Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Monday, May 30, 2011

Sireh Junjung

Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala duka dan duka.


Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin.

Seperti yang disebut di atas, terdapat beberapa bahan lain yang biasanya dimasukkan sekali ke dalam gubahan sirih junjung. Jom kita lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik bahan-bahan yang digunakan itu:


:: Daun sirih – membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri


:: Gambir – rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang


:: Kapur – memberi rasa yang payau, pahit serta hangat jika dimakan bersama dengan sirih. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar


:: Pinang – melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia


:: Tembakau – membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal


:: Cengkih – rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip



Itu mukadimmah aje.. sebenarnya nak bitau yang saya tengah pikir design yang nak di buat untuk sireh junjung. Mama tanya nak buat sendiri atau tempah kat kawan dia. I think I want to do myself. Everything saya nak DIY. Moga-moga dapat berkat. :)


Ini antara design yang saya rasa senang dan mudah kot untuk saya buat.



Pic 1: Design ni mmg cantik dan simple.



Pic 2: Pun menarik juga. Nampak lebih traditional.. Tengah pikir kat mana nak carik tepak sireh.. I know byk kedai yang jual barangan pengantin ni tapi dulu saya boleh dapat diskaun sebab guna nama kedai bridal saya. tapi skrg kedai tu dah x de.. huhu..


Pic 3: Yang ni pun lagi senang. Tapi klau boleh saya nak letakkan semua elemen yang disebut kat atas.. Gambir, kapur pinang.. etc...




Pic 4: Yang ni pun simple jugak. tapi daun sireh tu sikit sangat. Maybe saya perlu tambahkan lagi bilangan daun sireh tu.. :) Ada selit bunga cengkih kan kat situ...


Tapi saya berkenan yang ada tepak sireh tu. Boleh ke combination pic 2 dan pic 1? :)

Sunday, May 29, 2011

Check-List Engagement

Kalau ikut perancangan, majlis merisik saya nak dibuat pada 11 June.. Insyaallah..


Majlis bertunang pulak akan dibuat 'someday' in July. tapi x tetap lagi tarikhnya bila.. Mudah-mudahan semua yang dirancang akan berjalan lancar dan dipermudahkan.. Amin..



Ok kita citer sikit yer dan tgk check list tentang perancangan ke arah majlis pertunangan.. hikhik.. (^_^) [using a checklist from Diary Ratu Sehari]





:: Tarikh

Tarikh - TBC [in July, Insyallah]


Masa - TBC


Lokasi - Home sweet home


Warna tema - Fuchia Pink + Apple Green


:: Cincin


Cincin Merisik - Mr. Sallehudin side will settle it [cincin belah rotan]


Cincin bertunang - Mr. Sallehudin side will settle it [cincin yg comey2 plss..]


:: Dress
Baju - DONE [dah ada]


Veil - DONE [dah ada]


Tudung - nanti beli selendang


Mekap - mekap sendiri

:: Hidangan Tetamu


Tak pasti lagi. Will discuss with abah & mama


Kanopi - Maybe sewa kot sbb mkn dlm umah x muat


:: Hantaran for him


Dulang - akan dibeli


Item - as per below


+++ Sirih junjung - DIY / tempah


+++ Kain baju melayu -


+++ Songkok, butang baju melayu, sampin -


+++ Cupcakes


+++ Buah-buahan


+++ Chocolate


+++ Macaroon / cookies


+++ Potpori


+++ Blueberry/strawberry cheese tart


Flower - Fresh or artificial flower



:: Photographer


Aizam (my adik) will be as photographer



:: Dekorasi


Mini Pelamin - DIY


+++ Backdrop pelamin - tengah fikir nih


+++ Bantal duduk - DONE


+++ Lampu - DONE


+++ Flower - DONE


+++ Carpet - Nanti beli..




:: Doorgift


Cupcakes - 200 units


:: Candy buffet


Items for CB [ 4 to 5 items]


+++ Cupcakes


+++ cheese tart


+++
+++
+++



CB Decoration - Item DONE
:: Invitation Card


tak sure lagi. sbb Im not planning nak jemput ramai sgt..


note: Saya dah pergi kursus kawin.. :) yeehaaa..

Friday, May 27, 2011

Classic Bridal, Majalah dan Diari Ratu Sehari

Semakin hari semakin happy. (*_*) Alhamdulilah..


Saya suka pergi ke Pameran pengantin. Sebut lah dimanapun, saya akan pergi walaupun saya jalan sorang-sorang. Betul tak tipu.. :)


Suatu hari saya pergi ke Pameran pengantin kat KLCC, dats time saya pergi dgn my fren Shamsurina. Ada satu booth tu offer pakej Studio Photography pada harga RM1K. Lima pasang persalinan lelaki dan perempuan, mekap & 5 kali, Shoot indoor dan outdoor. Pastu nanti ada bagi album dan byk lagi lah. Saya dah tak ingat apa lagi menda yg diorang bagi dalam pakej tu sebab pameran tu dalam bulan October 2010. Im so excited with dats offer. For me.. gilerr murah...


Sebab terpengaruh, saya booking pakej tu dgn bayar RM100. Saya pun tak tahu nape saya boleh booking pakej tu sedang kan masa tu saya belum jumpa lagi dgn Mr. Sallehudin :) Tapi masa tu saya still ada 'someone'...


But 'someone' is indeed very rude man. I will not forgive him to any of what he did to me!! [sorry.. bit emotional..huhu]. Selepas perpisahan saya dengan dats rude guy tu.. saya terus abaikan tentang pakej yang dah saya booking ni. Tapi alhamdulilah, saya telah berjumpa dengan Mr. Sallehudin. Tiba-tiba saya teringat semula pakej yang pernah saya booking dulu. Saya ada bagi tau kt Mr. Sallehudin about this package dan bitau dia yg saya nk continue semula pakej ni dan continue bayar harga pakej. So I will give a call to 'CLASSIC BRIDAL' and will discuss further with them.


Maybe, saya boleh guna all the picas nanti as a our Pre-Wedding Picas.. yeayyy ;)






Hmm.. For u'olls information, dua tahun dulu saya pernah menjalan wedding bizness. Dats time, mmg setiap bulan saya akan beli majalah Pengantin. Then, bila saya dah stop bisness tu dan kebetulan pula harga majalah tu semakin naik.. so saya pun stop beli majalah tu. Tapi saya continue beli semula majalah ni start edisi June 11.. itupun sebab tengah planning nak kawin..huhuhu...







Owhh.. saya ada simpan satu buku nota ni.. memang dah lama since 2009. Its call Diari Ratu Sehari dan saya dapat diary ni pun dari Majalah Ratu Sehari. I think diari ni mmg sangat berguna untuk mereka2 yg tengah merancang majlis perkahwinan macam saya.. :)




Diary ni byk membantu kita membuat wedding check list bermula dari 12 bulan sebelum majlis perkahwinan iaitu dari Prosedur Perkahwinan, Merisik, Bertunang, Akad Nikah hinggalah ke majlis Resepsi dan Bulan Madu.. hihi..


Okies. Jumpe next entry. happy reading.. (^_^)


Thursday, May 26, 2011

Restaurant Sekitar Selangor

Yeay.. my family nak datang KL 9 June ni. Nak datang tido kat umah me. Yer laa.. start next week dah cuti sekolah so alwayz like dats laa klau cuti sekolah aje mama, abah dan adik2 yg lain berkampung kat umah saya..huhu...

Tapi kali ni, mama & abah datang KL boleh laa jumpa bakal menantu dan bakal besan. :)

Mr. Sallehudin nak mengadap my parents sekali dengan sessi suai kenal bakal besan. hihi.. So, dia tgh pikir dan 'recce' kedai mana yang best...

To: Mr. Sallehudin, ini my suggestion :) hihi..

:: Restoran Kunang-Kunang, Gombak
:: Restoran Cheng Ho, Melawati [betul ke nama kedai ni?yg Amy Search punyer tu]
:: Restoran Sri Ayutthaya, Subang Jaya,
:: Restoran Tupai-Tupai, Jalan Bukit Petaling


Owhh.. byknyer nak disenaraikan. Juz klik kat link ni aje lah ok.. http://food.malaysiamostwanted.com/locations/Kuala%20Lumpur

Selamat memilih yer. Kalau nak test food dulu pun boleh jugak. Ajak saya sekali ok.. hihi..

Wednesday, May 25, 2011

Ring

Mr. Sallehudin cakap, dia planning dengan ibu nak hantar rombongan merisik dan bertunang someday in July. Wowww.. Im nervous ok.


ok..ok.. we talk about cincin :)

Dari dulu saya berangan-angan nak cincin emas putih. [betul..x tipu]


Paling admire macam gambarajah pertama.. hihi [guna perkataan gambarajah]. Nampak so sweet. Tapi saya tak mau laa ada kaler pink tu. Kalau boleh nak semua putih.




Gambarajah 1

Gambarajah 2





Gambarajah 3

Gambarajah ke dua dan ketiga tu memang design lebih kurang sama. Cuma gambarajah kedua ialah design cincin dua tone. Tapi saya admire juga design macam ni sebab sangat 'cute'. saya memang suka barang-barang yang nampak cute ni...



Gambarajah 4

Cincin ke empat pun ok jugak It look very simple. Nice jugak..


Walau apa design yang Mr. Sallehudin pilihkan untuk saya.. saya tetap terima dengan hati yang gumbira.. Tenkiu My Dear.. (^_^)

Tuesday, May 24, 2011

Tentang Perasaan Dia

Perasaan Mr. Sallehudin pertama kali jumpa saya.. :)

Saya tulis berdasarkan apa yang telah diceritakan pada saya beberapa hari lalu. [so to Mr. Sallehudin, if u want to add somthing, juz let me know ok.. ]

Perancangan awal memang nak keluar 1st date pada Hari sabtu sebelah malam sebab katanya dia nak bawa saya dinner seafood kat Bagan Lalang. Tapi disebabkan keterujaan saya dan ketidaksabaran saya nak berjumpa dia... hahahaha.. so kami pun berjumpa lebih awak dari hari yang dijanjikan.

Katanya ada beberapa perkara yang membuatkan dia menyukai saya.. (^_^)

:: Saya telah menghabiskan eskrim dia masa 1st date kami..
Mula-mula dia terkejut tengok saya tanpa rasa segan menghabiskan eskrim Baskin Robbins. Sebab saya cakap "tak baik membazir'...

:: Saya menunjukkan sifat sebenar walaupun semasa 1st date kami..
Dia kata saya tak ada perasaan segan silu masa tu. Sebab saya boleh habiskan eskrim dia dan makan nasi goreng kat Secret Recipe sampai habis. hahaha.. :) [teruk laa saya]

:: Pada pertemuan ketiga, saya 'drive' dari Serdang ke Seri Gombak untuk jumpa dia..
Katanya dia sangat terharu bila saya datang sendiri ke Seri Gombak semata-mata nak jumpa dengan dia. Walaupun masa tu keadaan sangat jammed tapi finally saya sampai jugak kat sana..

:: Ibu merestui pilihan dia..
Katanya, ibu gembira saya adalah pilihan dia. Mungkin sebab saya 'ngam' dengan family Mr. Sallehudin..

:: Saya sentiasa bersama dia..
Kami sentiasa berhubung each other.. Walaupun lepas jumpa kami masih lagi berSMS, ber'facebook', call...


Alhamdulilah.. dan bersyukur kerana ALLAH telah pertemukan kami berdua... Moga semua perancangan untuk menuju hari bahagia dipermudahkan. Amin...

Monday, May 23, 2011

Warna Tema

Apa tema warna untuk majlis bertunang?

Ecehh.. dah fikir pasal tema warna pulak kan.. Saya pilih Fushia Pink. Sebenarnya saya bukan suka sangat pun warna pink ni tapi memandangkan saya memang ada sepasang baju warna pink yang sangat sesuai dipakai semasa majlis bertunang.. Oleh itu, saya ingin menjimatkan belanja, maka saya memilih untuk mengadakan tema Fushia Pink.. :) Cerita tentang majlis tunang.. nantilah cerita di entry yang lain..



Apa tema untuk majlis resepsi sebelah perempuan?

Saya memang admire dari dulu... majlis kahwin saya mahukan tema Tiffany Blue. Tapi kalau pilihan satu warna saja mungkin pucat dan tak menarikkan? Maybe saya nak gabungkan warna Tiffany Blue + Red atau pun Tiffani Blue + Orange


Cantikkan Tiffani Blue? :)
Tapi agak pucat gabungan warna Tiffani Blue + White.. So dari awal memang 'reject' gabungan warna putih..




Disebelah pihak pengantin lelaki pula, saya tak dapat gambaran warna apa yang akan diguna pakai... Tunggu dan lihat sajalah...


Kata Mr. Sallehudin, insyallah dalam penghujung Julai 11, dia akan hantar wakil..



Hoyeyyyy.. sambil loncat-loncat happy.. :P


Friday, May 20, 2011

Dah 'Approved' (^_^)

Semakin hari semakin happy...


Lepas pergi jumpa ibu Mr. Sallehudin, rasa macam semua nervous tu hilang. Apa yang ada sekarang ni perasaan happy aje sebab saya dah di'approve' dan mendapat gred A oleh ibunya.. ~Yeehaaa..~ [x senonoh kan..]


Balik dari jumpa ibu, dalam otak saya ni terus berangan-angan dan 'planning' macam-macam pasal hari nak kawin. Saya selalu baca blog B2B sebelom ni, so agak sikit terpengaruh laa dengan persiapan diorang yang pelbagai idea tu..


Apa yang saya tahu, Ibu nak uruskan majlis merisik/bertunang abang kepada Mr. Sallehudin dulu, then baru uruskan majlis merisik/bertunang kami... Wowww.. giler lah, betul ke saya dah nak kawin ni..?? Macam tak sangka aje. Lepas ni saya dah tak hidup sorang-sorang lagi..huhu...


Dengar bunyi macam tak lama lagi, tapi saya tak berapa pasti laa bila kan majlis merisik tu.. malu pulak nak bertanya kat ibu.. hihi.. bila tanye kat Mr. Sallehudin pun dia tak tau.. [huhh..] Ibu ada cakap, yang majlis sebelah lelaki dalam perancangan akan dibuat pada tahun depan tapi tak pasti bulan berapa. Majlis tu nanti ada dua pasang pengantin.. saya & Mr. Sallehudin serta Abg Zaki & kak Aisyah. [kak Aisyah muda dr saya actually..] Apa yang saya dengar, jiran tetangga di situ sudah menawarkan diri nak memasak untuk hari kenduri tu nanti.. itu aje lah gambaran yang saya dapat dari family sana..


Mama saya pula jgn cakap laa.. excited terlampau-lampau. Tak tahulah apa planning dia untuk kenduri kahwin pertama ni. Dengar cerita nak tempah catering aje. Jemputan 1000. Banyaknyerrr. Pastu nak ada DJ & karaoke.. hahahaa... Jadi kepada semua makcik dan jiran tetangga dikampung tu.. soklan2 yang u'ollss selalu tanyer kat saya.. "bila nak kawin?" Insyallah, tahun depan ok. Tolong doakan untuk saya kalau nak tengok saya naik pelamin sangat.. jangan nak bebel lebih2..


Selalunya macam tu lah kan, bila kita dah kawin, ada pulak lagi mulut yang tak ada insuran bertanya,, "bila nak bertiga pulak?" Haiyaa!! Ni yang saya sangat tak suka ni. Seolah-olah kita hidup seperti nak memuaskan hati orang lain aje. Suka hati saya laa bila pun.. nak bertiga ke.. berempat ke.. huhu.. Dah cukup bagus laa ni saya dah nak kawin tau..!!


Oppss.. ok, saya dah terlebih sudaa.. ~Happy Reading~ yer.. saya nak surf internet, nak cari idea pasal wedding jap.. :)

Thursday, May 19, 2011

Macam Mana Kami Kenal?

Sebenarnya masih baru lagi usia perkenalan kami. Tapi saya rasa yakin dengan Mr. Sallehudin ni sebab nampak kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya dan tidak seperti lelaki lain yang suka mengambil kesempatan. Dan harapnye sikap ini akan kekal sepanjang kami berkawan ni..

Bagaimana kami kenal??
Sebenarnya kami diperkenalkan oleh seorang kawan lebih kurang sebulan dulu.. :) Terima kasih yer sebab kenalkan kami.. hihi..

Mulanya kami hanya chatting kat FB aje dalam tempoh lebih kurang seminggu gitu. Satu malam Mr. Sallehudin ajak saya pegi 'dinner' kat Bagan Lalang. Jauh tu kan.. hehe.. so, we are planning nak pergi malam hari Sabtu. Tapi tak tau laa macam mana.. tak sempat sampai hari sabtu pun.. Hari Selasa (26 April 11) kitorang terus jumpa aje.. Sebab saya teringin nak makan Ais Krim. So, kami setting tempat jumpa kat Baskin Robbins Mid Valley pukul 8.30mlm..




Hati berdebar-debar tau.. hihi.. Ntah macam mana laa rupa si Mr. Sallehudin ni. Kadang kala rupa dalam gambar tak sama macam kita tengok secara 'live'. Then, saya yang sampai dulu kat Baskit Robbins tu. Ada laa tunggu dalam 5 minit, baru dia sampai...

Yeay.. bila dia dah sampai.. hilang segala debar, nervous dan macam-macam lagilah.. Kami pun terus order eskrim. :) Sedap betul eskrim kat Baskin Robbins ni. Saya telan eskrim saya sampai habis.. hahaha.. Tapi eskrim Mr. Sallehudin tak habis, dia makan sikit aja. Saya ni yang tanpa control terus habiskan eskrim dia. Sungguh korang sopan kan.. hahaha.. Mungkin sebab itulah kot yang dia jatuh cinta dengan saya.. kahkahkah.....

Ingatkan kami cuma borak-borak kat situ aja. Tapi lepas tu dia ajak saya pegi makan 'somewhere'.. Saya pulak malas nak berjalan jauh dalam Mid Valley tu tapi pusing sikit2 laa sebab nak cari tempat makan. Walawala.. saya nampak Secret Recipe...




Terus terjah masuk kat situ.. sungguh kurang sopan lagi saya kan.. kahkahkah.. Errr.. sebenarnya, bukannyer ape.. saya cuma menunjukkan sikap sebenar saya aja sebab saya bukan seorang hipokrit. Dan kenyataan kalau bab pergi makan kat restoran nih saya memang excited skit.. Kat Secret Recipe saya order nasi goreng dan Mr. Sallehudin cuma makan kek.. Kami berbual sampai lebih kurang pukul 11.30pm gitu.


Ahaa.. macam mana dress-up kami?

Saya cuma pakai baju hitam polkadot marron dan tudung juga kaler marron. [cuba tgk pic ni - org blkg sy pun pakai baju polkadot juga..huhu]




Dan.... inilah Mr. Sallehudin masa 1st time saya jumpa dia. Ganas kan? Takut tak? hihi.. tapi bak kata Mr. Sallehudin sendiri.. ~Muka Legend hati Cute~ hoho.. okeylah..whatever lah..


Time ni rambut dia sangat pendek lagi. katanya dia baru lepas potong rambut. Dulu dia simpan rambut panjang.. But he is very soft spoken :)

Apa perasaan saya lepas jumpa dia?
Sampai aje kat rumah.. saya macam tak tahu apa perasaan saya waktu tu. Suka kat dia ke atau sebaliknya..?huhu.. tapi saya bagi peluang kat diri sendiri untuk kenal dia lebih dekat lagi.. dan Alhamdulilah.. dia menunjukkan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya. Dan saya terima dia seadanya..


Malam 3 May 2011, dia menceritakan tentang perihal perjalanan hidup masa lalu dia dan dia pun beritahu yang dia sukakan saya dan kalau boleh nak menjaga saya sepanjang hidup dia.. Happy tau saya waktu tu sambil loncat-loncat.. hahaha.. Malam yang sama pukul 12.30am, saya bagi tahu dia yang saya pun nak menjaga dia seumur hidup saya.. Insyaallah..


Tak sampai sebulan kami kenal, dia dah ceritakan perihal saya pada ibu.. [sungguh cuak saya..hihi] dan bawa saya berjumpa ayah dan ibu serta adik beradik dia yang lain. Dia juga beritahu saya yang dia nak berjumpa dengan mama & abah saya.. cuma saya masih belum berkesempatan nak bawa dia jumpa my family pula. Terharu juga, sebab selama saya berkawan dengan beberapa lelaki lain, tak ada sorang pun yang berhajat nak jumpa my family. Semuanya 'main tarik tali'.


Dari situ, saya yakin untuk memilih dia sebagai seorang yang istimewa dalam hidup. Mudah-mudahan segala perancangan dan urusan perjalanan kami dipermudahkan olehNya.


Kitorang akan sambut setiap 3hb sebagai ulang bulan dan ulang tahun tarikh 'couple' kami dan 26 April setiap tahun akan 'dating' kat Baskin Robbins, Mid Valley dengan berpakaian sama seperti masa mula-mula jumpa dulu.. hahahaa...



P/s: tentang planning kitorang nak pegi makan kat Bagan Lalang ari Sabtu tu kan.. tetap ON. sampai mengah laa jugak mkn seafood ari tu.. :)

Monday, May 16, 2011

Tercapai Angan-angan

Owhh.. finally tercapai gaks angan-angan nk 'create' satu blog ala-ala B2B gitu.. Sebelum ni selalu baca blog B2B yang lain.. tentang persiapan majlis mereka.. perasaan.. pengalaman, berkongsi idea dan macam-macam lagi lah.


Mula-mula macam tak yakin juga nak 'create' blog ni. Takut ape yang dirancang tak menjadi. Tapi saya mula yakin sikit nak buat blog ni sebab Mr. Sallehudin dah bawa saya jumpa ibu & ayah dia :) Alhamdulilah, seisi keluarga menerima kehadiran saya.. [ecehh]


Jadi, wujudnye blog ini ialah untuk mencoret dan berkongsi perjalanan kisah kami dan segala aktiviti dan persiapan yang bakal dilakukan menjelang hari bahagia kami. Walaupun rasa macam lama lagi nak menuju hari bahagia tu.. (^_^)


Kepada anda yang sudi membaca blog ini, terima kasih banyak-banyak. Jemput laa 'follow' I yer.. ;)


Sunday, May 15, 2011

Permulaan Kata Pembuka Bicara

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim... blog http://mrandmrssallehudin.blogspot.com/ dilancarkan.

Blog ini kepunyaan:

Cik Mimis selaku Penulis / Menguruskan Blog

En. Mohd Sallehudin selaku Penasihat Utama Blog



Blog ini akan mencatat segala perjalanan - perancangan - perkongsian idea - kreativiti - tips dalam menjayakan misi hari bahagia (Insyaallah), setelah banyak dugaan dan godaan yang kami hadapi sebelum pertemuan ini.



Insyaallah.. dengan doa kedua ibu bapa kami, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, pembaca belog dan sesiapa yang berkenaan.. misi kami akan tercapai. Mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan segala urusan kami.