Hantaran juga menjadi keutamaan di majlis bersejarah itu nanti. Memandangkan majlis akad nikah itu nanti bertemakan Arabian, saya membayangkan hantaran juga mempunyai konsep-konsep Arab. Kalau tak dapat 100% konsep Arab, dapat 10% konsep Arab pun jadilah  ;) 


Saya mendokan supaya makanan katering pada hari itu adalah mencukupi dengan bilangan tetamu yang hadir dan yang penting lauk pauk semua sedap.  :)
Harapan saya supaya semua sanak saudara & teman-teman yang sudi berkongsi kegembiraan dengan saya pada hari itu berpuas hati dan selesa menghadiri kenduri kahwin saya nanti.

Sekian terima kasih.

Yeayy.. itu aje karangan saya pada hari ini. Harap boleh menang, kalau tak dapat tempat pertama, menang no dua pun jadi lah..  :p

Ini gambar ketika majlis bertunang saya pada 9 Julai 11. Saya bersantai di depan mini pelamin sambil menunggu ketibaan rombongan lelaki yang agak lewat...


Rasanya semua dah lengkap kot mengikut terms & condition Spread LOVE Contest. Sekarang saya nak tag minimum 5 blog yang terpilih. Mereka ni semua dalam proses persediaan nak kahwin. Terimalah..

http://asyikinirish.blogspot.com
http://kahwinbetulbetul.blogspot.com
http://pink-orange-theme.blogspot.com
http://2012-mainkahwinkahwin.blogspot.com
http://ezatuleliza.blogspot.com

Satu Hari Di Hari Rabu

Heylow everyone to B2B sekalian and all my blog readers..  :) 
Thank you sebab sudi datang membaca kat blog saya yang tak seberapa ni.. ~hiii~
Nak tau tak semalam saya pergi mana? Sebenarnya planning nak ambil EL sebab Mr. Salleh baru balik dari Singapore. So kitorang cadang nak habiskan masa bersama. ~ecehh~.. Tapi tiba-tiba malam sebelum nak EL tu saya dapat sakit gigi yang paling azab dan tak boleh nak gambarkan camner.. Menggigil tahan sakit. ~tuii~  
So, keesokan harinya saya call office dan bagi tahu saya nak amik EL sebab sakit gigi dan nak pergi jumpa dentist tengah hari, dan kemungkinan dapat MC. Tu aje dialog saya...

Tapi sebenarnya.. saya & Mr. Salleh awal-awal pagi lagi dah bertolak naik Genting Highland. Subuh dah sampai atas tu.. ~kahkahkah~ Saja nak rasa kesejukan Genting Highland awal subuh. Banyak pic yang kami snap. Tapi sekarang ni kemudahan saya nak upload pic kat dalam blog adalah terbatas. ~pheww~  Kami bawa DSLR kitorang sorang satu. Pastu Mr. Salleh siap bawak kaki camera. Then.. u know wats.. kami bergambar mengalahkan ala-ala buat pre-weds pulak. ~hahaha~ Then, saya dapat idea, kalau pic yang kami snap tu kami pilih yang tercantik dan terbaik kemudian hantar kat mana-mana kedai gambar untuk buat storybook. Boleh kan? Dah jimat disitu..maybe.. hmmm. Kebetulan pulak kami pakai baju t-shirt design yang sama...  :)

Banyak kedai-kedai kat Genting.. macam Esprit, Giordano, etc tengah buat sale. Kalau shopping sekian-sekian amount then dapat rebate laa.. itu laa ini laa.. Mr. Salleh & saya sangat terpengaruh dengan tawaran tu. Maka Mr. Salleh telah membeli dua helai seluar jeans dan sehelai t-shirt Giordano untuk saya.. ~hohoho~ thanks Dearrrrrr...  muahssz   :)  Almaklumlah kebanyakkan jeans saya dah tak muat nak pakai disebabkan jisim badan saya mencanak-canak naik. Mr. Salleh pun ada beli t-shirt untuk diri sendiri. Kami pilih same color jugak..  :) Kaler hijau. Then, we decided nak pakai baju tu untuk ambik gambar kat Bintang Walk. Konon-konon nak buat pre-weddings jugak. Tapi tak ada cameraman. Kitorang setting sendiri kamera tu.. hahahha.. Budget sungguh kami berdua ni.. 

Tiba-tiba dapat call dari Mama. Dia bagi tahu cost sewa dewan agak tak masuk akal. Sewa dewan 1 jam RM40, nak pakai stage yang dalam dewan tu pun harga lain. Sewa kerusi meja pun harga lain. Pastu upah orang nak kemaskan dewan lepas majlis pun harga lain. Hmm... nanti abah akan finalize lagi sekali macam mana....

Turun dari Genting Highland, tiba-tiba pulak Mr. Salleh rasa tak sedap badan. Menggigil seram sejuk nak demam. Destinasi seterusnya ke Klinik Pergigian Rosman. Konon-konon nak tampal gigi yang sakit tapi doktor cakap gigi ni dah tak boleh nak tampal sebab bila saya sakit gigi urat tu dah sampai ke kepala.. tu sebab bila sakit gigi, kepala pun sakit sama. Err.. macam tu lah lebih kurang yang saya faham. Tapi takut pulak nak cabut gigi. So saya mintak buat rawatan akar-matikan saraf. Tapi cost mahal sikit laa.. Rawatan akar kena buat tiga kali. Ada dua kali lagi treatment. ~haishh~
okeylah.. tiba-tiba rasa lapar pulak.. 
~Daaa~

Monday, September 26, 2011

Servey Di Pameran Pengantin

Hye all B2B and all readers..
Monday blues again. Damn!! Im so tired this morning. Bangun pergi kerja pun lambat hari ni. Betul-betul keletihan sebab semalam kena kerja. Anak BOSS punye birthday kat Alexis Bistro. Penat giler weii nak handle anak-anak Dato' & Tunku yang memang tak reti bahasa & tak makan saman ni.. haiss!!

Sebenarnya nak cerita yang last Saturday saya pergi pameran pengantin kat Ampang Point. Saya pergi sorang-sorang aje memandangkan Mr. Salleh outstation kat Singapore. Tapi esok dia dah balik KL. Yeahh!! I miss him so muchhh.. Semua booth saya singgah dan servey harga. Booth butik pengantin, booth fotography service dan booth kad kahwin. 

Untuk booth butik pengantin saya tak berapa interested sangat sebab memandangkan semuanya bagi harga yang tak dijangka. Saya sekarang dalam dilema. Sama ada nak tempah baju resepsi & nikah kemudian simpan atau sewa aja baju-baju tu. My mom cakap juz sewa ajalah memandangkan lepas ni siapa lagi yang nak pakai baju tu. Dan nak simpan sampai berulat kot baju tu.. ~huhu~ Tapi saya juga ada discuss dgn Nilam Boutique tentang harga dan design. Tentang baju ni kene hold kejap tapi kalau boleh dalam tempoh dua minggu ni kena settlekan untuk baju. Tempoh enam bulan ni bukan satu jangka masa yang lama dah ni.. Masa sangat singkat.

Then, saya servey harga-harga untuk kad jemputan. Hari tu my mom kalut sangat suruh tempah kad jemputan awal. Macam mana nak tempah, tempat nak bersanding pun belum confirm lagi. Buat kat dewan or rumah..? abah pun belum pergi tanya & booking dewan pun lagi. hmm.. Tapi saya paling berkenan kad jemputan yang harga RM0.30 sekeping. Very simple. Buat apa nak buat kad mahal-mahal tapi at last kad tu orang buang jugak. So Im decided untuk tempah 1000 keping kad jemputan biasa dan 100 keping untuk VIP card. harga untuk sekeping VIP card RM1.50. So kalau 100 keping sama dengan RM150. Kedian untuk 1000 keping kad 30 sen tu jumlah keseluruhan RM300. Total kad biasa dan kad VIP cuma RM450 sahaja. Owh.. saya akan cerita pasal harga ni dalam entry Budget nanti yer..  :)

Then servey pulak kat booth fotography service. Saya minat betul nak shoot untuk pre-wedds. Ada satu vendor ni.. bagi harga RM1500 untuk 1day snap session pastu story album. Jenis album pun menarik. Untuk snap shoot masa majlis akad nikah & sanding nanti, Mr. Salleh nak cuba tanya kawan dia dulu.. sama ada kawan dia tu boleh bagi good price atau tak...

okies.. saya nak buat budget kahwin jap.. 
~tata~


Thursday, September 22, 2011

Its Thursday

Hye all..
Its Thursday and weekend is just around the corner. Horeyyyy!!
Tapi tak horeyy sangat laa sebab Sunday saya kena kerja full day. Owhh shit!! My BOSS ada buat birthday party celebration untuk anak-anak dia. Dan the invitation pun sangatlah 'gah' semua pangkat Dato' & Datin and also macam-macam Tunku.. Lunch Party kat Alexis Bistro @ The Garden. Tak tau lah sama ada sempat or tak saya nak ambil gambar. Kalau ada.. will upload sikit dalam blog yer  :)  Me and sorang lagi assistant kena jaga budak-budak masa diorang main game. huhhh!! Saya boleh main game skali tak?? Game kat Laser Tag Mid Valley  :)

Owh.. lagi dan lagi.. 
5 days to go. Mr. Sallehudin nak balik Malaysia lagi lima hari. Miss him so much and much... Kat sini ada few pic..suruh saya masukkan dalam blog ni.. wokey Dear... 

 Itu Eye On Malaysia.. Tapi kalau kat Spore.. Eye On Singapore kot.. 

 Yeahh.. my lovely fiance. Katanya dia tak de selera nak makan kat S'pore so perut dia dah susut sikit.. katanyaaa.. ~huhu~

Wahh.. saya kagum tengok building ni. Nampak macam kapal tersangkut kat tiga bangunan ni. 

Saya nak pergi sana... but pleaseeee settle my PTPTN first. Im pembayar tegar..!! ~ahakszz~

Monday, September 19, 2011

Tarikh Yang Di Pilih

Yuuhuuuu...
Hye & Good Morning semua.. kepada B2B, yang bukan B2B, my silent reader dan semuanya lah...

Monday blues lagi. Terus terang saya cakap yang saya amat bosan kerja kat sini. But I have to work sebab saya dah promise dengan Mr. Sallehudin nak sama-sama bantu dia cari wang untuk majlis kahwin kami. Lagi satu sebab saya nak settlekan instalment kereta saya yang tinggal lagi beberapa bulan jer tu... juga.. nak bayar duit PTPTN.. huhuhu.. Cepatlah masa berlalu. Saya sangat-sangat malas nak kerja makan gaji sekarang ni. Saya nak teruskan impian untuk berniaga..  (^_^)

Hari-hari Mr. Salleh telefon saya dari Singapore. Katanya rindu sangattt.. Next time kalau dia pergi out station lagi dia nak bawa saya sekali. Sebab tak lah dia susah hati saya sorang-sorang. Macam mana pulak laa saya nak ikut..kan saya ni bekerja.. ececehh... Dia cakap kalau ada rezeki lebih dia nak saya jadi suri rumah. Owhh.. saya  tak sanggup kalau duduk dirumah takde kerja. Sekurang-kurangnya saya nak buat somthing untuk dapat duit poket sikit  :)  Majukan perniagaan cupcakes. Mr. Salleh pun suruh saya continue bisness saya dalam bidang andaman & decortion pelamin. Owhhh tenkiu my Dearr.....

Well.. Saya dah tau tarikh nikah dan majlis resepsi saya  :)
Majlis Akad Nikah : 23.03.2012
Majlis Resepsi : 24.03.2012
Majlis Bertandang : 07.04.2012

Kalau nak tau my D.O.B : 25.03.......
Ahaaa... tiga hari berturut-turut tu hari penuh bermakna.. Insyaallah.. 
Mudah-mudahan segala apa yang dirancang akan dipermudahkan olehNya...

Lokasi majlis akad nikah, abah cakap dibuat kat masjid lepas Asar. Majlis resepsi pulak tak sure lagi. Tapi kalau boleh buat di dewan kat Taman Serai Permai tu untuk keselesaan tetamu yang datang.. So.. abah kena pergi booking kat Pejabat Daerah cepat-cepat. 

DIY saya pun dah start. Mini paper box. Target nak buat 100pcs tapi baru siap 30pcs. Lepas tu nak hias & letak reben lagi. Ambil masa jugak kan... huhu.. Hopefully 100pcs box tu boleh siapkan dalam minggu ni, lepas tu baru boleh letak reben hias. Then, boleh DIY benda lain pulak kan...

Oklah.. saya tak tau nak menulis apa lagi disini.... Kalau ada idea saya menulis lagi.. 
Adioss..

Thursday, September 15, 2011

Kerja, Kahwin & Future Planning

Hye all & Good Day to everyone..   :)

Yupss.. since saya dah start bekerja ni dah jarang sangat saya dapat update blog. 
Bangun tido pukul 6.15am. Mandi & bersiap, dalam kol 7.10am dah keluar rumah menempuh jammed kat atas jalan raya. Kalau bernasib baik, pukul 8.10am dah sampai office. Kalau nasib tak baik,8.35am pun belum tentu dapat sampai office. Kadang-kadang tu darah naik ke kepala juga bila kaki dah lenguh tekan break & clash ~huhu~

Okies.. let we talk about my wedding. Finally dapat juga tarikh wedding. Tapi tak boleh nak umumkan sekarang sebab ada beberapa hal yang nak confirmkan dulu. Contohnya tarikh, masa dan lokasi akad nikah. Resepsi nak buat di dewan atau pasang khemah depan rumah. Semua tu abah akan confirmkan dalam masa terdekat ni. So, bila dah confirm semua baru la syok nak umumkan.. betul tak..  :)

Fikiran saya berserabut. Tak tau nak start dari mana ni. Semalam ada diskuss skit dengan NILAM regarding my baju nikah & resepsi. Baju untuk bertandang no idea nak buat macam mana.. Maybe will discuss dengan my bakal biras pasal baju. Sebab me & bakal biras akan sanding bersama untuk majlis bertandang nanti.

MUA pun belum dapat lagi. Tapi hari tu dah ada coll dua tiga vendor untuk MUA di Bagan Serai. Rate harga yang diorang offer RM250 untuk mekap bersanding. Itu kalau MUA datang rumah. Tapi kalau kita yang pergi mekap kat kedai harga RM150. Wahh beza RM100 tuuu...

Now.. talk about our future planning pulak.. hikhik.. semalam me & Mr. Salleh dinner kat KFC dan kitorang borak-borak.. dia cakap mungkin dia akan dapat offer kerja di overseas and he ask me okey tak kalau kita berhijrah ke UK? wowo jauhnya.. For me, boleh ajee "kemana U bawak I ofcoz I akan ikut U.." hikhik.. Then, kalau ada rezeki & berhijrah kesana.. saya pun dah ada idea apa yang saya nak buat kalau tinggal sana nanti sebab dah tentu saya akan menjadi suri rumah sepenuh masa...   :)

Owh.. Mr. Sallehudin pergi Singapore for two weeks..  ~sediss~ nanti mesti rindu..

Saturday, September 10, 2011

Sendiri Jadi MUA

Selamat ber'open house'
Hari ni confirm ramai yang penuh perut sebab pergi open house rumah kenkawan kan.. Saya pula tengah sibuk cari MUA area Perak ni.. Google tapi takde pun. Tapi saya dah email sorang MUA ni.. dari Alor Setar. Tak tau laa die boleh datang sampai ke Bagan Serai or tak.. Hasil mekap dia pun cantik jugak.. Saya berkenan.. 

Saya macam malas nak mekap sendiri untuk my wedding nanti.. Takut tak sempat. Kalau boleh kali ni nak suruh orang lain yang mekapkan muka sendiri.. 
Tapi hari tu jiran sebelah rumah kat kampung ask me mekapkan dia masa bertunang hari tu...

 Sebellum mekap..

 Sedang mekap...

 Penghasilan bahagian mata..

 Taraaaa...

Me and bakal tunangan orang..

Actually, saya dah lama tak mekapkan orang nak kawin/tunang ni.. Ada laa dekat setahun lebih dah.. Tengah berfikir.. maybe lepas my wedding nanti nak continue buat servise mekap & pelamin.. Hopefully bakal suami bagi full support dan full modal.. hahahaha...

okies.. stop sini dulu... Macam nak muntah ngadap PC ni lama-lama... adioss..

Thursday, September 8, 2011

Wedding Checklist - 6 Bulan Sebelum Majlis


Yeaazzaaa...
Baru tadi dapat sms dari Mr. Sallehudin, dia cakap kemungkinan besar majlis kahwin kami someday in end of March 2012. Alamak.. dah tak lama lagi kan.. Memandangkan ala-ala lagi enam bulan majlis nak berlangsung, so saya attachkan my wedding check-list untuk korang tengok.. haha.. satu mende pun tak buat lagi kecuali pergi kursus kahwin.

1. Tarikh :
Nikah :To be confirmed
Resepsi : To be confirmed
Bertandang: To be confirmed
(Mr. Sallehudin cakap dalam bulan 3. Date akan discuss hari Sabtu ni)

2. Theme & concept:
Nikah : Magenta + Biru azure 
- Konsep: Arabian
Resepsi : Black + Royal purple + Lavender + Grey + White
- Konsep: Vintage
Bertandang : Green + Brown
- Konsep : Pending
(Yang ni dah confirm. Tak nak tukar dah. Konsep untuk bertandang biar Mr. Salleh's family decide.)

3. Legal documents:
Kursus kahwin: Done
Hiv Test: 
Pending
Borang Kebenaran Nikah: Pending
(takutnyerr nak buat HIV test sebab saya takut kene suntik..huhu)

4. Venue
Nikah : Rumah, Taman Serai Permai, Bagan Serai
Resepsi : Rumah, Taman Serai Permai, Bagan Serai
Bertandang: Rumah Tmn Koperasi Polis / Dewan Tmn Selaseh
(Ini..tak tau nak buat kat rumah or dewan for my side...)

5. Catering/Canopy
Nikah : Pending
Resepsi : Pending
Bertandang: Pending
(Ini.. serah to family. biar diorang yang booking)

6. Pelamin
Nikah : Mini pelamin : Pending
-Decoration: Pending
-Design: Pending
-Bantal nikah: Pending
(Ini.. I will DIY)
Resepsi : Pending
-Dais & Decoration: Pending
-Design: Pending
(ini.. nak servey vendor kat area Bagan Serai. So.. nnt saya akan tambah prop supaya ikut concep)
Bertandang: Pending
(Bertandang.. saya tak tau.. Family sana decide. I follow jerr..)

7. Photographer
Nikah : Pending
Resepsi : Pending
Bertandang: Pending
Choices of pose: Pending
(Ini nak kena servey)

8. Videographer
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
Bertandang: Pending
Choices of songs: Pending
(Ini.. pun nak kena servey kot. Kalau ada budget.. baru boleh booking)

9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: Pending
-Tudung: Pending
-Veil: Pending
-Shoe: Pending
-Accessories:  Pending
Resepsi:
-Dress: Pending
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending
-Shoe: Pending
-Accessories:  Pending
(dress for nikah & resepsi dah discuss with Nilam Boutique. Tapi die boleh wat untuk baju perempuan. How about baju lelaki? Nak kena discuss lebih lanjut. Nilam boleh buat sekali dengan tudung & veil..)
Bertandang:
-Dress: Pending
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.
(Nak pergi cari kain lace/songket untuk hantar tempah.)

10. Makeup
Nikah:  Pending
Resepsi: Pending
Bertandang: Pending
(Nak servey jugak ni.. make-up artist area Bagan Serai / Penang / Taiping)

11. Doorgift
Nikah:  Pending
Resepsi:  Pending
-Guest doorgift on Nikah day: Pending
-Guest doorgift on resepsi day: Pending.
-Kid doorgift: Pending
(Item doorgift untuk resepsi day dah ada idea item yang nak disediakan. Cuma nak servey & beli. Untuk nikah day & kids je belum ada idea lagi)

12. Bunga Pahar/Bunga Manggar/Centerpiece
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
Bertandang:Pending
(Yang ni.. I have no idea.. Kena tanya mama)

13. Hantaran
Bilangan dulang: 7 berbalas 9
For Cik Mimis:  Pending
1. Mas kahwin + gelang tangan
2. Persalinan + tudung
3. Perfume 
4. Al-Quran + telekung
5. I-Pad   
6. Kasut
7. 
 
To decorate:  Pending
For Mr. sallehudin:  Pending
1. Kemeja + T-shirt (Dr. Cardin)
2. Perfume
3. Playbook
4. Sejadah + Al-Quran
5. Kasut
6. 
7.
8. 
9.  
To decorate:  Pending
(Barang hantaran semua kena beli sekali dengan Mr. Salleh. Maybe beli time Mega Sale Christmas)

14. Batal Air Sembahyang
Rantai tangan: Pending
(Ini.. kene warning Mr. Sallehudin pegi beli dengan saya. kang nnt dia konon2 nak wat surprise plak.. )

15. Invitation Card
Nikah & Resepsi:
-Design: Pending
-Printing:  Pending
Bertandang:
-Design: Pending
-Printing:  Pending
(Tengah fikir sama ada nak handmade card or tempah aje..)

16. Cake
Resepsi: Pending
Bertandang: Pending
(tak tau lagi sama ada nak order or buat sendiri)

17. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah: Jurunikah-Pending
Resepsi: Pembaca doa-Pending
Bertandang: Pending
(Ni.. abah uruskan)
 
18. Handbouquet
Nikah:  Pending
-Types & colors: Pending
Resepsi: Pending
-Types & colors: Pending
Bertandang: Pending
(I have no idea..)
 
19. Guest List
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
(Rasanya macam nak start kumpul dari sekarang)

20. MC/Kompang/Entertainment
MC: Pending
Kompang: Pending
PA system: Pending 
CD of songsPending
(MC dah ada. Kompang abah tolong cari. PA syatem abah tolong cari. CD songs saya carik sendiri)

21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids & Bestman: Pending
Resepsi: Bridemaids & Bestman: Pending
Bertandang: bridemaids & Bestman: Pending
(Sape yang nak jadi pengapit nie???)

22. Dresses for family
Resepsi: His family & her family.
His family: Pending
Her family: Pending

23. Bilik pengantin
Katil: Pending
Decoration: Pending
Cadar katil: Pending
(Nak beli cadar baru. buat curtain baru. Katil tak payah beli baru..)

24. Signage
Resepsi: 20pcs.
Location: Pending
Design: Pending
Printing: Pending
Welcome sign Pending
(Nanti saya DIY yer.. )  

25. Facial/Massage/Inai
Pending
(Inai adalah perlu. Facial pun rasanya perlu. Nanti lah fikir..)

26. Honeymoon
Date: Pending
Location: Pending
Tickets: Pending
Accommodation: Pending
(Ini... sila tanya Mr. Sallehudin)

27. Pre/Post Wedding
Photographer: Pending 
Theme: Pending
Outfit: Pending
Location: Pending
Date: Pending
(Ini nak kena contact classic Bridal house. Nak tanya about my booking for last year valid lagi or tak..)

28. Guestbook Corner
Guestbook : Pending
Decor : Pending
(Ini.. saya akan DIY. Cuma nak cari orang untuk tolong jaga guestbook corner tu ajee)
29. Candy buffet
Favor : Pending
Decor: Pending 
(Ini pun DIY jugak dan akan cari orang untuk hiaskan table candy buffet tu nnt..)