Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Monday, August 29, 2011

29 Ramadhan & Esok Hari Raya

Menu 29 Ramadhan

Rumah Mrs. Salleh a.k.a Cik Mimis
Ketupat daun Palas
Rendang Daging
Nasi Impit
Ayam Masak Merah
Kebab
Air : Sirap Ros

Rumah Mr. Salleh
Rendang Daging
Lemang

Menu hari ini bercirikan pra-hari raya. Memandangkan semua juadah untuk hari raya esok dah siap, makanya juadah berbuka... kita makan aje ape yang ada..

Alhamdulilah.. Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadhan. orang kata Ramadhan ni bulan yang mendatangkan keberkatan dan kemuliaan. Dan ada juga orang kata bulan rezeki. Ini untuk kepada peniaga-peniaga yang menjual barang keperluan raya. Contohnya saya laa.. sebab saya jual biskut raya  ~huu~

Anyway pape pun diharapkan moga kita dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. Esok Syawal pula akan menunjukkan diri.. Semoga segala amal dan ibadah yang dilakukan di bulan Ramadhan akan mendapat rahmat dariNya. Bukan bulan Ramadhan aje.. bulan lain pun kene buat ibadah jugak tauu..

Yeayy esok hari raya.. esok hari raya..

Sunday, August 28, 2011

Menu 28 Ramadhan

Menu 28 Ramadhan

Rumah Mrs salleh a.k.a Mimis @ Bagan Serai
Bihun Sup Utara
Burger Goreng
Cucur Badak
Ayam Goreng
Air : Sirap

Rumah Mr. Salleh @ Gombak
Soto
Kuih Muih

Actually semalam saya request kat mama masak bihun sup masa 1st hari raya. Teringin benor nak makan bihun sup. Tapi mama cakap abah suruh buat soto. Soo.. abah pun bagi cadangan.. buat bihun sup untuk menu berbuka hari ni. dah lama tak makan bihun sup mama.

Memandangkan adik yang bongsu request kat abah beli ayam goreng kat pasar ramadhan, so saya pun request juga beli cucur badak. Tiga biji RM1 aje..


Gambar bawah : pic kat bawah ni suasana berbuka puasa kat rumah Mr. salleh. kat rumah die hari ni semua mak sedara datang rumah. Nak berbuka sesame. Padat & riuh rendah laa tu.. Tengok laa.. penuh meja kan..  :)


My baju kurung raya dah siap. Tapi bile tengok balik baju tu macam kosong sangat sebab kain baju kurung memang plain. kain masa hantaran ari tu.. Im planning macam nak jahit somthing laa kat lengan baju tu.. Esok pegi kedai cari manik skit.. hmm.. tapi ok ke jahit manik??

Saturday, August 27, 2011

Menu 27 Ramadhan & dah Sampai Kampung Halaman

Menu 27 Ramadhan

Rumah Mrs. salleh a.k.a Mimis @ Bagan Serai
Nasi Ayam Madu
Karipap Pusing
Cucur Udang Kuah kacang
Air : jagung & tebu

Rumah Mr. Salleh @ Gombak
Nasi Goreng
Bihun Goreng
Popia Goreng
Air : buah-buahan

Yeahh.. sampai kampung pukul 10.30am tadi. Bertolak dari KL pukul 6am with my adik. Alhamdulilah jalan tak jammed langsung walaupun nampak kereta sangat banyak. Perjalanan lancar..

sampai rumah rehat kejap then buat biskut aiskrim lagiii.. this is order from makciks setaman.. (kawan mama laa ni. Mama klau pasal marketing, die mmg terrer)

Menu berbuka puasa with family ialah nasi ayam madu. Terbaekk mama yg buat.. saya tambah tiga kali.. adik tmbah 3 kali jugak.. hikhik..


Mata saya sudah mengantuk.. Tidue dulu yer...

Selamat Hari Raya (^_^)


Tiga empat hari lagi kita nak sambut raya kan.. Insyaallah...

Dikesempatan in saya dan tunang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini, keluarga dan saudara mara serta semua rakan-rakan yang mengenali kami. Jika ada salah dan silap terkasar bahasa sepanjang perkenalan dan di setiap penulisan blog ini harap dimaafi. Tahun ni saya beraya di Bagan Serai dan Mr. Sallehudin beraya di kampung atuk & neneknya di Melaka. Mudah-mudahan tahun depan kami boleh beraya bersama sebagai suami isteri. Insyaallah... Tahun depan kena baling syiling laa kot tengok nak beraya rumah sape dulu.. ~huu~

Dan terakhir sekali kami berdua ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka yang akan ke jinjang pelamin cuti raya nih. banyak yang nak kawin hari raya ketiga ni kan..  :)

Friday, August 26, 2011

26 Ramadhan & Shopping-shopping Raya

Menu 26 Ramadhan

Bihun Goreng
Cucur Cempedak
Air : Bandung Soda

Itu aje menu yang mampu hari ni.. hikhikhik..
BTW, jalan di KL tadi memang jammed teruk. Saya dari Serdang pukul 4.45pm dan sampai di Gombak pukul 7pm. Cuba kira berapa jam dalam kereta tu? Mengantuk giler masa drive kereta tadi.. Macam nak tertido pun ada jugak. Nie yang bebanyak kereta atas jalan raya tu diorang nak kemana sebenarnye yer? Nak balik kampung ke? Nak shopping ke?
Sebut pasal shopping.. Yeahh finally rasa dah lengkap kot barang-barang keperluan. Baju raya dah setel. Tudung raya pun beli selai aje kat Downtown Bukit Dukong malam semalam. Kasut raya pun dah beli kat Downtown Cheras. Kerongsang pulak dah beli kat Downtown Mines. Cuba imagine berapa banyak downtown yang saya pegi untuk dua malam berturt-turut.. dan yang menjadi mangsa heretan untuk bawak saya ke downtown tu tak lain dan tak bukan my dear fiance.. Tenkiu sebab layan I bershoppong dan window shopping. Kalau boleh semua downtown nak tawaf. Nak tau tak.. cadang tadi nak tawaf Downtown Seri Gombak.. ~hikhik~ Tapi malu nak menyuarakan isi hati kat Mr. Sallehudin... (^_^)

Sebelum pergi Gombak siang tadi singgah kejap kat Jusco Equine. Nak beli kan t-shirt untuk abah & Mr. Sallehudin. I think abah memang padan pakai saiz M and for Mr. Sallehudin belikan saiz L. Nampak besar baju tu..  But.. OMG!! Tak muat hokeyyy baju saiz L.. Saya tengok sekarang ni saiz badan dia makin susut tapi rupanya itu hanyalah pandangan mata kasar saya sajee.. So, saya ajak Mr. Salleh pergi Jusco AU2.. nak belikan dia baju baru.. Kesiann sebab dia tak shopping baju baru lagi. So belilah sepasang t-shirt and sepasang kemeja hitam..  Sukeee tak..????

Owhh.. panjang berjela kot karangan saya ni.. Esok saya dah nak balik kampung. 5.30am dah bertolak dari KL balik ke Bagan Serai with my adik. Doakan perjalanan kami selamat yerr... Selamat balik kampung  :)

Thursday, August 25, 2011

Menu 25 Ramadhan

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Cucur Badak
Cendawan Goreng
Air : Shakira

Hari ni teringin sangat nak rasa nasi kukus kat hujung Taman Pinggiran Putra tu. Gerai nasi kukus ni dah dekat simpang nak masuk Taman Puncak Jalil. Saya pernah lalu beberapa kali depan gerai tu masa bulan Ramadhan ni dan saya tengok orang ramai gilerrr beratur semata-mata nak beli nasi ni. Mesti sedap kot kan tu yang ramai orang beli. So.. I want to try....  Saya tak pergi lewat sangat. Pukul 4pm saya dah pergi beli nasi tu. Nasib baik tak ramai lagi orang yang beratur. Maybe dalam pukul 5pm baru orang dah ramai datang beli..

Saya suka kari dan ayam goreng tu.. cukup berperisa. Cuma ayam tu kurang lembut kalau nak dibandingkan dengan Nasi Kukus yang saya makan kat downtown Mines malam semalam. (will review later).

Sesiapa yang nak mencuba boleh datang beli kat gerai nasi kukus ni. Ok saya bagi sikit direction. Jikan anda dari Kajang / Putrajaya / Puchong sila cari Jusco Taman Equine. Kemudian turn left. Lepas tu jalan terus sampai ke penghujung jalan. Gerai di sebelah kanan  :) . Jika anda dari Serdang / Sg Besi / KL sila cari petronas yg ada KFC. Kemudian anda nampak lambang Jusco then turn right. Jalan terus hingga ke penghujung jalan. Gerai disebelah kanan anda..   :) 


Wednesday, August 24, 2011

Menu 24 Ramadhan

Kuew Tiaw Goreng
Murtabak Daging
Cendawan Goreng
Air Sirap

Semua menu diatas adalah menu dirumah bakal mertua. Singgah sekejap sebab nak hantar tempahan biskut raya kat customer di Gombak.

Kisah 1
Disuatu ptg yg hening ketika kenderaan bersesak2 di 'highway' Sungai Besi... Sepasang pakwe dan makwe dalam kereta menuju ke lokasi berbuka puasa..

Makwe : Sape syg saya korek hidung kt luar kereta....

Si pakwe dengan pantas memberhentikan kereta di tepi highway.. lalu keluar dari kereta dan mengorek hidungnya sambil diperhatikan oleh orang2 sekeliling. Si makwe sangat terharu dengan tindakan si pakwe.. Mohd Sallehudin I ♥ U dear..
Kisah 2
Disuatu petang yang hening ketika perjalanan sudah agak lancar di 'highway' Sungai Besi.. sepasang tunang dlm perjalanan ke suatu tempat utk berbuka puasa..

Si Lelaki : sape sayang saya jerit I LUV U kuat2 kat luar kereta...

Lantas si perempuan yg comey itu terus membuka tingkap kereta dan menjerit dgn kuat.. I LOVE Uuuuuuu..!! Beruntung tau Mohd Sallehudin dapat Mimi Narita Hanim yg comey dan berani jerit kat tepi highway..

Tuesday, August 23, 2011

23 Ramadhan & Yeayy dah Dekat Nak Raya

Menu 23 Ramadhan

Bihun Goreng ( masak )
Cucur udang ( masak )
satay Ayam 10 cucuk
Popia Goreng ( again )
Air : Cendol

Sudah masuk hari ke 23 berpuasa. Tak ada pic untuk menu hari ni. Tak larat nak snap. sebok dengan biskut yang tak siap-siap lagi ni. Tak lama lagi dah nak raya. Barang raya satu pun blom beli. Okey my planning is like this:

Rabu : Deliver kuih raya yang customer order + pergi damansara ambil appointment letter  :) Then, kalau sempat nak singgah Jusco Equine cari kasut raya. Lepas bukak pose continue wat biskut lagi. Ada ad-hoc order.. walawala.. rezeki Ramadhan

Khamis : Buat biskut untuk mama & bakal ibu mertua. Dia dah tolong jahitkan baju raya saya yang tiga pasang tu.. Melaram saya tahun ni.. maklumlaa kalau takada aral melintang kemungkinan besar tahun ni adalah raya terakhir saya beraya single. Tahun depan dah ada suami.. ~huuu~

Jumaat : Kemas rumah & packing kain baju. Siap-siapkan ape yang patut. Kalau sempat wat cokelat kacang ke.. ~hiii~ Pastu kira duit collection jual biskut raya  :)  Malam antar biskut sampan kat kawan lama.. Si Norsi. Jumaat dia balik dari sabah. then.. nak pergi uptown danau Kota. Hmmm.. tapi mesti ramai orang kat situ kan.. Nak pergi Jalan TAR pun macam penuh orang jugak..

Sabtu : Balik kampung.. ooOooo balik kampung.. hati girang. Balik kampung dengan my adik. Tumpang kereta dia.. Malas nak drive. Lagipun nak balik ke KL nanti Mr. sallehudin datang amik kat kampung + dia nak dtg beraya sambil makan ketupat daun palas. Insyallah, itupun kalau ada lagi yer.. ~hikhik~

Ahad : Sudah berada di kampung. kalau rajin nak buat apam polkadot. Kasi hidang hari raya.  :)  Pastu nak wat biskut ape lagi yer.. hmm.. Minat membuat biskut turun temurun dari mama ni. Dulu masa saya kecik-kecik.. mama pun memang menggila buat biskut. satu hari dia boleh wat dua jenis kuih. Kalau tujuh hari maknanya ada 14 jenis kuih atas meja tu.. Seriess.. saya tak tipu. Cuma sekarang ni aje dia dah tak wat banyak kuih. Tugas buat kuih semua dah tranfer to me pulak...

Isnin : Tengok anak bulan. sama ada raya ari Selasa or Rabu.. jeng..jeng..jeng..

Raya ketiga ramai pulak orang buat kenduri kawin yer.. Jiran sebelah rumah nak bertunang. Jiran belakang rumah nak buat kenduri anak kawin. Sepupu kat kedah pun nak bertunang juga.. Nak kene buat cupcakes sponser nih..  :)

Apa barang yang saya nak shopping?
:: Kasut raya kaler grey. Sebabnya saya dah ada handbeg kaler grey so nak match kan laa kasut & handbeg.
:: Tudung/Selendang.. for me, mama & ibu mertuaku
:: Kerongsang & hairclip.. tapi hairclip tu bukan nak letak kat rambut. Nak klip kat tudung.
:: Untuk Mr. salleh.. nak beli ape yer....hmmm.. x tau lagi.. tengok duit cukup or tak.. ~hii~

Okies.. panjang berjela dan penulisan ni.. ~eceehhh~
Malam ni nak tido awal sebab esok awal pagi nak buat delivery. Tak larat betul dah beberapa malam ni tido lepas sahur.. Boleh migrain otak nanti..

Monday, August 22, 2011

22 Ramadhan & Cendawan Goreng

Menu 22 Ramadhan

Bihun Sup Utara
Ayam Golek
Cendawan Goreng
Samosa
Popia Goreng
Air : asam boi Lemon

Menu untuk berbuka hari ni juz beli kat Pasar ramadhan Taman Equine. Mr. Sallehudin ni teringin sangat nak makan ayam golek. So sama-sama laa pegi cari kat pasar Ramadhan.


Kuih yang menjadi pilihan, mesti popia goreng. saya nak cuba samosa ayam dan daging. Agak mendukacitakan sebab isi dalam popia goreng tu sayur jagung aje. Popia pun tak berapa terasa sangat inti daging & ayam tu.


Ayam golek dah dijumpai.. Nun duhujung pasar ramadhan. Kalau nak diikutkan Mr. Salleh nak beli seekor ayam golek. Tapi saya suruh dia fikir balik.. habis or tak ayam tu nanti..?

Ok.. saya nak cerita pasal cendawan goreng. Uolls penah makan cendawan goreng tak? saya memang tak penah makan. Kalau cendawan letak dalam tomyam tu penahla.. Saya tak sure macam mana cara penyediaan. Kalau nak ikut teori, cendawan digaul rata dengan tepung+telur kuning kemudian goreng dalam minyak. Jangan terlalu lama sangat. nampak macam ayam goreng tak? Rasa cendawan tu memang sedap. Saya macam gian nak makan lagi.. ~huhu~

Sunday, August 21, 2011

21 Ramadhan & Tempahan Biskut

Menu 21 Ramadhan
7.30pm : Maggie Mi + Air Koko Panas
9.30pm : Nasi goreng USA

Ahad yang memenatkan. Hari ni bersungguh-sungguh siapkan biskut raya tempahan customer. Jangan tak percaya, jumlah keseluruhan tempahan yang diterima hampir 50 balang dan saya sorang-sorang yang bertungkus-lumus menyiapkannya. Tahun depan nak kene cari pembantu ni sebab planning next year nak buka booth kat The Curve / Giant / Tesco. Sambil jual biskut raya + kek chocolate dan cupcakes.  :)  Wahh.. sudah planning untuk tahun depan...  ~hehe~

ok.. selit sikit tentang menu berbuka puasa. Tungkus-lumus nak siapkan biskut raya sampai terlupa nak sediakan menu berbuka puasa. Tengok jam dah pukul 6.45pm. Nak masak memang dah tak larat sangat. Nak pergi Pasar Ramadhan malas sungguh nak drive. So.. decide makan maggie Mi. SMS Mr. sallehudin bitau tak sempat masak. Tapi punyer lah baik tunang saya tu.. datang dari Gombak hantar Nasi Goreng USA. tau aje selera saya kan...  Thanks dear.....


Order yang diterima. Yang paling stress nak buat biskut sampan. Banyak sangat step. Memang berbaloi la kalau jual pada harga RM28 sebalang. Kuih yang lain cuma RM18 aje sebalang.

Dalam gambar ni ada lagi biskut yang belum siap.  Nampak tak dalam gambar tu ada lagi balang yang kosong.. Kalau boleh memang nak cepat-cepat siapkan. Shopping raya pun belum lagi ni...

My label kat balang biskut.  Alhamdulilah rezeki Ramadhan.

Sekarang tengah fikir bila pula nak keluar untuk shopping beli barang-barang nak raya? Nak beli tudung dan kasut. baju raya si Ibu Mertuaku yang tolong jahitkan.. Tiga pasang..  :) Hari sabtu lepas sahur dahnak balik kampung...

Saturday, August 20, 2011

20 Ramadhan

Menu 20 Ramadhan

Nasi Puteh + sambal tempoyak + Keli Bakar
Steamboat
Nasi tomato + ayam masak merah
kuih muih

Hari ni berbuka puasa di kedai. Buffet again. Buffet kali ni tak lah sehebat buffet di Vistana Hotel tapi makanan yangdisediakan boleh tahan sedap. sampai di kedai lebih kurang pukul 6.45pm. Nasib baik ada meja kosong lagi sebabnya me &Mr. Sallehudin tak ada buat reservation pun. Harga buffet hanya RM24.90 seorang untuk dewasa dan untuk kanak-kanak klau tak silap RM12.90 seorang.


Menu pemanis mulut.. macam-macam ada. Ada kuih muih, cheese tart, kurma dan cupcakes. Saya tak dapat pun rasa cupcakes tu sebabnya yang saya nampak pelayan kedai cuma letak 8 biji saja dan customer yang ada pulak lebih dari 58 orang..  ~haiiss~

Karipap so and so ajee laa tahap kesedapan tu sebab inti pun sikit dan kulit karipap pun agak keras.Tapi yang paling powerful ialah... Sambal Tempoyak. Perrgghhh.. sedap!! Terangkat beb.. hahaha.


For this time, saya takut nak makan banyak sebabnya dan contohnya lah macam buffet kat Vistana ari tu...  makan tak hengat donia.. lastnyer sakit perut, sakit pinggang belakang dan sakit semualah.. 


Ada juga sample biskut raya dan cokelat disediakan untuk dirasa. Actually ada 2 jenis biskut tart nenas. 1 nampak tradisional dan 1 lagi dah dimodenkan.. See the picture..  :)


Walaupun kita dan sampai ke Ramadhan 20.. tapi sempat lagi kalau nak cuba menu di Restoran Chara Kampung ni. saya bagi 4 bintang..  :)
Alamat restoran ni : No 42, Jalan Equine 9B, Taman Equine, Selangor. Sila buat reservation dulu yer takut nanti fullhouse.. penat ajee datang dari jauh... Here the contact no : 017-5248514

Pstt: Lepas berbuka we all pun balik ke rumah masing2.. Saya sambung buat biskut raya. Dalam kol 9.30pm gitu Mr. sallehudin call informed that yang dia dah sampai rumah.. dan dia cakap dia jatuh longkang depan rumah..  ~huhu~ Terseliuh jugak laa kaki tu...

Friday, August 19, 2011

19 Ramadhan

Menu 19 Ramadhan

Nasi Kerabu
Chicken Chop
Buntut percik
Kuih muih
Air : bandung soda & keladi

Hari ni kepasar ramadhan Bandar Baru Bangi. Banyak juga peniaga dan pembeli. Sama seperti pasar ramadhan yg lain juadah berbuka puasa menarik belaka. Me and Mr. sallehudin tak sempat nak balik rumah so we all lepas beli belah terus berbuka pose kat tasik... errr.. ape ye nama tasik kat bandar baru bangi tu... Tasik Anggerik kot.. ~huhu~


Sementara menunggu waktu berbuka pose sempat lagi mengambil gambar. Saya suka awan tu.. Tengok lah saya yang semakin membesar.. Hmmm..

Mr. Sallehudin yang semakin mengecil... ~ecehh~ suka laa tu I ckp U dah susut yer...  

Kuih muih yang jual kat Pasar ramadhan ni sedap-sedap belaka. Karipap pusing adalah terbaik. Harga 50sen sebiji karipap. Ada inti daging dan ayam. Popia goreng juga 50sen. Kuih tepung talam juga sedap. Lima biji RM2 saje.. Chicken chop pun sedap. sos agak pedas. harga RM5. Actually ada satu menu.. buntut percik  :)  Mr. Sallehudin suka sangat buntut percik nih.. ~haisszz~


Tetiba teringin nak makan nasi kerabu. Harga RM4 sebungkus. Ada lauk ikan goreng dan telur masin. Sorry to say that.. Nasi Kerabu tak berapa nak sedap... hmm..

Sedang makan kat tasik tetibe hujan pulak turun. Berlari we all masuk kereta. Terbantut selera makan tau. Lepas tu we all pegi Kedai Yummie bakery nak beli beberapa barang buat biskut lagi. Tak cukup.....

Thursday, August 18, 2011

18 Ramadhan

 

Menu 18 Ramadhan

Murtabak Pak Din
Roti Bom Kasim
Kuih Lompang
Air : Blue Lemon


Hari ni on the way balik dari Penang to KL. Perjalanan okey aje. Langsung tak jammed. Tapi kat highway banyak jalan tengah buat construction. Always like dats. dah tau hari raya dah nak dekat diorang ni pun sebok nak repair jalan..korek sana korek sini.. ~haiss~  saya macam kurang sehat. Badan rasa lenguh-lenguh nak demam. Hmm jgn laa demam sebab esok balik nak buat biskut raya customer.
  
Sampai tol Kota Damansara pukul 6.30pm. Berkunjung ke pasar ramadhan pengalaman paling best. sebab boleh tengok pelbagai menu masakan, lauk pauk, kuih muih, air pelbagai kaler dan macam-macam lagi lah..

Murtabak 1 Malaysia Pak Din adalah paling sedap dan menjadi tumpuan. Ada dua jenis iaitu murtabak ayam dan daging. Isi murtabak dimasak dulu dalam acuan empat segi. Lepas masak baru dibalut dengan kulit murtabak dan bakar sekejap. Harga sekeping RM4.50. tak rugi beli sebab isi murtabak tu memang tebal.
 

Mr. sallehudin pula suka test popia basah or popia goreng. mana-mana pasar ramadhan yang dia pegi mesti beli popia. 


And for me.. puasa tahun ni teringin aje nak makan ikan bakar.

 Ini pengunjung di pasar ramadhan seksyen 6 kota damansara. Memang ramai. Tiga tahun dulu tak ramai peniaga tapi tahun ni ramai peniaga dan pembeli pun ramai. So sila berkunjung yer..  :)
Sekarang asyik cerita pasal makan ajee.. bila pulak nak cerita pasal wedding preparation nih.. ~hmmm~

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan @ Nasi Kandar Beratur

Menu 17 Ramadhan

Ghani Passembur @ Padang Kota Lama
Mee Udang @ Padang Kota Lama
Nasi Kandar Beratur

Hari ni Mr. salleh cakap dia keje teruk sangat. Penat giler. Kesian dia. sampai aje kat hotel terus ketuk pintu bilik tanyer "ari ni nak bokak pose makan apee..?"
saya jawab.. "teringin nak makan nasi kandaq beratuq" Die pun cakap OK dan terus call kawan die tanyer direction nak pegi kedai nasi kandaq yang amatlah glemer tu.. Pukul 6pm kitorang pun kuar hotel. Singgah kaunter reception sebab Mr. Salleh nak bayar payment nak extend for 1 nite lagi. Sepatutnye we all balik KL ari ni tapi dah tak larat kan.. So.. we decide balik tomorrow morning. Orang reception cakap dari hotel nak ke restoran tu lebih kurang 20 minit.. ok fine..

Menggunakan GPS, finally kitorang jumpe jugak kedai tu. Tapi heran jugak apsal tak ramai orang pun. Rupanya kedai nasi kandaq ni hanya mula buka pukul 10mlm. Cisss!! Kawan Mr. Salleh and org reception tu langsung tak bitau kedai tu bukak pukul 10mlm.. Do kitorang pergi makan passembur kat Padang Kota Lama.


Dalam banyak-banyak kedai, saya paling suka Gani Pasembur. Ada macam-macam yang kita boleh pilih, cucur, kentang, cucur rangup, telur, hot dog etc. Saya pilih tak banyak sangat juz cucur, kentang & telur. Cucur tu memang banyak jugak laa amik. Harga RM9..
Then, kitorang order jugak mee udang. Nampak macam best kan.. Mee udang bukan kat gani tu laa.. tapi kedai yang berjiran dengan gani. Udang besar damlam pinggan tu.. adalaa dalam 4 ekor.. Kuah pun terasa manis udang tu. Harga RM8 sepinggan.


Lepas Padang Kota.. kitorang pergi Jalan Masjid Kapitan Keling. Restoran Nasi kandaq Beratur tu terletak di situ, bersebelahan dengang masjid Kapitan Keling. sampasi situ pukul 9pm. Kene tunggu lagi 1 jam baru kedai tu bukak. Ikutkan macam nak balik bilik sebab saya & Mr. salleh rasa macam nak demam kene hujan kat padang Kota lama. Tapi alang-alang dah sampai depan kedai tu.. kitorang sabar menunggu. Ini bukan nasi kandaq beratur.. tapi dah boleh kategorikan nasi andaq menunggu ni..  ~haiss~

 See the picture..  :) Saya sedang beratur. Ni dah pukul 9.45pm. saya beratur no 2. orang no 1 pakcik yang depan saya tu.. Mesti seda kot kan nasi kandaq ni.. ~huhu~

 Tengok pic lagi.. time ni dah pukul 10.05pm. Cuma bulan puasa ni agak kurang oorang beratuq. Kalau bukan bulan Ramadhan, diorang cakap orang menunggu dari pukul 9mlm lagi.. 

Dan nie hasilnya.. ~TARAA~
Kari Sotong SEDAP.  Telur ikan & telur sotong pun terbaik. Telur sotong tu lembut sangat. Hati goreng pun NOT BAD.
So.. kesimpulannya, tak rugi beratur & menunggu dari kol 9 mlm....

Tuesday, August 16, 2011

Buffet 16 Ramadhan @ Vistana Hotel

 Menu 16 Ramadhan

Buffet Ramadhan Vistana Hotel
Nasi Tomato + Lauk Pauk + Ulaman
Nasi Ayam
Satay
Kuih Muih
Aiskrim + ABC
etc

Penang - DAY 2
Lepak dalam bilik hotel sepanjang hari. Mr. Salleh dah pergi kerja. Saya ingat nak meronda-ronda kat Bukit Jambul Mall. Vistana dengan Bukit Jambul memang bersebelahan aje. Tapi memandangkan hari panas terik so lupakanlah niat tu. Tengok TV & surf internet dari pagi bawak ke petang. Mr. Salleh call.. dia tanya nak berbuka puasa kat mana ari ni..? Its up to you.. I follow aje   :)
Okies.. kita makan buffet Ramadhan kat Vistana Hotel.. Hoyeyyyy!!!!

Harga untuk Buffet Ramadhan cuma RM38 per person. Tapi bila dah include tax and bla..bla.. total harga ialah RM44 per person. Hidangan semuanya tepi swimming pool. Lebih kurang 120 menu hidangan yang boleh kita cuba. But plss laa tak kan kita nak makan sampai 120 jenih makanan tu kan.. Tapi Mr. Salleh cakap saya ni agak hebat jugak sebab saya boleh makan 3 jenis nasi sekali gus. Nasi Tomato lauknya ayam masak merah dan rendang daging. Rendang memang terbaik. Nasi putih lauknya sotong, sayur cendawan, ulaman petai, kerabu mangga dan ketam. Ketam tu memang menjadi rebutan semua orang.. Then nasi beryani lauknya ayam masak hitam. Lepas tu makan satay, rojak, kek dan kuih muih.


Mr. Salleh makan nasi ayam, roti jala, murtabak, satay dan kuih muih. Ada juga makan nasi tomato itupun saya suapkan sikit-sikit..


We all dah standby kat situ dari pukul 7pm. Dan we all melantak & lepak-lepak kat situ sampai pukul 9pm. Lepas rehatkan perutut, saya makan pulak aiskrim dan ABC. Aiskrim perisa cokelat dah habis sebab memang menjadi rebutan. So saya try perisa jagubng & strawberry aje. ABC pulak saya rasa sikit aje sebab agak manis. Tapi still lagi terbaik..


Sebenarnya menu kambing panggang pun ada. Tapi disebabkan kami memang tak makan kambing.. klau makan we all akan meningkatkan tahap darah tinggi pulak nanti.. So.. tengok ajelah orang lain makan.. 


Antara semua makanan tu yang paling best ialah daging rendang. Actually banyak lagi menu pencuci mulut yang lain. Tapi gila ahh nak makan semua. Mau meletup perut nih. Itupun saya dah makan sampai kenyang sakit terasa sampai ke pinggang.


Menu yang ada tu tak semuanya sedap. Tapi kebanyakan memang sedap belaka. Sambutan untuk bufet Ramadhan tu pun menggalakkan juga. sebab for me harga yang hotel ni offer pun memang berpatutan. Kalau tengok harga bufet ramadhan kat PICC Putrajaya tu.. harganya kalau tak silap RM58 kot.. (kalau tak silapla..) tapi harga memang RM50++




SO.. kepada sesiapa yang tinggal kat area Penang tu tak rugi kalau cuba bufet Ramadhan kat sini. SO I can give 3.5 bintang dari bintang keseluruhan 5 bintang. Kalau nak cuba bufet Ramadhan ni jangan pula kene wat reservation sebab hari-hari penuh orang booking.

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan di Penang

Menu 15 Ramadhan

Nasi Kandar 
Kari Sotong + Hati Goreng + Telur Ikan + Sayuran
Sirap

Penang - Day 1
Yeahh.. tak sangkakan saya pegi Penang. Actually follow Mr. Salleh ada outstation kat sini. Saya pun dah keje teruk wat biskut so Mr. Salleh pun bawa laa saya bercuti kat Penang. Dia pergi kerja, saya berjimba-jimba..

Pagi nak bertolak ke Penang tu saya sakit perut yang amat sangat. Maybe sebab semalam tu saya makan nasi goreng cili padi yang amatlah pedas. Pedas sampai ke hujung kaki. ~huhu~ Dari Serdang nak masuk tol Damansara, saya suruh Mr. Salleh singgah Petronas dua kali sebab tak tahan nak buang air besar. Sampai tensionlah dia.. kalau setiap kali jumpa Petronas nak berenti.. pukul berapa pulak nak sampai Penang kan... Saya punye tekak pun dah betul-betul kering. Kalau tak silap.. kalau kita kene cirit birit, kita akan rasa letih sebab dah kurang air dalam badan.. Perut pun sentiasa sakit dan memulas aje So.. Mr. Salleh cakap.. suh saya bukak puasa aje lah. Makan ubat Pil Che Ket Te Oun (betul ke spelling tu). Bila makan ubat tu effectnya on the spot. Yupss.. saya terpaksa makan ubat. Sebab terlalu sakit.. ~huhu~

Sampai Penang dalam pukul 2.30pm. Cuaca memang panas terik. Memang dahaga.. ~ehe~
Sampa Penang terus aje check-in kat Vistana Hotel. Bilik hotel Mr. Salleh disponser oleh company. Bilik hotel saya disponser oleh Mr. Salleh..  :)  Masuk bilik je saya terus tido. Penat laa.. tapi Mr. Salleh terus pergi  Penang Airport sebab dia ada keje kat sana.. Balik dah pukul 7.45pm. Nasib laa saya terbatal puasa.. so tak kisah sangat pasal bukak puasa hari tu.. Lepas Mr. salleh balik keje.. baru kitorang gi makan Nasi kandaq..

 Me & Him at Original Penang Kayu Nasi Kandar..

 My menu 
Kari Sotong + Hati goreng

 His menu
Telur Ikan + Sayuran

 Depan kedai

Lauk-lauk kandar..

Penang memang popular dengan nasi kandaq. Ada nasi kayu nasi kandar laa.. Nasi Kandar Line Clear laa.. Paling top sekarang Nasi kandaq beratuq. Okies.. esok kalau sempat kite cube pegi tengok orang beratuq yer..  Adios.. ngantuk nak tido..
~Nite~

Sunday, August 14, 2011

13 & 14 Bergabung...

Menu 13 Ramadhan
Nasi + daging masak blackpaper + ikan jenahak goreng
Cucur Udang
Air : Sarsi

13 Ramadhan adalah hari yang meletihkan.  :(
Pagi : teman Mr. Sallehudin pergi RHB kat Giant Kelana Jaya. Tapi tak boleh pulak nak cash kan cheque. So kene tunggu hari Isnin.. Kat situ saya ada nampak 1 booth yang jual cupcakes. Banyak cupcakes die dan design pun comel-comel.. I manage nak bukak booth jual cupcakes again kat Subang Parade. Tapi tak tau lah date yang sesuai. Next month dah start keje kat tempat baru..Owhh.. saya tak story lagi kan pasal offer keje baru yang saya dapat tu... ok2.. next entry lah yer..  

Menu 14 Ramadhan
Nasi goreng cili padi
Rojak Shuib
Popiah Basah
Murtabak Singapore
Cucur cempedak
Air : Tebu

Hari minggu yang memenatkan. Menyiapkan tempahan biskut raya yang melebihi 40 balang. Okies2 stop!! Bukan saya tolak rezeki tau dah tak nak terima order cookies sekarang.. tapi plzz imagine.. plsss saya sorang-sorang yang akan buat cookies yang lebih 40 balang tu. Ada 4 jenis biskut yang berbeza.. Tapi alhamdulilah.. rezeki Ramadhan.. Ni pun ada yang belum siap lagiiii...

Okies let we talk about food. Kali ni menapak ke Pasar Ramadhan Bandar Kinrara. (belakang Giat Kinrara tu). Boleh tahan ramai peniaga jugak yang meniaga kat situ. Tapi memang menarik kat situ. ada satu gerai tu... jual kuih muih die semuanyee cantik2 belaka. Semua 5 biji RM2 aje.. 
Menu 14 Ramadhan semua beli cuma nasi goreng cili padi tu, saya yang goreng..
Sedang menulis.. tiba-tiba teringin nak makan puding jagung pulak.. ~toing~

Friday, August 12, 2011

Menu 12 Ramadhan

 Menu 12 Ramadhan
Nasi Hujan Panas + Rendang Ayam
Nasi Kerabu + Daging Goreng + Telur Masin
Murtabak Maggi
Kuih : Seri Muka + burger Mesia + Karipap + Cucur Badak + Popia Goreng
Air : Jagung Madu + Katira

Yeahh.. hari ni saya cuti untuk memasak juadah berbuka. So hari ni menapak Pasar Ramadhan Puncak Jalil dengan Mr. Sallehudin. Sampai kat sana pun dah pukul 6pm lepas hujan lebat ribut petir.

 Ini nasi hujan panas dan rendang ayam. Lalu depan gerai makcik ni memang terliur tengok rendang ayam tu. Seriess.. saya tak tau cane nasi tu boleh jadi colorful. Sebelum ni memang tak ada inisaitif nak google cari resepi nasi ni. Tapi lepas ni.. Insyallah.. I will...  
Nasi dan rendang so and so aje.. bagi 3 bintang dari markah penuhnya 5 bintang. 
U'olls know wats... Mr. Salleh tanyer kat makcik yang jual nasi hujan panas ni...  
"Nasi Kemarau Panjang ada tak..?" ok..ok.. layan ajee ~huhu~

 Nasi kerabu + daging goreng + telur masin + cili hijau sumbat. Betul ke namanya cili hijau sumbat? Saya tak tau ape namanya so I called it cili hijau sumbat. Nasi kerabu ni beli kat gerai yang sama dengan nasi hujan panas. Ok.. not bad rasanya dan saya boleh bagi 3.5 bintang..
 
 Murtabak maggi. This is my first time makan murtabak maggi nih. Betul tak tipuuu.. Actually murtabak ni sama aje macam murtabak biasa yang lain. Cuma inti untuk murtabak ni maggi dan daging/ayam cincang yang telah dimasak. Maggi tu pun telah direndam dengan air panas. For me, makan waktu panas-panas adalah terbaik tapi kalau dah sejuk.. rasanya memang out..  ~sigh~

 Owhh.. banyak benar kuih muih disitu. Tapi memang tersangat hampa sebab semua kuih yang dibeli rasa memang out. Karipap tu intinya masin, seri muka tu pulutnya tak kukus elok dan lapisan hijau tu keras. Cucur badak bau rempah sangat kuat, popia goreng keras dan inti untuk burger Mesia tu agak masin sikit. ~ohoho~

Air jagung madu & Air katira memang tidak mengecewakan. Air jagung tu saya yang mengidam. Mr. Salleh cakap tak baik saya minum air jagung madu tu sebab nanti saya akan bermadu.. ~pangg~ tampar skit.. huhh!!
Tau tak.. air katira tu not bad tau. Baunya harum. Saya rasa air tu dibuat dari sirap ros then ada cincau sikit. Yang jadikan air tu hijau.. hmm tak sure laa maybe letak sikit daun pandan or pewarna hijau.. 

okies.. adios..

Thursday, August 11, 2011

11 Ramadhan VS Wedding Theme Color

Menu 11 Ramadhan

Mee Goreng
Cucur Udang
Orange Juice

Thats my menu for today. Buat sendiri mee goreng & cucur udang. Malas nak berbuka makan nasi. Lagipun Mr. Sallehudin mengidam nak makan cucur udang. Dia blom tau lagi skill cucur udang saya.. sekali makan.. hahh licin pinggan..  :)  Hmm ingat esok nak buat cucur udang lagi laa.. so petang esok kenalah beli udang agaknya lagi..

Actually pic untuk menu hari ini memang ada snap.. tapi saya adalah sangat malas untuk meng'transfer' pic dari camera to laptop. Lagi pun korang tau kan caner rupa mee goreng & cucur udang kan..? hikhik.. dah beberapa hari saya masak untuk menu berbuka puasa. Esok ingat malas nak masak.. nak beli aje kat pasar ramadhan sebabnya esok dah nak start buat biskut raya yang customer order...

*********************************************************************

Talking about wedding theme color.. rasanya saya dah ada pilihan pallete color yang berkenan.. 
TARAAAA!!

Black, Purple, Lavender, Silver Grey, White 

Setelah berhempas pulas membuat rujukan dan kajian rasanya inilah warna pilihan saya untuk majlis bersanding nanti. Harap-harap tak ada perubahan laa selepas ni ye.. Agak-agaknya sesuai tak warna ni dengan konsep Vintage yang nak saya ketengahkan nanti..? hihi..  :)

 Biru, Magenta

Yeahh.. ini pulak warna tema yang akan digunakan untuk majlis akad nikah. Harap-harap sesuai dengan konsep Arabian yang saya nak gunakan nanti.. Saya pilih warna nie sebab kain yang saya nak gunakan untuk DIY hiasan hantaran adalah warna magenta. Kenapa saya pilih magenta? Tak ada sebab yang detail pun cuma saya dah ada bermeter-meter kain warna magenta ni kat rumah kampung. Daripada pembaziran berlaku lebih baik saya gunakan kain tu.. So sudah jimat disitu. Lagipun setelah research dibuat, warna magenta ni agak sesuai juga untuk konsep Arabian...

 Hijau, Coklat, putih

Ini pulak pulihan warna untuk majlis bertandang. Pilihan dari ibu dan adik-adik ipar.. okey.. yang ni saya tak nak komen pape. lagipun apa konsep yang diorang nak buat saya tak sure. Tapi Mr. Sallehudin cakap dia nak buat konsep Yakuza!!

 So untuk konsep Vitage tu nanti.. saya nak cari typewritter lama, papan hijau, beg pakaian lama, telefon lama dan ape-ape aje lah yang boleh diketogorikan lama.. ~huhu~

Memandangkan nak menyerlahkan konsep Vintage tu.. ok tak kalau backdrop pelamin nak buat macam ni? Cuma yang frame tu kite boleh tukarkan dengan somthing yang lain...  

So my dear Sallehudin, U dont mind kan backdrop pelamin kita nanti macam ni? So jom laa kita sama-sama kumpul dan cari brg2 vintage dari sekarang. Cuma yang menjadi masalah dan mungkin mendapat tentangan adalah dari Mama aje nanti nih.. ~huhu~